Cuci Mata Dengan Fesyen Muslimah


Assalamualaikum...

Fesyen baju sekarang ni macam macam jenis dan gaya ada kan. Tak terkejar dah nak follow trend trend terkini. Untung anak anak muda especially yang gugirl la. Boleh bergaya dengan macam macam style plus lagi dengan tudung sekarang yang up to date. And nowadays tudung bawal dah jadi popular balik dah kan. Asal nya dulu bawal plain je pun dan kalau bersulam tu dah kira mahal sikit la bagi saya. Tapi sekarang ni mak aiiiii...dengan kreativiti yang ada pada pengusaha kain tudung tu dorang boleh create macam macam corak. Lagi hebat tu transformasi ni bagai dapat sambutan hangat anak muda generasi kini. Tambah cantik bila tengok dorang gaya kan tudung tu masing masing. Fesyen..sesuatu yang saya minat tapi tak pandai nak bergaya. Ohoooo..

Selalu tengok dressing mereka mereka kat luar sana cantik ajeee. Sejuk mata mak mandang nya haa. Tapi harus lah pakaian itu yang elok dan sopan dipakai baru la look nice and sweet kannn!!! Yang dedah sana sini tu dikira out of list okeee. Malas la nak cakap pasal aurat coz i think ramai di kalangan kita already know about this kan. Masing masing ada ilmu ade pelajaran and every body can differentiate mana baik mana buruk nye dalam bab berpakaian. Kata orang pakaian tu cermin diri kita. Lambang keperibadian seseorang.

Ohooo...nak cerita pasal fesyen rasa nye sehari pun tak cukup mau terbengkalai segala kerja mak mak ni. Mana nak dikisahkan tentang anak tentang kerja rumah tentang dapur dan dunia masakan mama aini ni kannn. Penulisan yang baik memerlukan masa yang terancang sebenarnya. Harus lah tenang dari kekalutan baru lah boleh inspired kan sesuatu yang baik. Kaloooo takkk, cenggini la hasilnya. Entri yang tak boleh di bawa ke mana mana...ahakssss!!!!!

Akhir kalam, jom cuci cuci mata sikit tengok baju yang gojesss kat bawah ni. Pemilihan baju dan tudung mainkan peranan penting baru lah terserlah kecomelannya kan. Taruk gambar ni kasi cantik kat sini. Ngeeee. Sape nak boleh la order. Cantik dan menarik pandangan mata mama. Sangat tertarik nak dapatkan baju ni tapi ditahan selagi mampu oleh kerana nak selamatkan budget la konon. Raya kan dah dekat. Belanja pun haruslah terlebih dari kebiasaan. Lets save our money for more important thing. Ohooo...

































Selamat beramal di penghujung Ramadhan Karim... Rebutlah peluang beramal selagi masih ada. Semoga kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.. In Shaa Allah..




Popiah Nestum Rangup


Assalamualaikum...

Bila dah masuk penghujung Ramadhan ni maka nya ramai la kawan kawan adik kakak ibu ibu memulakan the making of biskut dan juga kek kek raya sana sini sebagai persiapan nak sambut raya yang tak sampai seminggu je lagi. Masa duk scroll my facebook tadi, one of my friends share kan resepi Popiah Nestum rangup ni. And of course la saya nak taruk respi ni kat sini selamanya kan. Sebabnye satu, make it as a reference bila nak masuk dapur gulung kulit popiah ni. Maklum la saya ni jenis yang skillnye ke laut lah dalam bab2 masakan ape lagi nak buat biskut ni bagai. Dua nye, kata orang sharing is caring. Mungkin ade yang masih tak tau tu boleh la sama sama cuba buat.





Bahan:
Kulit popiah (kami guna Jenama KG.. 1 paket yg ada 50 keping tu)
Nestum 3 in 1 (blend sampai halus)
Tepung gandum*
Air *
Minyak utk menggoreng

Cara:
Satukan bahan yg bertanda * bagi dia jadi mcm gam, jgn likat sangat.. Untuk lekatkan kulit popiah ja. Ketepikan. Gulung kulit popiah.. jgn gulung padat sangat .. nanti goreng dia jadi padat & keras.. Gulung tu longgar2 sket tau. Kami tak guna lidi pon.. gulung mcm tu saja. Guna bancuhan tepung tadi utk lekatkan kulit popiah. Sapu sikit ja kat bahagian hujung kulit popiah. Jgn tindih2 kulit popiah yg digulung tu.. satni dia penyet. Ulang step ni sampai habis gulung kulit popiah. Lepas tu gunting serong popiah yg dah digulung tadi. Gunting serong dia jadi cantik..kembang ja bila digoreng.. nampak layer2. Lepas habis gunting.. goreng dia dlm minyak panas.. minyak kena banyak naaa.. tos. Bila dah sejuk gaul dgn nestum 3 in 1. Utk 1 paket kulit popiah 50 keping kami guna 7-8 paket nestum 3 in 1. Selamat mencuba.


Credit to:  Sumber 

Additional massage...korang boleh ganti kan nestum 3 in 1 tu dengan susu tepung Nespray tau. Pun sedap juge sebab rase nye manis manis berlemak gitu. Saya dah pernah rasa. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute