Pisang Goreng Rangup Untuk Si Cinta Hati



Alhamdulillah..petang ni terasa nyaman sekali..Anginnya yang sepoi-sepoi bahasa ditambah pula dengan udara yang agak sejuk tu,terasa bagai berada di Cameron Highland gitu biar pun hakikatnya jauh beribu batu jarak dan sempadannya..Seumur hidup saya baru sekali menjejakkan kaki di sana tahun lepas. Sampainya saya di situ kami sekeluarga tanpa dirancang bersama suami dan anak tercinta serta abah dan mak mertua saya. Seronok memang seronok tapi yang paling tak suka nak diingat...mabuk sepanjang jalan menaiki bukit yang jalannya berliku-liku tu...Pikirkan saat-saat tu confirm memang tak nak g dah...This actually idea husband saya nak penuhi hajat saya yang tak pernah-pernah jejak kaki ke sana...Tima kasih banyak-banyak yer si cinta hatiku...



"Untung adik..kecik-kecik dah sampai Cameron Highland...Wan dah nak masuk 50-an baru merasa sampai ke sini...", kata Wan Aqil..hehe..

Citer pasal udara jer pun tapi dah melalut sampai ke Cameron Higland pulak..Jauhnyeeee menyimpang dari tajuk sebenar kan....

Pisang Goreng Rangup Untuk Si Cinta Hati.....ini lah yang nak ceritakan untuk menu petang ni..Dah pasang niat dari semalam lagi nak buatkan pisang goreng untuk santapan seisi keluarga. Sape-sape rasa nak....boleh datang ketuk pintu bagi salam..hehe..

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sdb santan pekat (boleh guna santan kotak)
1/2 sdb baking powder
1/2 sdk serbuk kunyit
1 biji telur
2 sdb majerin (panaskan dan ketepikan hingga sejuk)
garam & air secukupnya



# Untuk rasa yang lagi sedap boleh taruk sedikit kapur dan kelapa parut di dalamnya...Selamat Mencuba...
 






Selamat Bersua Kembali

Untuk kesekian kalinya Pena Lusuh cuba untuk kembali aktif dalam dunia blog yang dah semakin banyak Pena Lusuh termissed..Bila dah lama tak meng-update blog, bukan saja update buka blog pun langsung tak...banyak pulak selok belok pasal blog ni dah makin lupa..Rase macam new bloggie jerk..Itu ini serba tak tahu...huhu..Ape pun InsyaAllah...Pena Lusuh tak akan berkubur macam tu aje..I Love My Blog whatever it is...

Even saya  jarang open n update my blog..tapi saya sentiasa mengikuti perkembangan blogger-blogger samada yang jadi friends saya di Pena Lusuh atau pun tidak...Saya ikutinya melalui laman facebook saya..Apa yang nak saya katakan di sini, saya bangga dengan sesetengah blogger yang sentiasa aktif mengupdate blog dorang dari masa ke semasa..

Kadang-kadang terfikir dalam kotak fikiran saya kenapa saya tak jadi macam mereka ya???? Once dah terfikir macam tu..cepat-cepat saya on my lappy dengan harapan nak godek-godek my blog...tapi sudahnya macam tu jugak...hehee...

Beza dulu dan sekarang....kalau dulu saya suka follow memfollow tutorial-tutorial dari blogger hebat dan macam-macam nak ditambah sana sini untuk mencantikkan blog. Tapi sekarang tak lagi...huhuu.. Bukan sebab rasa diri dah tahap master , PHD bagai....bukan sama sekali tauuu..hehe..

Kepada sahabat-sahabat blogger Pena Lusuh di sini...semoga ada di antara kalian yang masih mengingati blog yang semakin ketinggalan ni..

Salam ukhuwah buat semua..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute