CERITA OWNER



Bismillahirrahmanirahim...




Let me introduce myself first...
This blog owned by NOR AINI BINTI YUNUS seperti tertera di IC lah..Eni adalah panggilan manja digunakan oleh teman-teman rapat di sekolah mahupun di universiti... Bila dah jadi mak-mak ni nama pun dah sopan sikit jadi AINI. Rakan bloggers di sini terserah ikut citarasa sendiri..Nak panggil apa pun boleh asalkan yang baik-baik serta sedap didengar...
Owner blog ni umurnya tak muda tak tua sangat. Selamat dilahirkan pada 21 SEPTEMBER 1983. Agak-agak baru nak masuk ke angka 3 siries.. Muda la lagi kan.. (poyooo..tak nak ngaku hakikat sebenar yang diri dah tak berapa nak muda).  

Seorang yang sentiasa bekerja tak henti-henti setiap hari. Bukan memuji diri sendiri rajin tapi dah memang tanggungjawab owner blog ni bekerja sebagai ISTERI kepada suami - IBU kepada dua anak lelaki - ANAK PEREMPUAN kepada seorang ibu - MENANTU kepada ibu dan bapa mertuaku - JIRAN kepada jiran sebelah serta KAWAN kepada korang semua.. See???? So many responsibility i am...

Anak kelahiran dari negeri CIK SITI WAN KEMBANG. Berasal dari Kampung WAKAF CHE YEH, KOTA BHARU, KELANTAN. Tapi sekarang tak tinggal kat situ dah.

Status pendidikan masa kecik-kecik belajar kat SEK.KEB.PANGKAL GONG. Besar sikit naik sekolah menengah amik aliran agama kat SMU (A) SYAMSUL MAARIF LILBANAT, PULAI CHONDONG. Dah dewasa tu dapat offer buat diploma kat KUSZA dalam bidang PERDAGANGAN ANTARABANGSA (INTRADE). Jadi degree student kat UUM, SINTOK KEDAH jurusan HAL EHWAL HUBUNGAN ANTARABANGSA (INTAFF)

Berperwatakan sederhana biase-biase je.Wasatiah la kata kan. Tak comel sangat tapi manis-manis nye ade. Mudah mesra??? Yes, i am. Sebab tu la truely friendship sangat-sangat dialukan dalam dunia blogger saya di sini.

-
-
-
-
-
-
-
-
v
I HAVE SOME WORK TO DO NOW...SO I HAVE TO LEAVE THIS PAGE FOR A WHILE..I WILL SEE U BACK AFTER THIS...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute