Wanita Bersalin Punca Rambut Gugur


Assalamualaikum,,,

Stress giler rase bila ada rambut sana sini kat lantai. Pantang tengok seurat dua rambut jatuh mesti saya akan kutip. Kalau dah merata rambutnya ade di setiap penjuru, haruslah kena gunakan penyapu kasi clear baru best pijak lantai. Sakit pinggang mak nak pungut satu..satu rambut yang gugur tu.

Sebelum sebelum ni rambut saya panjang la jugak. Tu pun makan tahun tau nak tunggu rambut jadi sepanjang tu. Kalo tak silap waktu lepas pantang anak pertama dulu dulu potong sampai la dah dapat anak dua. Masa preggy kan for second baby ritu memang takde sangat la rambut gugur. Kan selalu kalau kita tidur, kat bantal tu mesti ade surat dua rambut lekat. Betul tak..And every time kalau bangun first skali saya akan check bantal dulu. Memang takde. Suke giler rase. Tapi bila dah selamat deliver kan Asyraf, time tu oke lagi. Rambut maintain kekal takde jatuh jatuh. Taaaapi, sebaik je habis pantang saya perasan banyak pulak helaian rambut saya kat bantal, lantai rumah pun ada..asal jalan jer mesti jumpe rambut. Memang sah sah la tu rambut saya since dalam rumah tu saya sorang je mak bunga yang ada.

Tiba part yang paling paling paling buat saya stress ialah time mandi. Skali lurutkan rambut ni tu diaaa...mak aii..berjuta juta lemon. Sedih betul nengoknye. Tension tu tok sah kata la. Pelik plak rase nye kenapa jadi macam ni. At the same time risau pun ade jugak. Dahtu mula la buat assumption yang tah ape ape karut komedia nye tp versi tak lawak.

Last2 sebabkan tak sanggup sangat dah tengok rambutku yang comel ni makin hari makin sikit (walhal nye rambut kita ni sentiasa tumbuh berganti ganti kan...), saya decide la jugak nak pendekkan terus..(alamaknyeee..berzaman plk la nak tunggu panjang balik nih).

Kebetulan, satu hari tu sambil layan my kidz ni main kan, terpanggil plk nak tengok WHI. Tajuk yang dorang bincangkan masa tu "Rambut gugur, punca dan rawatannya".  Dan memang betul la cakap one of their guess, Doktor pakar kulit from Pantai Hospital KL. Kate nye, salah satu yang menjadi punca rambut tu gugur adalah wanita yang bersalin. Ia nye terjadi disebabkan gangguan hormon sewaktu tempoh mengandung yang menyebabkan rambut tersimpan dan bila dah bersalin baru rambut tu pun gugur. Gitu la lebih kurang ayat doktor tu. Selalunya it will take time for 6 to 10 month lama nye. Sememang nya itu yang terjadi kat saya. Asyraf skrg pun dah masuk 10month ++. And nowadays, i'm noticed that my hair doesn't fall anymore..cehh..cakap omputih u....berangan nak g oversea ler tuuu..

Doktor pakar kulit ade bagi adviced, untuk elakkan rambut gugur, elakkan lah jugak penggunaan product yang berkimia ke atas rambut. Penting supaya rambut kita tidak rosak. Jadi for those, ibu ibu yang baru bersalin tu don't worry oke. Normal kalau rambut gugur time tu.. 






Business Tudung Online Diperlukan


Assalamualaikum,,,

Sekarang ni tengah tergila gila kan tudung syria pulak. Kalau dulu langsung tak de minat nak tengok apatah lagi nak memakainya. Pelik betul perangai nih. Ishh ish ishhh.. Suka sangat tengok wanita wanita bertudung. Plus plak musim sekarang ni kan macam macam jenis fesyen tudung ada dan gaya pemakaiannya pun dah pelbagai. Kalau dulu, tudung bawal tu jerk. Ikut kan shawl tu pun dari dulu lagi pun dah ade rasa nye. Tapi nowadays, dah femes balik jadinya sebabkan daya kreativiti pengusaha tudung  serta pengguna yang pandai menggayakan tudung tu sendiri. 

This entry actually nak fokus pasal tudung syria jer pun. Seriously memang tak pernah beli tak pernah pakai pun tudung nih. Tengok orang lain pakai "macam comel jer"..."macam lawa jer"...hihi. Pernah la skali dulu try pakai yang cousin punya tapi bila dah kenakannya, tak sanggup plak tengok muke sendiri kat cermin. Buruk bebenau rupe nih. Memang sangat sangat tak sesuai. Terus set up my mind tak nak beli dah tudung pattern macam nih. 

Sampai la beberapa minggu lepas, tiba tiba teruje yang amat nak cari syria nih. Sebab nye dah jumpe inner yang sesuai ngan muke sendiri. Inner ni saya beli dari blogger Aini. Mule mule just order satu jer nak test tengok oke ke tak. Sekarang dah repeat order tiga terus..haa hamikk ko. Saya yang dulu tak minat, skrg dah tergedik gedik suke kan syria. Memang dasar perangai pelik semacam punya orang. Da bole ber 'syria' bagai dengan inner terbaru ni.

Once bila on PC jer mesti blogwalking ke blog blog business tudung syria. Kat kedai memang betimbun timbun tapi pergi nya tidak sebab malas.ngeeeee..Selalu bila keluar sopeng pun jarang sangat melilau kedai tudung nih. Takut nya bila dah mata mula rambang, mau nak beli je semua. Itu nak ini nak... Stresssssss mak.!!! Last2 survey online je lah..memang harga sedikit beza compared ngan kita beli kat kedai. Dengan postage nye lagi.. Tapi sekarang harga minyak petrol dah naik. So da bole cut kos kat situ kan. Sambil main ngan anak anak kat rumah tup tup ada delivery ke rumah hantar tudung da bole pakai terus. 

Jadi kat sini kalau ada la di kalangan business reader(s) yang terbaca kan entry ni yang jual tudung syria, boleh komen kat sini. In Shaa Allah saya akan ke blog anda mencari tudung syria yang comel2 serta gojes2 tu yer. 

Oke.. Sampai jumpe lagi..







Raya Dah Dekat


Assalamualaikum...

Semalam papa my kidz dah ubahsuai bilik tengah ni untuk jadikan bilik busy a.k.a bilik kerja dia. Selama ni pc letak kat master bedroom. Once bila papa dorang nak buat keje, time tu la my kidz ni pun sibuk nak kacau. Last last...nah hambikkkkkk. Sapa pun tak boleh main dah. Pc dah masuk bilik kebal no body is allowed to enter this room. Hik hik hik..

Alkisahnya.. lagi dua tiga kita semua ummat Islam akan sambut Hari Raya Qurban. But seriously speaking semangat nak raya haji kat sini langsung tak ade. Maybe sebab di sini bukan tempat lahirnya kami. Tapi lain pulak rasanya kalau saat ni kami ada kat kampung. Perasaan untuk sambut raya tu berbunga bunga yang dihidu terasa harum baunya. Ececehh..

Sehingga waktu dan tika ni status kami balik beraya kat kampung masih lagi 60-40 percent. Ada la dua tiga faktor yang sedang difikirkan dan dalam pertimbangan encik suami. Harap sangat-sangat kami dapat pulangggggggg..InshaaAllah.

Apa yang saya pastinya, kami tak akan beraya kat sini. Asalkan mykidz dapat jumpa atuk n nenek mereka dah cukup hepi bagi saya dan papa diorang. Apa yang penting adalah kebahagiaan anak anak. Lastly...selamat berhari raya untuk semua kaum keluarga saya tak kira yang ada di kampung atau pun yang ada kat perantauan macam saya jugak. Tak lupa buat kawan- kawan blogger dan sahabat handai yang terbaca blog dan entri ni. Moga kalian semua mendapat rahmat di hari Yang Mulia nanti. InshaaAllah.







MENDIDIK ANAK GENIUS BERMULA DARI DALAM RAHIM IBU


Assalamualaikum,

Ketahuilah, pembentukan anak yang genius dan soleh bermula ketika dia berada di alam rahim.
Jadi, kehamilan merupakan tempoh penting untuk membolehkan si cilik meniti perkembangan positif.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad memben
tuk masa depan anak.” Demikian pandangan kaunselor terkenal, Fadzilah Khamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan.

1.Pemakanan Sihat Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.
Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.

2. Banyakkan Ibadat Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya. Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Iisnin dan Khamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran.

3. Amalkan Membaca Al-Quran Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.
Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.
Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.

4. Sentuhan Kasih Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.
Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.

5. Emosi Terkawal Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.

6. Muzik Klasik Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.

7. Latihan Matematik dan Membaca Dipercayai amalan wanita hamil yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, rajin-rajin lah membuat latihan matematik atau soalan-soalan IQ yang menguji minda untuk merangsang perkembangan otak bayi.
Membaca juga boleh meransang kecerdasan anak. Sama seperti membaca al-Quran, membaca bahan2 yang ilmiah membantu melahirkan bayi yang bijak dan pandai.

Sumber; PIICM

Cuci Mata Dengan Fesyen Muslimah


Assalamualaikum...

Fesyen baju sekarang ni macam macam jenis dan gaya ada kan. Tak terkejar dah nak follow trend trend terkini. Untung anak anak muda especially yang gugirl la. Boleh bergaya dengan macam macam style plus lagi dengan tudung sekarang yang up to date. And nowadays tudung bawal dah jadi popular balik dah kan. Asal nya dulu bawal plain je pun dan kalau bersulam tu dah kira mahal sikit la bagi saya. Tapi sekarang ni mak aiiiii...dengan kreativiti yang ada pada pengusaha kain tudung tu dorang boleh create macam macam corak. Lagi hebat tu transformasi ni bagai dapat sambutan hangat anak muda generasi kini. Tambah cantik bila tengok dorang gaya kan tudung tu masing masing. Fesyen..sesuatu yang saya minat tapi tak pandai nak bergaya. Ohoooo..

Selalu tengok dressing mereka mereka kat luar sana cantik ajeee. Sejuk mata mak mandang nya haa. Tapi harus lah pakaian itu yang elok dan sopan dipakai baru la look nice and sweet kannn!!! Yang dedah sana sini tu dikira out of list okeee. Malas la nak cakap pasal aurat coz i think ramai di kalangan kita already know about this kan. Masing masing ada ilmu ade pelajaran and every body can differentiate mana baik mana buruk nye dalam bab berpakaian. Kata orang pakaian tu cermin diri kita. Lambang keperibadian seseorang.

Ohooo...nak cerita pasal fesyen rasa nye sehari pun tak cukup mau terbengkalai segala kerja mak mak ni. Mana nak dikisahkan tentang anak tentang kerja rumah tentang dapur dan dunia masakan mama aini ni kannn. Penulisan yang baik memerlukan masa yang terancang sebenarnya. Harus lah tenang dari kekalutan baru lah boleh inspired kan sesuatu yang baik. Kaloooo takkk, cenggini la hasilnya. Entri yang tak boleh di bawa ke mana mana...ahakssss!!!!!

Akhir kalam, jom cuci cuci mata sikit tengok baju yang gojesss kat bawah ni. Pemilihan baju dan tudung mainkan peranan penting baru lah terserlah kecomelannya kan. Taruk gambar ni kasi cantik kat sini. Ngeeee. Sape nak boleh la order. Cantik dan menarik pandangan mata mama. Sangat tertarik nak dapatkan baju ni tapi ditahan selagi mampu oleh kerana nak selamatkan budget la konon. Raya kan dah dekat. Belanja pun haruslah terlebih dari kebiasaan. Lets save our money for more important thing. Ohooo...

































Selamat beramal di penghujung Ramadhan Karim... Rebutlah peluang beramal selagi masih ada. Semoga kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.. In Shaa Allah..




Popiah Nestum Rangup


Assalamualaikum...

Bila dah masuk penghujung Ramadhan ni maka nya ramai la kawan kawan adik kakak ibu ibu memulakan the making of biskut dan juga kek kek raya sana sini sebagai persiapan nak sambut raya yang tak sampai seminggu je lagi. Masa duk scroll my facebook tadi, one of my friends share kan resepi Popiah Nestum rangup ni. And of course la saya nak taruk respi ni kat sini selamanya kan. Sebabnye satu, make it as a reference bila nak masuk dapur gulung kulit popiah ni. Maklum la saya ni jenis yang skillnye ke laut lah dalam bab2 masakan ape lagi nak buat biskut ni bagai. Dua nye, kata orang sharing is caring. Mungkin ade yang masih tak tau tu boleh la sama sama cuba buat.





Bahan:
Kulit popiah (kami guna Jenama KG.. 1 paket yg ada 50 keping tu)
Nestum 3 in 1 (blend sampai halus)
Tepung gandum*
Air *
Minyak utk menggoreng

Cara:
Satukan bahan yg bertanda * bagi dia jadi mcm gam, jgn likat sangat.. Untuk lekatkan kulit popiah ja. Ketepikan. Gulung kulit popiah.. jgn gulung padat sangat .. nanti goreng dia jadi padat & keras.. Gulung tu longgar2 sket tau. Kami tak guna lidi pon.. gulung mcm tu saja. Guna bancuhan tepung tadi utk lekatkan kulit popiah. Sapu sikit ja kat bahagian hujung kulit popiah. Jgn tindih2 kulit popiah yg digulung tu.. satni dia penyet. Ulang step ni sampai habis gulung kulit popiah. Lepas tu gunting serong popiah yg dah digulung tadi. Gunting serong dia jadi cantik..kembang ja bila digoreng.. nampak layer2. Lepas habis gunting.. goreng dia dlm minyak panas.. minyak kena banyak naaa.. tos. Bila dah sejuk gaul dgn nestum 3 in 1. Utk 1 paket kulit popiah 50 keping kami guna 7-8 paket nestum 3 in 1. Selamat mencuba.


Credit to:  Sumber 

Additional massage...korang boleh ganti kan nestum 3 in 1 tu dengan susu tepung Nespray tau. Pun sedap juge sebab rase nye manis manis berlemak gitu. Saya dah pernah rasa. 



Jerebu Datang Lagi


Assalamualaikum...

Alhamdulillah kita sekarang sudah menginjak ke minggu kedua bulan puasa. Moga moga Allah berikan kekuatan untuk saya sebagai ibu menyusu dapat berpuasa penuh untuk Ramadhan kali ni. InShaaAllah. So far setakat ni takde masalah dalam bab nak bf kan Asyraf. Saya cuma pastikan makan beberapa biji kurma setiap kali nak berbuka dan juga sahur pastu minum air bebanyak plus dengan pengambilan suppliment ESP dan Alfalfa. Dan saya percaya most of mom's out there yang bf kan anak anak mostly dorang pun berbuat sedemikian kan. Nawaitu tu paling penting. Kite kena yakin bahawa susu tu sentiasa ade for ensure that our baby tak terasa lapar.

Pagi tadi i got a whatsapp massage from my family. Kata nye keadaan agak berjerebu di sekitar Cheras. Ohoooo...lagi masalah jerebu. Patut la waktu kitorang keluar ke Bandaraya Melaka semalam pandangan tak berapa jelas nampak cam berasap jer. Memang cuaca kat luar rumah sekarang ni pun berjerebu. Berita terkini ade inform kan masalah ni tapi dengar tak dengar je so terus google bacaan terkini indeks IPU jerebu. Menurut sumber, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat bermula tengah hari Ahad, 21 Julai. Dan hari ni pun bacaan masih kekal dalam keadaan kurang sihat.

Selain Melaka dan Cheras, kat Pahang pun ade di beberapa kawasan yang IPU nye tak sihat especially tempat yang dekat ngan pantai. Ape pun dalam berita bagitau masalah ni tak lama berlarutan disebabkan angin monsun dan juga cuaca yang kering dan panas dalam sehari dua ni kan.

Harapnye kali tak lama dan kami boleh lakukan ibadat puasa ni seperti hari hari yang sudah InShaaAllah..

Akhir kalam....selamat berpuasa dan selamat berbuka









Blog Update!!


Salam Ramadhan...

Sekadar catatan harian di bulan puasa and this is my first entri by this month. Rajin terlebih agaknya hari ni nak up entri. Maybe sebabkan cuaca hari ni yang redup memendung, tak panas and my kidz yang dua beradik tu pun dah tido, jadinya baru la dapat layan semua ni dengan selesa.

Dan, Alhamdulillah...hari ke hari yang kita lalui sedar tak sedar dah seminggu kita puasa menahan lapar dan dahaga. Perkara perkara yang boleh batalkan puasa kita sah sah lah kita cuba elakkan yer dak..  Lazimnye bila berada di bulan seindah Ramadhan ni apa yang kita boleh nampak, ramai umat Islam berlumba lumba buat ibadat merebut pahala yang berganda ganda. Ibadat yang sepenuhnya menguji hubungan hamba kepada Allah. Rancangan rancangan yang disiarkan kat TV mostly banyak yang dah bertukar programnye kan. Lebih berkisarkan rancangan berbentuk Islamic. Jadinye, secara tak langsung mama mama yang tak kerja cam saya yang asyik duk ngadap tv 24jam dapat jugak tambahkan pengisian masa yang berguna tengok rancangan berbentuk ilmiah kan...

Since kita dah puasa seharian nak la bagi ganjaran pada diri sendiri dan family. Bangun sahur pikirkan menu untuk berbuke puasa. Lepas je buke posa fikir plak menu untuk sahur. Gitu la keje mama cam kita ni kan. Seboleh boleh nye nak serve kan sebaik hidangan untuk orang yang kita sayang. Saya suke kan program masakan cam Ketuk Ketuk Ramadhan. Berguna untuk saya bila dah mai kering idea nak masak. Kikiki...Lagipun terhibur tengok keletah Shila Rusly ngan artis artis jemputan masak. Satu lagi rancangan Rencah Tiga Rasa. Best tengok chef masak. Segala macam nak dilambungkannya. Bila sebut chef mostly mesti lelaki kan...even kat kedai makan pun banyak nye tukang masak dia lelaki...(Nampaknya 'papa' kena jadi chef la kat dapur 'mama'..mesti sedap kan..!!!)

Then..bila je buka my fesbuk...tu diaaa...berduyun duyun page online bisness yang buat sales, promosi bagai, harga durian runtuh satu hal. Betul betul tergugat jugak keinginan saya lebih lebih lagi page yang jual baju kurung moden. Terbaru sekarang ni kalut pakat duk jual kurung moden peplum tu haaa.. Memang cantik cantik lawa lawa semua. TETAPI.....bila di scroll kan price dia, mak aiiiiiii...tak de beratus dalam kocek alamak nye cuci mata je la saya...mahal sehh...!!!! (So, kalau jumpe yang harga below RM100 tu bole la beli. Kira murah la kan..kikiki). Jadi, in this situation, ape yang kena buat ialah pikirkan keperluan lain yang lebih penting la dulu. Saya berani kata bulan bulan macam ni mostly semuanya nak guna duit banyak kan...Betul ke tidak?????

Akhir kalam..sedari atau tidak bulan Ramadhan ni adalah bulan yang mengajak kita berubah sebetulnya kan. Kita ubah rutin hidup. Kita bangun lebih awal dari biasa tuk tahajjud, sahur, subuh. Kita tidak makan lebih 12 jam. Kita ubah rutin makan kita, dengan didahulukan kurma sebagai pembuka selera. Begitu juga dengan solat tarawikh. Dan saya percaya, ramai yang akan memperbanyakkan baca Quran. 

Sebaris ayat...."Kita semua boleh berubah dan...lagi indah jika berubahnya kita ini adalah kerana Allah..." 

Selamat berbuka buat semua muslimin muslimat yang berpuasa

Sekian,








Ramadhan Datang Lagi



Assalamualaikum sahabat...




Wahhh..nampaknya lagi dua hari dah nak start puasa. Alhamdulillah Allah panjangkan umur hingga ke hari ni dan semoga berkesempatan untuk sama sama jalani ibadah puasa di bulan Ramadhan satu bulan yang teramat mulia. In shaa Allah...

Alhamdulillah jugak tak perlu ganti puasa untuk Ramadhan yang lalu. Sebabnye waktu tu tengah preggy kan Asyraf dan dapat gagahkan diri puasa penuh sebulan. Untuk Ramadhan kali ni wallahuaklam la..

Ape plak kisahnya mama mama sayang kat luar sana tu..dah habis 'bayar hutang' ke? Ape pun semoga kita semua dapat mempersiapkan diri menyambut puasa dan melakukan ibadat dengan sebaik baiknya. Sama sama la kita merebut peluang dan ganjaran Allah seikhlas hati.




Pengudaraan Yang Kurang Sihat


Assalamualaikum...

Masih lagi heboh mengenai isu jerebu yang melanda negara kita since a few days ago. Nak nak lagi tempat kami ni tergolong di antara negeri negeri yang turut sama mengalami masalah jerebu ni. Bandar Merlimau yang letaknya tak berapa jauh dengan Bandaraya Melaka memang dapat rasa kan tempias nya juge. Bangun pagi pagi tu dah telan bau asap.

Masa umur tak berapa nak matang satu tika dulu, sebut pasal jerebu ni boleh lagi saya buat endah tak endah konon cam takde ape la sangat kan. BUT..that was before. Ape lagi bila sudah ade anak kecil ni, hal hal macam ni memang sangat sangat merisau kan hati. Memikirkan kesihatan mereka, seboleh boleh nya nak kan masalah ni berakhir dengan cepat. Jadi sebagai langkah keselamatan, my kidz memang saya tak bagi dorang main kat luar la especially si abang nye tu. Bimbang asap yang dibawa oleh udara masuk ke mulut. Nak pakai kan dia mask memang tak kan nak nye dia.

Sedikit petikan yang saya ambil dari berita di Utusan Online hari ni mengenai masalah jerebu di negara kita...

"Situasi jerebu dijangka berterusan sehingga September ini ekoran keadaan udara yang masih dipengaruhi pencemaran merentasi sempadan selain musim monsun barat daya yang sedang dialami negara ketika ini.

"Peta Jerebu Serantau yang dikeluarkan Pusat Pakar Meteorologi ASEAN (ASMC) semalam menunjukkan pergerakan asap jerebu tebal dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia dan tiupan angin dari arah barat daya membawa pencemaran jerebu ke kawasan Pantai Barat dan merentasi ke kawasan Pantai Timur Semenanjung," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, laporan ASMC juga menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia semalam sebanyak 64 berbanding 173 yang dicatat kelmarin berikutan faktor litupan awan.
Tambahnya, bilangan titik panas yang dikesan di Malaysia semalam adalah sebanyak 11 iaitu tujuh di Pahang dan empat di Sarawak.

Dalam pada itu, jelas kenyataan tersebut, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah memaklumkan kepada Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengaktifkan Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan Jerebu selaras dengan 'tahap amaran 3A' dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

 Untuk baca Artikel Penuh, boleh rujuk  DI SINI

Ape pun yang berlaku, anggap nye sebagai satu ujian pada kita untuk melihat sejauh mana sabar nye kita menghadapi situasi ni.






Generasi Muda Dipelawa Terlibat Program Tadbir Negara


Assalamualaikum...

Suka sekali saya nak kongsi kan satu berita yang sangat menarik pada fikiran saya. Mungkin ada yang sudah sedia maklum tentang program ini. Saya tak pasti samada ia nya sudah lama diperkenalkan atau masih baru since dia punya dateline untuk join program ni till end of this month. So pada sape sape yang berminat boleh cepat cepat grab peluang terbaik ni.

Generasi Muda Dipelawa Terlibat Program Tadbir Negara


on Thursday, June 13, 2013
 
Generasi muda dipelawa terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran negara di peringkat Kerajaan Persekutuan menerusi latihan amali yang dikenali sebagai program Felo Perdana.

Menerusi program itu peserta Felo Perdana akan bertugas di peringkat tertinggi dalam Kerajaan Persekutan bagi membantu menteri Kabinet termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan agenda nasional.

"Inilah masanya bagi anak muda Malaysia yang mempunyai aspirasi untuk terlibat secara langsung di dalam kepimpinan tanahair disamping menyumbang kearah pembangunan negara.

"Sebagai Felo Perdana, anda akan bertugas sebagai pelatih eksekutif kepada menteri Kabinet di mana anda akan membantu mentor anda dan juga pegawai-pegawai kanan beliau merancang dan melaksanakan dasar-dasar Kerajaan disamping membantu di dalam usaha penerangan tentang pelbagai program kerajaan melalui media sosial dan saluran komunikasi strategik yang lain," kata kenyatan yang disiarkan melalui laman web rasmi www.perdanafellows.com.

Selain itu program Felo Perdana ini juga dirangka bagi memberi nilai tambah kepada kedua-dua pihak iaitu menteri dan juga felo yang terlibat.

Peserta yang terpilih akan didedahkan kepada urusan penting di dalam pentadbiran tertinggi kerajaan disamping peluang untuk mencurahkan bakti dalam menjayakan agenda nasional dan segala program transformasi yang dibawa Perdana Menteri.

Kerajaan menawarkan dua kategori latihan amali iaitu Felo Perdana Siswazah kepada semua mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) serta Felo Perdana Graduan yang terbuka kepada semua graduan baru daripada IPT.

Calon yang berminat boleh menghantar permohonan sebelum 20 Jun ini ke perdanafellows@kbs.gov.my


#Sumber : MY ADHA


 

Just Update


Assalamualaikum kengkawan semua...

Tatkala my son my hero my sweetheart was sleeping, terus ambil peluang masa yang agak cool untuk menulis entry baru di sini. Bukan la tak boleh berblogging time diorang tak tidur, cuma risaukan keselamatan dorang terabai sedang mama nye sibuk kalahkan broker saham plak gaya nya menghadap desktop. Tau saja la bila dah internet di hujung jari ni, segala macam nak di surfing kan. Buka web tu web nih, klik situ klik sini, anak anak pula mula la buat itu buat ini. See?? Ada bahaya nye kat situ yang mungkin benda ni small mater je bagi kita tapi dalam masa yang sama ia memberi satu impak yang besar jika kita sedikit lalai. Ape pun...it's just my opinion. Ade yang setuju tak???ngeeeee...

Dalam waktu dua tiga hari ke depan nih, emosi ni agak tak berapa nak stabil jer. Rasa susah hati..risau..nerves..dan segala macam rasa yang tak senang tu ada. Susah hati dan risau takut tak dapat. Nerves tu plak bila nak berhadapan dengannya sikit masa lagi. Hurmmm...entah lah. At last, dibiarkan saja segala macam rasa tu layan diri dorang masing masing. Karang makin dilayan makin berlemak plak dorang manipulate my mind nih. So, as to motivate myself, don't let them controlling my life.

So reader(s)...maybe ada di kalangan korang yang agak kurang faham according to my words on second paragraph above. Saya minta maaf yer. Macam ni la gaya entri yang owner nye berfikiran serabut tapi masih berkeadaan waras.kikiki.....

Hopefully all this thing will be last as soon as possible dengan sebaik yang teramat baik sekali. In Shaa Allah..


Pssssstttt.......!!!! Update blog sementara menunggu suamiku pulang dari kerja...(versi lagu tadika.ngeeee)

Berkali kali revert to draft this post..tapi still tak update kat reading list..nape ek?????



Salam sayang,,,











Alahai Omak


Assalamualaikum...


Pagi ni tengok cerita alahai omak di tv1. Omak ni ade anak dua orang je. Tapi masing masing dah ade keluarga sendiri tinggal plak jauh nun di bandar. Sibuk uruskan kehidupan yang tak pernah sunyi dengan kerja yang tak pernah berkesudahan.

Si omak ni biasa la bila anak anak berjauhan dengan dia, mula la rasa sunyi tu datang bertamu. Kat mana mana jer terbayangkan si anak. Makan nasi tengok lauk pauk pun teringatkan si anak.
Dah tu pada adik dia la tempat berbual berkongsi cerita suka duka. Tempat meluahkan rasa sebak di dada menanggung rindu mengharapkan kepulangan anak dia.

Sodih raso hati. Ni la yang saya selalu fikirkan. Omak saya di kampung tu lebih kurang cenggini la dia. Cuma kami 4 beradik ni je anak omak. Tapi kami masing masing duk jauh. Jauh di tempat orang mak... Bukan ni yang kami nak tapi kami tiada pilihan lain.

Boleh rasa sedihnya omak saya bila kami bertolak pulang tinggalkan omak. Tapi omak pandai jaga air muka dia. Disimpannya sedalam dalam rasa sedih dia di hati supaya kami tak nampak dia menangis. Jarak berbatu batu jauhnye tak membolehkan kami untuk selalu balik jenguk mak.
Dah diajak omak saya tinggal bersama kami di sini. Tapi, biasa la majoritinya mak ayah kita lagi selesa duk rumah sendiri. Jauh di tempat orang susah kata nya.

Sebab tu sesekali bila dapat balik kampung seronok nye tak boleh nak gambarkan macam mana. Omak saya lagi la tambah tambah seronoknye tak terkata dapat tengok anak cucu yang dirindu rindu lamanye.
Alternatifnye...saya akan call omak saya setiap hari walaupun sekejap cuma. Dapat dengar suara pun jadi la tu pun Masing masing dah puas hati.

Omak..saya akan sentiasa doakan omak dipanjangkan umur sihat sihat selalu hendaknya dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah s.w.t.

Tiba tiba plak teringatkan bulan ni bulan istimewa untuk semua ibu ibu. Memang betul setiap hari tu hari ibu tapi sebagai tanda penghargaan atas jasa ibu pada kita anak anak mereka ape salahnye kita raikan hari istimewa untuk mereka kan...



Ni lah wajah mak saya. Saniah adalah nama comel mak saya. Wajah yang sentiasa diingatan dan dirindu saban hari. Ibu tunggal pada kami adik beradik. Anak sulung yang dilahirkan pada 5.12.1952. Besday mak saya sama tarikhnya dengan hari saya kahwin dengan en.suami saya. Seorang surirumah sepenuh masa pun sama cam saya jugak. Kikiki...

Gambar yang kat bawah ni pulak adalah mak mertua saya, Che Normah nama nya. Sebelah mak tu adik ipar saya, mom to be bulan 9 ni. Dan yang kecik tu hero no 2 saya le tu..My MIL ni seorang isteri yang taat pada ayah mertua saya serta ibu yang penyayang pada tiga orang anak serta dua cucunya. Coming soon ade dua lagi cucu yang akan lahir. Karakter nye tersangat la spoting baik dengan anak sendiri ataupun ngan menantu. Layanan nye 1st class gitu. Rajin dan paling pentingnye mak bila masak memang power. Buat la apa pun mesti sedap. Balik rumah tringat ingat masakan mak try buat tapi tak sesedap air tangan mak jugak...


Blog Update By Phone

Assalamualaikum...

For the first time buat entry guna phone. Banyak alasan sebenarnya di situ. Bila dah libatkan diri dalam dunia blogger ni...internet dan macam macam jenis gajet wajib dah tu kena ade.

Kisah Kami dan internet pun macam tu jugak. Satu masa dulu dulu, hepi blogging 24jam sehari. Seronok giler masuk dari satu blog ke blog lain yang sungguh begitu awesome sekali. Suka tengok macam macam design blog pelbagai gaya bermacam cara dan style. But that was before. Waktu rumah lama ade wifi...

And nowadays...wifi still boleh guna. Cuma nya terpaksa buka nset on wifi on portable hot spot baru boleh on desktop..baru la enjoy blogging sampai lebam. Badly to say...my phone jadi panas battery plak cepat sangat la nak reduce kan percentage nye tu sebabkan kena tampung more than one user hot spot. Macam ni lama lama boleh lingkup la nset cikai ni. Mana nak cekup duit beli baru maaa...

Apa sekalipun, tetap rasa bersyukur masih boleh jadi seorang constant blogger hingga kini walau dengan apa cara jua..Semangat Itu Yang Kita Mau...ngeeee...

Babai...

SEGMEN REVIEW PERCUMA


Assalamualaikum...

Terjumpa blog comel dengan sejuk mata mandang ni buat segmen review blog. Teringin gak nak tau pandangan orang lain pada blog saya kan. Ecah opinion will not be the same to others rite????




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEji5oQ1C7WYNEq9bRi7VVJbDAgBEIeIySwOum-i_LVW1lyLFtDKO31P-crTS0HsUwjBK4sWZuJqWUMwjk97bvi3kXMC08w4nsj0JZVEKwooh7UlAC1JsEuF_x23LoGElmV6r5uqqXANprA/s1600/segmen+review.png




Salam kenal salam ukhuwah pada semua yang koin segmen ni..




SEGMEN ; DOODLE MUSLIMAH BY RIEN ROSE


Assalamualaikum...





Buka blog pagi pagi time my kidz still lena dibuai mimpi...

Baca update kawan kawan kat reading list then terjumpe blog Rien ni buat segmen doodle ape lagi terus join je la..nak buat sendiri memang tak kan jadi nye... Satu lagi, da bole tambah kenalan kat situ..hehe

Tag ; Cik Akak & Mieya Atiera
Warna tudung ; putih ala ala pink gitu...hehe
Warna baju ; pink #fbb9d0
Nickname ; AiniYunus

Terimakasih ya Rien..



Balik Kampung...Jom!!!!


Assalamualaikum...

Selamat pagi dan salam Jumaat yakni penghulu segala hari buat sahabat sahabat saya yang sudi singgah di blog Kisah Kami ni. Usai bersarapan pagi dengan en. Suami seawal jam 7.45 tadi, masing masing jalani rutin harian kami lah. 2biji roti canai tiap seorang pun dah cukup sekadar alas perut untuk separuh hari hari ni berkongsikan segelas nescafe white coffee saja. Sharing is loving rite???? Kikiki... Kitorang jarang minum manis manis ni. Mungkin juga sebab nak jaga kesihatan sama kot. Banyak nye minum air masak jer. Tambah pula saya sekarang masih bf kan baby Asyraf, nak tak nak kena rajin rajin kan minum air masak di samping susu dan soya sebagai minuman tambahan. Dah tu gula sekilo boleh tahan berbulan bulan lamanye..

Sepagi pagi tadi lagi dah siap jemur kain baju. Konon nye nak kejar sang mentari kering kan pakaian sebelum petang menjengah. Al maklum laaa...kitorang nak balik kampung petang ni. Tapi nampak gaya nye sang hujan dah nak turun tu tengokkan cuaca redup semacam. Apa pun takpe kan. Terima segala yang Allah berikan untuk kita dengan rasa syukur.

Semalam dengar kata en.suami nak cuci cuci services si putih tu. Tak sempat agaknye nak siap kan keje secepat yang boleh. Cepat settle cepat la kitorang gerak balik. Jadi nye, terkocoh kocoh la 'Kak Limah' ni tadi mandikan si putih papa sementara hero hero masih tidur semahu nye diorang. Naaahhh...si putih pun dah sinar berkilat baru best nak jalan jauh. So my dear papa...u have to treat me on my kindness to service your whitey tauuu... Papa nanti cakap.."takde sapa pun suruh, dah tu belanja sendiri sendiri lah yer."...kikiki...

Paling penting sekali....packing kan kain baju. Dah siap masukkan my kidz wear into their bag. Dorang punya la banyak sekali. Dengan baju siang lain, baju malam nye lain, n baju comel untuk jalan jalan kat sana nanti lain plak. Mama ngan papa tak kisah pun. Kat rumah ma tu memang dah ada sedia. Hentam saja la mana yang ada kitorang belasah je.

Ole ole yang nak dibawa pulang pun dah beli siap siap. Lepas maghrib semalam kitorang keluar cari barang barang sikit. Hasil carian tu, kitorang rembat la beberapa ketul belacan dan 4botol cencaluk serta makanan lain serba sikit. Tak familiar sangat apa yang menarik kat Melaka ni. Lupa plak nak bertanyakan jiran sebelah rumah. Kikiki.... Bila nak balik kampung rasa cam nak sambut raya lak. Mana taknye, jem dah tentu tentu konfirm nak kena redah jap lagi. Satu lagi, feeling dia tu rasa lain sangat lah kalau balik kampung.

And now...tunggu masa nak kunci segala pintu rumah pintu pagar. Tak sabar dah ni nak bertemu mata dengan ma, adik bradik, anak menakan mak menakan semua... Semoga perjalanan kami dan korang semua yang selamat hendaknye. Berhati hati lah di perjalanan.. In Shaa Allah....






Ke Mydin Lagi Kami


Assalamualaikum...

Lama rasa tak buat bising kat sini. Almost one weeks juga la since last entry pun weekend jer berupdate. Macam macam alasan boleh bagi kenapa entry jarang diupdate kan. Dan sebenarnya...... tiga hari yang sudah, saya diserang demam yang teruk. Rasa macam surrender dalam segala hal. Susah kan bila mama sakit lantas anak anak semua kurang dapat pemerhatian dari mama. So, papa have to take over kerja suri dan kerja rumah. But... lots of thankful to my dear husband sanggup apply cuti for one day spent all the day kat rumah hari tu especially dalam bab jaga anak anak kami. Memang orang kata tu yang sepatutnye kena buat tapi sikit rasa terharu dapat layanan sebegini kan. Bertuah dan bersyukur dikurniakan insan penyayang sebagai teman hidup.

Planning asal sebelum demam menyerang malam tu nak la keluar cari barang dapur. Along pula tidur tengah tengah maghrib. Malas nak kacau 'ibadat sunyi' dia tu so cancel aje la niat kitorang. Masa tidur anak anak lebih diutamakan la katakan. Mungkin ada hikmahnya di situ, tak lama lepas tu hati tak sedap badan rasa semacam jer. Agaknye Along tak nak mama dia pengsan depan orang ramai kot...hehe..

Sampai la malam semalam....Papa balik kerja seawal mungkin and kitorang keluar bayar balik niat yang tertangguh tu...Ke Mydin lagi kitorang kali ni...




Bermacam macam jenis rempah ratus ade kat sini. Lalu jer area ni bau harum semerbak menusuk hidung. Boleh ambil saja macam tu jer...tapi makesure kena bagi pekerja dia timbang dulu la.hehe..Mydin baru kan, tempat pun cantik bersih la. Tu yang enjoy jer rase nak perabihkan duit.ngeeee...(abaikan orang dalam gambar ni. Tah mamat mana la tiba tiba muncul time nak snap zon rempah ratus ni!!!)





Waktu ni dah kol8 tapi orang makin malam makin ramai lak yang datang. Kitorang pun sampai pi sembahyang maghrib dulu la time tu pastu sambung window shopping balik dalam tu. Suka kat bahagian ni sebab banyak sayur hijau dan lauk lauk segar boleh pilih. (amik site tercorot sedikit.hehe...malu nak shoot gambar. Malu orang tengok. Kang ade yang cakap giler camera ke aper orang tuuuu!!!!)




Ehhh???? Jauh plak termenung pakcik tu yer..hehe.. Time ni tengah tunggu papa pergi solat. Seronok tengok ragam orang macam macam ada. Ni baru separuh masa pertama tapi troli dah nak full ni cane???!!! Kalau  boleh satu mall ni nak dibawa balik semua barang barang tu. hehe..




Along ni pun tak ketinggalan sama. Barang dia mesti kena ada tiap kali sopeng. Papa belikan dia lego. Mainan dah selalu beli tapi takde satu pun yang kekal elok cam asal. Sampai kat sini, Along dah rambang rambang mata nya tak tau mana satu dia nak. Satu yang bagusnya pasal Along ni dia jenis yang tak demand nak itu nak ini dan tak jerit jerit sepanjang kat mall atau mana tempat sekali pun setakat ni. Cuma satu.... berkasut bagai tapi malas jalannya. Last-last papa la kena dukung. Haisyyyyy!!!!!! Selalu macam tu tau!!!




Adik Asyraf baru bangun tidur ni. Tu yang muka pun kelat semacam...mana pergi mesti tak tinggal anak mama ni kan..elok je kaki tu haaa..asal bawa keluar jenjalan takpe la kan. Mujur tak nangis kan dik..Asyraf kasi can pama dia sopeng sakan.




Dah puas pusing, barang yang dibeli pun semua dah amik, dah bayar segala sebelum balik kitorang lepak dulu kat food court ni. Tengok Along tengah minum ni tiba tiba rasa dahaga lak..Along just makan nugget panas dan ais blended jer kat situ.





Ini pula nasi kukus papa dan air bandung sebagai penyejuk tekak tak sempat nak snap juga. Malu orang tengok. kikiki.... Nampak sedap kan. Boleh datang sini kalau nak rasa. Saya suka tang ulamnya tuuuuu....Sebut pasal ulam, dah tau dah menu ape nak dimakan malam ni untuk dinner kami..Next time datang sini nak pekena nasi kandar padang kota. Apa yang best sangat pun tak tau tengok ramai yang duk kerumun kat situ. Nanti kami cuba test tengok oke...





p/s---- # Tengah pikir nak siapkan satu assignment dari salah satu segmen yang saya join hari tu. Dateline till end of this month. Aiyaaaaa...sempat ker tidak nih???



MyKidz # They Were Sleeping


Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu yer sahabat. Jadikan hari ni hujung minggu kita yang terbaik bersama keluarga tersayang.

Kitorang tak ke mana pun weekend ni. Buat masa dan ketika ni la. Tapi tak tau plak petang karang cemana. Papa mykidz ni keje. Nak cover cuti balik mengundi nanti. Kerja sendiri.. schedule cuti pun sendiri sendiri la jugak. So balik nanti boleh la kami berlama sikit kat kampung. Spent time with my lovely mother and grandma for my kidz. In Shaa Allah moga moga semuanya selamat...

Memandangkan cuaca hari ni best sangat sangat.. Alhamdulillah.. bumi Merlimau di sirami hujan hampir ke petang sudah. Cuaca sejuk, anak anak pun enjoy jer tido. Selalu kat sini panas di sianghari. Besarnya nikmatMu Ya Allah.. sesungguhnya kami sangat sangat bersyukur.




Sweetnye tengok hero hero ni tidur sebeleh menyebelah macam ni. Hilang segala penat bila depa ni lena. Especially Along ni haaa.. Payah kemain nak ajak tidur siang siang hari. Ape tak nye sayang nak tinggal mainan. Kang kalo tidur, rugi mase nak main. Haisyyyy!!!!




Mula mula tidur seiringin sekepala. Mama update entry punya la senang hati. Bebas tiada langsung gangguan nakal hero hero mama. Kalih tengok plak diorang ni sorang ke hulu sorang ke hilir. Si adik dah golek golek kiri kanan. Nasib baik si Along masih best tidur. Ape la agaknye dia mimpi tu yerkk sampai khusyuk gitu sekali.



Hoyehhhh..."Mama...i'm wake up already.." Cerah biji mata tau dah la tu. "I'm thirsty...please give me some milk so that i can grow up quickly..play gether together with my little bro bebeh.." Eh?? Cenggitu ke rupe nye??? Very the smart boy you are..

Hari hari.. diorang ni la yang jadi peneman setia sejati. Di buatnya dorang ni menangis dalam satu masa sedang saya tak menang kaki tangan nak mengejar nye...dah rupe cam hantu Kak Limah Balik Kampung plak rase.kikiki.... Akan tetapi, anak anak saya ni la harta paling bernilai yang saya ada. Juga seorang suami (En. Nik Muhammad Firdhaus) yang juga ayah pada mereka. Harta ni saya tak kan jumpa dan tak boleh cari di mana mana.

Sekian saja...







MyKidz # Adik Asyraf Belajar Meniarap


Assalamualaikum...

Last week untuk pertama tama kalinya bawa baby Asyraf pergi Klinik Kesihatan berkenalan dengan nurse nurse si baju putih kat situ. As usual la kalau pegi waktu pagi memang crowded sikit. Sit tu sampai takde kosong nak duduk. That's why saya lebih prefer check up petang. Patient tak ramai nurse pun tak busy.

Hari tu baby Asyraf kena cucuk untuk umur 3 bulan.  Mula mula tu oke je dia duduk. Rileks semacam je. Boleh lagi senyum senyum comel depan orang. Turn dah sampai hati mula la tak senang.  Agak nye dia dah tau si baju putih depan dia nak kerja kan dia sat lagi. Nurse belum cucuk pun lagi dia dah nangis daaaaa....Sekali jarum tajam tu hinggap kat paha dia.

Gambar kat rumah ni. Tak sempat nak snap pic baby Asyraf kena cucuk sebab papa ngan Along tinggalkan kami berdua kat klinik. Depa bersekutu pi makan kedai mamak...haisyyy!!!!

Alhamdulillah lepas cucuk tu baby Asyraf tak demam.  Kalo tak susah hati la mama dik.. Along dia dulu pun sama jugak.  Jarang demam lepas kena inject.



Dan....petang tu jugak lah for the first time, baby Asyraf mula menunjukkan satu peningkatan baru dalam peringkat umurnya 3 bulan lebih. 22 April ni umur baby Asyraf cukup 4 bulan. Agak cepat sikit banding dengan Along dia dulu. Hopefully cepat segala la nanti sayang mama yer...




Haaa...nampak tak tangan kembung sape tuuu.. Along pun kemain lagi sibuk nak nolong adik dia yang terkial kial nak balancing kan badannye. Cool jer Asyraf.. Lama sikit agaknye rasa dah tak boleh nak go ahead...terus dia nangis..hehe...

Tak sabar nak tengok baby Asyraf merangkak pulak... Macam mana la rupe nye nanti kan...

Sekian saja untuk kali ni. Nanti sambung mengomel kat sini lagi oke...

Salam semua..

Mini Segmen by DiyanaHani




Assalamualaikum...

Jom join segmen Hani...hehe..



Syarat-syarat:
1) Mempunyai blog.
2)Follow blog hani dan like page blog(kat sidebar)
3)Buat satu entry,copy banner dan backlink ke entry ini.
4) Like link.(akan diperiksa)
5)Tinggalkan url entry anda di bahagian komen.
Like link ini.
Hadiah yang bakal dimenangi.
1) Bekas pensel rilakkuma.-(1)
2) Button badge DiyanaHani.(5)
3) Keychain anak patung.
4) Topup RM5(1)
Pemilihan berdasarkan top referral dan random.org.
p/s: Tak perlu buat entry panjang-panjang.
Cuma copy paste entry ni sahaja.
Jemput join ramai-ramai.
Support me k..
Sesiapa yang didapati tidak mengikut peraturan.
Penyertaan akan dibatalkan serta merta.


Mini segmen ini bermula pada 15/4/2013 hingga 30/4/2013
 
Sekian...
 
 

Sejenak Seketika # 1


Assalamualaikum...

Almost more than one weeks kami kat negeri baru, rumah baru, suasana baru, pendek kata serba serbi baru lah. Kejanggalan tu tak begitu terasa sangat sebab dah selalu sangat pindah memindah macam ni sebelum ni. Cuma kali ni agak kalut sikit memandangkan barang yang nak diangkut agak banyak. Lumrah nye gitu la kan. Makin lama barang makin bertambah.

Frankly speaking...saya teramat amat merindukan tempat lama kami dulu. Jauh sekali kat sana lagi seronok. Berteman kan jiran jiran yang very friendly, rasa enjoy jer. Ada keakraban nye di situ. And i dont think i could find that situation here since our neighbors kat sini tak ramai yang berkeluarga. Budak budak bujang maaaaa.. Lelaki lak tu sume nye.

Ape yang menarik kat sini yang takde kat tempat lama ialah sini banyak tempat best kami boleh pergi di kala boring melanda jiwa dan perasaan. Kalau dulu jadi cam kepompong memerap sentiasa kat sarang saban hari. No place to hang out. Sekarangggg.....dah bertukar rupa jadi rama rama bebas berterbangan menikmati seindahnya ciptaan Illahi serta rekaan manusia yang bermacam jenis untuk santapan mata.

Kami dah jajah dua tempat shopping complex. Satu nye pergi TESCO bandar Melaka. Itu pun just nak buat cermin mata en.suami selebihnya cuci cuci mata jer. 20minit dari rumah. Satu lagi buat lawatan ke MYDIN baru Jasin. Besar la jugak. Satu tempat yang baru nak membangun. Kelilingnya banyak bangunan kedai serta rumah rumah cantik yang belum dihuni lagi. Untung la sape beli rumah kat situ.

Konon nye pasang niat nak pusing pusing jer. Sekali mau beratus jugak habisnya. Tengok kan barang kecik kecik je pun tapi tu la jadi tiap kali  pergi tempat macam tu... Apa nak buat...bukan salah ibu mengandung...haha..

I stop my note here. Ada masa dan ketika yang sesuai i'll write again soon oke... Just take good care of myself and you too..




Kami Nak Balik Dah


Assalamualaikum...

Hari ni dah Khamis 28.3.2013. Means that almost 2 weeks KAMI kat sini. Fuhhhh...lama nye... Petang semalam en. Suami saya balik. Yepiiii.... Boleh la hero hero saya jumpa papa diorang setelah berminggu minggu ditinggalkan.

Dah tentu banyak benda yang nak dikemaskan bila balik Melaka nanti. Acecehh...budget cam la barang tu banyak bertimbun. Tak banyak pun penat nye still terasa  mau berhari hari baru gerenti beres. Tapi takper. Itu dah memang kerja saya. Ngeee...

Terima kasih kat mak dan juga abah kerana menjaga serta melayan kami bertiga dengan sebaik baik sekali layanan yang diberikan. Especially penat lelah wan dan mak tok melayan karenah Along yang macam2 perangai nye tu. Nakal nye Along tak terjangkau dek fikiran kan mak.. Haisyyy..sabor je la kan.. Yang best nye, sesampai je abah balik dari keje, uniform pun tak sempat tukar lagi terus dibawanya cucu sulong wan naik keta pusing taman kejap. Sanggup tu Semata mata nak puaskan hati cucu.

Dapat pula cucu yang jenis suka gigit. Sampai lebam la lengan mak tok nye dia gigit. Habis semua orang dia buat tanda.. Kesiannn.. Mak tok siap nak claim insurans lagi ngan papa.. Habis laaaa...

Berlama kat sini, rasa terlalu banyak menyusahkan mak abah. Abah baru balik hospital ngan mak pula baru habis belajar keta sampai sampai rumah terus bawa Asyraf pi cucuk kat Klinik Keluarga hari tu. Fikirkan cucu sampai tak hirau kan penat lelah.

Mak dan abah memang sangat sangat prihatin plus penyayang orangnya. Susu Along baru tinggal separuh je mak dh cepat cepat belikan yang baru. Sama hal gak ngan pampers bebudak dua orang ni. Dah boleh buat stok untuk sebulan dua okay la kan. Ngeeeeeee.... Syukur Alhamdulillah dikurniakan dan dikelilingi insan insan penyayang serta baik hati plus ngan spoting moting macam mak abah sekeluarga. Abah mertua, mak mertua, adik bradik ipar serta biras dah macam Keluarga sendiri. Langsung tak rasa janggal bila duk dalam family dorang.

Tengah tengah hari satg KAMI pun nak balik dah la. Along da tak boleh gurau senda ngan wan dan mak tok lagi. Selalu selalu la datang rumah KAMI nanti yer. Mak.. Abah..halal kan segala makan minum kami selama kami check in kat sini tau..





Blog vs Smartphone. Ada Sesiapa Boleh Tolong?


Assalamualaikum...

Entry ni sebenarnye lebih kepada entry untuk meminta bantuan.

Saya ada sedikit kemusykilan berkaitan dengan alat alat gajet vs IT. Citer nye macam ni.... Dalam gallery phone saya tu ada tersimpan gambar gambar yang di snap samada secara sengaja atau tidak sengaja. That is normal la kan.. Tapi yang abnormal nye, segala gambar yang dah terupload di blog Kisah Kami ni pun duk ada sedia dalam tu jugak. Sekarang ni pun kalau saya buat entry bergambar, on the spot terus masuk ke gallery phone saya tu. Satu hal plak phone saya jadi berat bila nak loading. Jadi, sebarang entry Bergambar terpaksa di KIV kan dulu buat sementara waktu.

Tak tau la mana silap nye masa setting phone hari tu. Nak pegi kedai tanya kan hal ni pun tak berkesempatan lagi sekarang. Since ada kemudahan berblog macam ni mungkin boleh di tanyakan dulu   kalau kalau ada antara blogger kat sini yang arif tentang connection between blog (IT) dengan smartphone ni ke kan..

Jika ada mana2 pakar IT atau sape2 yang tahu pasal ni, andai korang terbaca la entry ni boleh tak tolong saya selesai kan masalah ni...

Sekian.. Wassalam





Tengok Cermin Rasa Cuka??


Assalamualaikum...

Sape sini suka tengok cermin??? Selalu nye perempuan la kan. Woman and the mirror ibarat isi dengan kuku i guest. Berdasarkan pengalaman sendiri jugak. For example me and my hubby. Kitorang kalau nak keluar mana mana, my hubby bersiap punya la cepat. Mana tak nye dia just amik t-shirts n long sleeve pastu sikat rambut then taruk perfume sikit2 terus start keta. Cam saya lak bercermin bila nak pakai tudung. Comel memang tak comel la jugak. Just nak tengok kalau kalau tudung senget sebelah ke tak je pun. Then sapu bedak walaupun ala kadar cermin mesti kena tengok. Tak gitu??? Kang muka dah bercorak jadi bahan tawa orang tak ke malu tu....

Tapi ramai jugak lelaki yang betul betul jaga penampilan, bila dah menghadap cermin kalah kan kita orang perempuan.. Sory to say kalau statement ni menyinggung hati dan perasaan kaum Adam.

Pernah tak bila tengok cermin rasa muka lawa sesangat. Hehe.. Budget comel ler tuuu.. Once tengok kat cermin lain dah tak se 'cute' tadi. Pandai cermin tu tipu kita kan..

Kalau nak cermin muka di kediaman kita bersih dan berkilat sentiasa, saya ada jumpa satu tips dan mungkin boleh dikongsikan di sini. Ambil satu sudu cuka pastu campurkan la dengan sedikit air dalam bekas penyembur tu. Dah tu sembur cermin dengan air cuka tadi. Guna kain yang lembut dan tak berbulu untuk lap cermin tu hingga berkilat.

Akhir kata...Cermin diri hiasi peribadi...renung renung kan la... Selamat beramal..

Wassalam...



Nak Join Segmen Tapi Tak Boleh!!!


Assalamualaikum...

Asal buka blog buka dashboard baca reading list, ramai blogger yang buat segmen macam-macam style. Tapi nape time ni? Time yang betul-betul tak mengizinkan saya utuk join sama korang.

Ada segmen yang menarik dengan terms and condtionnye yang very very the simple yang tak menyukarkan tapi still tak boleh ikut serta jugak buat masa ni.

Especially segmen bloglist. Kalau dulu once ada segmen bloglist, memang nak sangat-sangat join tapi sebab blog saya pada masa tu ada masalah link, so just ignore je la. Bukan apa, rasa cam tak confident bila blog masuk bloglist depa tapi yang ada cuma nama blog. Bila tajuk entry terkini takde,  orang tak tau latest update kita apa. Tak best la kan. Dah puas tanya orang macam mana nak buat tapi ramai yang tak tau kat mana punca nya. Blog pun rasa tak complete je sebab kan masalah tu.

But now...problem tu sume dah pun settled dengan bantuan mr.google jugak. Baru tau rupa-rupanya masalah ni ada kaitannya dengan feedburner sebenarnya. Dah setting semula kasi elok so dah boleh la join mana mana segmen bloglist korang.

In Shaa Allah...sikit masa lagi saya akan join mana-mana segmen yang korang anjurkan oke... Lagi bagus kalau ada yang sudi tag saya in case saya tak tau atau tak perasan segmen korang ker kan...



Mood; tak sabar nak pindah masuk rumah baru. Lambatnyeeeeee.....

Siapa Blogger Melaka Kat Sini Ekk???


Salam...

Beberapa hari menyepikan diri kini KAMI kembali lagi. Kembali meneroka cerita khabar gembira suka duka seisi blogger maya di sini.

Since 15 mac hari tu kitorang balik umah mak kat Cheras until now pun kitorang masih lagi kat sini. Terasa lama dah sangat walhal baru beberapa hari tinggalkan rumah lama rindu la plak. Rindukan jiran-jiran yang baik hati,peramah dan cepat mesra. Rindukan suasana taman tu yang aman untuk budak-budak kecil bermain depan umah setiap petang. Entah dapat merasai lagi ke tak suasana macam ni kat tempat baru nanti pun tak tau lah. Hopefully segala nya lebih baik dari dulu. Kalo takkkk....i'm gonna miss that place..

Husband kat Melaka kitorang plak kat Cheras, jadi saban hari la kami saling merindu. Ececehhhh..romantik kan??? Every day every night my hubby called tanyakan khabar orang terchenta. Topik hangat perbualan kami buat masa ni pasal rumah yang nak disewa. Tempat yang kitorang nak tinggal nanti area Serkam. Susah gak nak dapatkan rumah kat kawasan tu.





Since a few days we were here, Along la the only one yang tersangat la rajin. Rajinnye tu sampai tahap rumah yang cantik kemas clean n clear habis berselerakan. Mana yang tersusun berterabur habis dibuatnya. Haha... Kesian Mak Tok ngan Wan dia. Angkat tangan surrender depa kat Along sorang ni.. Gitu punya kuat la penangan cucu sulong depa...




Nasib si adiknye Asyraf ni masih kecik lagi.. Kalo tak, mau tunggang terbalik umah Wan n Mak Tok depa. Dah dapat cucu hero, layan aje laaa kan. 2orang ni je la cucu intan payung kesayangan.. Coming soon bulan 9 ni. Bakal sepupu Along Aqil dan Asyraf...

Agak-agak ada tak blogger kat sini orang Melaka yang tinggal dekat-dekat area Serkam???? Tau ade mana-mana rumah untuk disewa boleh tolong inform kat saya yang sedang mencari ni yer..

Sekiann..

Blog Kisah Kami Berehat Seketika


Salam semua...

Tengok pada tajuk tu macam la blog ni hebat sangat kan. Saja la tuuu.. entah-entah nak cari publisiti murahan kot???? hehe. Sebenarnye tak betul pun sume tu. Saya tak hebat sebab saya orang biasa-biasa yang bukan luar biasa.. Dan bukan juga nak kejar dunia glemer..

Minggu ni minggu paling sibuk tahap dewa. Alahaiiii...dewa la sangattt.. Sibuk pasal apa?? Pasal KAMI mau pindah. Pindah ke mana??? Nak tau,tengok citer Hang Tuah..

Citer pasal pindah, mula-mula memang suka. Satu nye duk sini jauh ngan famly sedara mara. Selalu 2 3 kali pikir lah kalau nak balik. Kesian kan en.suami nak drive jauh jauh. Anak-anak pun penat sama. Mama dia??? Enjoyyy..sleeping. Haha..

Tiba masa nak kemas barang mak aiii..hilang rasa suka, letih plak yang datang. Kalau bujang senang, angkut je kain baju. Ini segala mak nenek ada. Masa datang sini dulu bawa kancil jer. Barang barang pun muat2 tu je la. Sekarang?? Siap lori 3tan tuuuu...acecehh..budget cam banyak giler barang tu kan..hehe

Jadi kawan kawan....hari ni hari terakhir saya kat sini. Dan blog KISAH KAMI ni pun akan senyap untuk sementara waktu dan akan kembali segar seperti sediakala bila keadaan dah clean n clear okee...

Harap sangat korang tak lupa kan saya dan blog KISAH KAMI ni dalam masa hibernasi nanti yer.



Sekian...







SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BERSAMA ENTRI MAMA


Assalamualaikum,,,


Di kesempatan yang ada ni,,,saya nak join segmen SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BERSAMA ENTRI MAMA. Owner segmen ni sebenarnya one of my BFF di blog saya. Hehe.. Dapat tau segmen ni dari ain sendiri dan juga Aini. Ehhhhh??? Nama kita ni sama je 3orang ni kan..Apa pun,,,tu sume kebetulan...kan???



Oke ain...
Maka dengan ni,,,,saya join segmen ain yer..



Klik ENTRY MAMA ni kalau korang nak join oke..

Saya tag semua BFF saya di sini.. Kita saling support sesama kita yer..

Oke ain..

See u again..Bye.. 


Senarai BFF Terbaru Di Blog Kisah Kami


Bismillahirrahmanirrahim,,,

Assalamualaikum... Tak jawab DOSA.. Kalau jawab dapat PAHALA...

Dengan segala hormatnye di sini saya senaraikan nama-nama berserta blog masing-masing yang telah sudi menjadi sahabat karib saya baru-baru ni. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.. (skema giler ayat ni kan???hehe..)

  1. Mar Haini Abdul Rahim (✿ belog JCB ✿)
  2. aiin baharom. (Entri Mama)
  3.  Paly. (Blog Paly)
  4. deno. (DayangDeno)
  5. mizzniya. (~D.R.E.A.M.S~)
  6. Fakhruru. (FakhRuru)
  7. Eyqa Hasnan. (Eyqa Hasnan)
  8. NUR HAFIZAH. (BabyMonnster)
  9. CIK FAFA. (CONTENG CONTENG FAFA
  10. Qiela Azman. (Qielazman's Life !
  11. aien hermionie. (aien hermionie)
  12. Mazelina Zaini. (Mazelina Zaini™)
  13. Jambu Batu. (Jambu Batu)
  14. Miss coretan hati. (CikBai)
  15. fieda. (♥ Fieda ♥)
  16. (•*¨*•Duniaku Vanilla•*¨*•)
  17. Mieya Atiera. (! Mieya Atiera !)
  18. izan mama mia. (Mia DuniaKu)
  19. Iha Zaliza. (Bila Budak Banyak Bebel Buat Bising)
  20. Cik Mira. (// Cik Mira's BLOG //)
  21. Syahira Adisa. (Syahira Adisa)
  22. ~IraNur~. (~#ApamGemok#~)
  23. NugRuL SakuRa. (NugRuL SakuRa)
  24. heirizalieyana. (celoteh si gadis kidal)
  25. Diyan Hani. (MIZ RIZHANI)
  26. Maisarah Aisya. (ღ MiNe fOrEvEr ღ)
  27. Nurul Yuyu. (♥DIARI♥ONLINE♥NURUL♥)
  28. Qaseh Qistina. (:: ♥ QesahQaseh ♥ ::
  29. Nasuha Arina. (✿ Tatkala Aku B'Inspirasi ♥
  30. are_lin@yu. (!n! CeriT@ @yu ;-)
  31. Intan Akma. (ChRoNicLeS oF mY LiFe)
  32. dhia adawiyah. (Dhia Adawiyah)
  33. Love and Colourful life. (Love and Colourful Life)  



In Shaa Allah..dengan ada nya BFF saya ni..blog KISAH KAMI ni tak kan sunyi lagi dengan update-update terkini korang. Saya akan senantiasa datang lawat korang yer.

Cuma satu jer.... ada tak antara BFF2 saya ni yang sedar akan kewujudan KISAH KAMI???? Apapun salam ukhuwah salam persahabatan untuk semua...


Wassalam..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute