Hikmah di sebalik kejadian



Alhamdulillah...walaupun blog ini lama tak berupdate, tapi masih ada yang sudi menjadi sahabat blog saya. Maka dengan itu bertambah lagi bilangan followers Pena Lusuh. Usaha menambahkan traffic nampaknya berkubur macam tu jerk..huhuu

Nak diceritakan kat sini...last week kami sekeluarga balik KL. My hubby got an interview kat sana..Tiba hari yang nak ditemuduga tu..menanti lah saya sang suami balik dengan penuh debaran nak tahu macam mana sepanjang proses temuduga tu berjalan...

Then, tiba masa kami nak bertolak balik ke Pahang, dalam duk siap-siap barang tu, my son tiba-tiba jatuh dari atas kerusi. Masa tu ok la nangis cam biase, bagi susu then tertido la dia..Tidur dia tak lama then bangun terus nangis-nangis tak henti. Sangat susah hati oooo bila anak nangis tak tahu sebab nye ape..Dalam duk dukung-dukung tu tetiba plak dia muntah. Semua yang ada (hubby, MIL n me) jadi sebak dan terkejut. Terus kami bawa my son ke HUKM bahagian kecemasan. Doktor pun tak boleh nak bagi kata putus apa sebab sebenarnya yang jadi but then, doktor asked permission untuk buat City Scan in case bimbang ada kecederaan dalam otak..

Alhamdulillah hasil dari result scan tu doktor kata tak de ape-ape kecederaan..But he has to admit for one night just to observe samada dia still lagi muntah-muntah ke tak..So, malam nye tu papa la yang jaga Aqil kat spital atas sebab-sebab tertentu..Esok pagi-pagi lagi Wan Aqil pi hantaq mama Aqil ni kat HUKM sebabnye Aqil dah boleh discharge...

Cuti papa bersambung lagi untuk 1 hari yang seterusnya...Bila tiba hari kami nak bertolak, pun dalam duk tengah duk bersiap-siap tu..sekali lagi kami ditimpa kemalangan. Kali ni kereta kitorang plak yang dirempuh tiba-tiba. Pak Cik sebelah rumah jer pun yang langgar. Aduyaiiiii....memang terkejut giler masa tu. Semuanya berlaku dengan pantas sekelip mata jer. Terpaksa la bawak balik keta Wan Aqil...

Bila difikir-fikirkan semule...mungkin ade hikmah nye atas setiap masalah yang menimpa kitorang ni. As my hubby said.."just think positive"..Seminggu yang berlalu tu memang terasa penat sangat...Apa pun kami tetap redha...


Jom Baca Kisah Sedih Si Anak Kecil Ni


Entah kenapa mood petang ni tiba-tiba down pulak. Maybe ekoran daripada satu berita yang agak mengecewakan, lantas membuatkan perasaan berubah serta merta. Berita tu rasanya tak perlu lah di 'story' kan kat sini sebab bukan itu motif sebenar yang ingin disampaikan di sini actually....

Back to the title above..dalam duk boring-boring layan facebook, scroll punya scroll mouse ni then tergerak hati nak baca one post ni. Ianya mengenai kisah sorang anak dengan lipstik mahal mamanya. Jadi terdetik dalam hati yang tengah moody ni nak post kan pulak kat sini. Kisah ini sikit sebanyak agak menyentuh hati perasaan saya sebagai ibu muda yang punya anak sorang. Saya jadikan kisah ni sebagai pengajaran dan teladan untuk saya di masa2 depan agar tidak menyesal sebelum terlambat..As a parent, sikap sabar tu sentiasa kena ada dalam diri bila melayan karenah anak2 kita apatah lagi berhadapan dengan usia anak2 yang masih kecil, belum kenal cabaran dunia yang pelbagai seperti sekarang.

Sape yang belum pernah terbaca artikel ni dialu-alukan hayati kisah sedih ini......Hanya kerana Lipstik...!!!!!!!

KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN!


Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya,"Mama, adik baru saja melukis memakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu, lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah. Dengan muka anaknya yang penuh dengan lipstik serta di baju dan tangan. Dengan sangat marah, ibunya mengamuk dan memukuli anak perempuan kecil yang ma
lang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.


Kemudian setelah berhasil melepaskan emosinya, ibu ini baru sedar kalau anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Ia pun menggoncang tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tetapi terlambat,..... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdetik.
Di saat itu, ibu melihat ke katil tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Mama, adik sangat mencintaimu".



Moral of the story > > > > > > > Dah baca kan?? Pada saya even its only a short story.. tapi banyak memberi impak pada diri supaya sentiasa beringat dalam menjaga, mendidik dan mengajar anak kita. Tambah-tambah lagi kerja saya sebagai surirumah sepenuh masa memang adakalanya facing with the same situation above..Apa yang nak dikatakan di sini nyawa seorang anak tidak ternilai dengan segala harta yang kita ada. Tidak akan ada ganti nya jika perginya insan yang kita sayang disebabkan sikap panas baran kita, bertindak tanpa memikirkan kesan dan akibat, yang kemudiannya mengundang seribu kekesalan dalam diri yang mungkin kita sendiri tidak akan dapat memaafkan diri kita...

Pisang Goreng Rangup Untuk Si Cinta Hati



Alhamdulillah..petang ni terasa nyaman sekali..Anginnya yang sepoi-sepoi bahasa ditambah pula dengan udara yang agak sejuk tu,terasa bagai berada di Cameron Highland gitu biar pun hakikatnya jauh beribu batu jarak dan sempadannya..Seumur hidup saya baru sekali menjejakkan kaki di sana tahun lepas. Sampainya saya di situ kami sekeluarga tanpa dirancang bersama suami dan anak tercinta serta abah dan mak mertua saya. Seronok memang seronok tapi yang paling tak suka nak diingat...mabuk sepanjang jalan menaiki bukit yang jalannya berliku-liku tu...Pikirkan saat-saat tu confirm memang tak nak g dah...This actually idea husband saya nak penuhi hajat saya yang tak pernah-pernah jejak kaki ke sana...Tima kasih banyak-banyak yer si cinta hatiku...



"Untung adik..kecik-kecik dah sampai Cameron Highland...Wan dah nak masuk 50-an baru merasa sampai ke sini...", kata Wan Aqil..hehe..

Citer pasal udara jer pun tapi dah melalut sampai ke Cameron Higland pulak..Jauhnyeeee menyimpang dari tajuk sebenar kan....

Pisang Goreng Rangup Untuk Si Cinta Hati.....ini lah yang nak ceritakan untuk menu petang ni..Dah pasang niat dari semalam lagi nak buatkan pisang goreng untuk santapan seisi keluarga. Sape-sape rasa nak....boleh datang ketuk pintu bagi salam..hehe..

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sdb santan pekat (boleh guna santan kotak)
1/2 sdb baking powder
1/2 sdk serbuk kunyit
1 biji telur
2 sdb majerin (panaskan dan ketepikan hingga sejuk)
garam & air secukupnya



# Untuk rasa yang lagi sedap boleh taruk sedikit kapur dan kelapa parut di dalamnya...Selamat Mencuba...
 






Selamat Bersua Kembali

Untuk kesekian kalinya Pena Lusuh cuba untuk kembali aktif dalam dunia blog yang dah semakin banyak Pena Lusuh termissed..Bila dah lama tak meng-update blog, bukan saja update buka blog pun langsung tak...banyak pulak selok belok pasal blog ni dah makin lupa..Rase macam new bloggie jerk..Itu ini serba tak tahu...huhu..Ape pun InsyaAllah...Pena Lusuh tak akan berkubur macam tu aje..I Love My Blog whatever it is...

Even saya  jarang open n update my blog..tapi saya sentiasa mengikuti perkembangan blogger-blogger samada yang jadi friends saya di Pena Lusuh atau pun tidak...Saya ikutinya melalui laman facebook saya..Apa yang nak saya katakan di sini, saya bangga dengan sesetengah blogger yang sentiasa aktif mengupdate blog dorang dari masa ke semasa..

Kadang-kadang terfikir dalam kotak fikiran saya kenapa saya tak jadi macam mereka ya???? Once dah terfikir macam tu..cepat-cepat saya on my lappy dengan harapan nak godek-godek my blog...tapi sudahnya macam tu jugak...hehee...

Beza dulu dan sekarang....kalau dulu saya suka follow memfollow tutorial-tutorial dari blogger hebat dan macam-macam nak ditambah sana sini untuk mencantikkan blog. Tapi sekarang tak lagi...huhuu.. Bukan sebab rasa diri dah tahap master , PHD bagai....bukan sama sekali tauuu..hehe..

Kepada sahabat-sahabat blogger Pena Lusuh di sini...semoga ada di antara kalian yang masih mengingati blog yang semakin ketinggalan ni..

Salam ukhuwah buat semua..

Salam Buat Para Blogger

Entry ringkas dan amat bersahaja..
Sekadar ingin bertanyakan khabar sahabat blogger semua..



Saya tinggalkan kalian dengan kata-kata perangsang di bawah sebagai tatapan minda..

 
(Dipetik dari Facebook)
Selamat malam...

Harapan

Tengok drama episod Seindah Sakura ni, best plak layan lagu tema citer ni.."Harapan.." Jadi, disebabkan mood kemalasan yang amat sangat terlebih dulu dah kuasai diri takde lain nye upload je la video klip ni sebagai hiburan pada sapa yang sudi datang jengah kat blog Pena Lusuh ni..






Bicara mimpi itu,
Mengheret ku ke dasar,
Gelap tangannya menggapai tangan ku.
Dan munculnya dirimu,
Dipinggir laman itu,
Hangatmu menyambut ku kembali,

Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku Ooo..

Harapan..
Harapan menjadi layu,
Ingin ku bahgia bersama,
Menjadi kenangan,
Memburu impian masa kita
Selamanya..

Dan angin kan memanggil,
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji,
Mungkin seketika,
Ku merasa cintanya,
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini,
Tak bererti dan bersemi,
Tiada indah tanpamu disini.
Dan ku jejaki,
Walaupun hanya secebis rindumu Ooo..

Harapan..
Harapan menjadi layu,
Ingin ku bahgia bersama,
Menjadi kenangan,
Memburu impian masa kita
Selamanya..

Solo. C/O

Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya.


Footnote : Sape suke citer Seindah Sakura ni sila ngaku yer..hehe..Saya suka lakonan Fasha Sanda bawa watak remaja yg hidupnye daif sangat2..Even banyak gosip pasal dia suatu ketika dulu tapi...ade aku kisah????Yang penting dia comel kan....



3 Doodle Untuk 3 Sahabat

Selamat malam...

Lately, blog Pena Lusuh terbiar macam tu jer tidak berupdate. Mood untuk berblog walking terjah menerjah langsung tak ade. Nak sign in pun tak berapa nak rajin apatah lagi nak termenung depan lappy spend time 2 3 4 jam layan blog. Tak nak la hobi ni jadi half way jer kan..Biar ia nya kekal untuk saya abadikan segala perjalanan hidup di sini. Dan sekarang....saya kembali menjadi blogger seperti sediakala..yeahaaaa...

Sebagai mana yang saya janjikan dalam 1st para entri yang lepas..akan saya kasi hadiah pada mereka yang sudi bertapa lama kat entri tu kan..jadi, hanya hadiah yang tak seberapa mampu saya berikan.Even tak cantik tapi saya puas hati. Harap 3 sahabat saya ni pun sama yer...

Buat Ashafanie
Untuk Cik Fiza
Untuk Cik Kay Jue


Alahai Apek Nih

Kenal tak sape APEK tu??? Ni bukan apek a.k.a Khairul Fahmi si penjaga gol bola sepak kebangsaan tu tau. Ni cerita pasal si apek a.k.a Nik Muhammad Aqil si buah hati kesayangan mama aini. Mama ker?? erkkkk..terasa cam muda sangat lagi. Heheeeeeeeeeeeeee.... Even i'm a good mother and wife, but i'm still young okeh..(tak nak ngaku diri tu tua la tuuuu..kan???)

Gelaran APEK ni Mak Lang dia yang taruk..sebab mata Aqil sepet kata nye..sepet tu pun datang dari Mak Lang dia la jugak tuuuu...

Al-kisahnye si apek ni macam ni nak habaq mai kat korang..Lepas maghrib tadi kitorang ade la keluar p cari barang sikit kat Tunas Manja. Then balik tu terus bagi susu pada apek memandangkan dia sibuk duk kacau papa dia nak buat keje. Apek ni pantang betul tengok lappy duk on jer manjang. Sibuk la dia pun nak tekan situ sana sini...(Becoming an IT engineer la kot once he's grow up soon..)

Sambil si mamanye sibuk mengisi borang, tengok belakang apek dah tido laaaa....Patut la senyap jer pun. Hehee..Selalu kol10 tu tengah aktif bukan main lagi. Ini petanda yang baik...Kami tak perlu berjaga sampai ke pagi kali ni..Yeahaaaa...

Baru jer nak tutup lappy dan tv segala bagai tu..tup..tup..si apek dah mula celik balik...aduyaiii..tido lewat lagi la nampaknye..Main la hang sorang sorang Aqil eh!! Mama ngantuk daaa...nak tito..





Gudnite my lovely son..gudnite my friend..

Sweet dream and sleep tite everyone...

 

Dapat Hadiah GA Daripada HS Barakah Trading

Di sini, saya ingin berkongsi rasa gembira saya dengan korang semua. Sape yang nak share happiness ni dengan saya, boleh ambil kuaci makan depan lappy tu sambil baca entry ni sampai habis. Sape rase tak nak bace, boleh cepat cepat close page saya...hehe..TAPI..HADIAH menanti korang bagi sape sape yang stay tune baca entry ni dari mula sampai habis...HADIAH akan diberi percuma kepada sesiapa yang comment entry ini...Kita tengok sape yang bertuah tu yer..Tak sabau lak rase nak kasi hadiah kat korang..

Berbalik pada tajuk entry di atas...

Dua hari yang lepas..bukak-bukak je sliding door ni, tiba tiba encik Posmen datang menanyakan.."Aini Yunus ker?" So saya pun sambil muka kedut 14 cepat cepat jawab, "Ha'ah..saya la tu". Then dia pun menyerahkan satu bungkusan kecil yang comel kepada saya.

(Gambar Hiasan - Gambar en.posmen betul tak sempat nak snap..wakakaka..)


Dengan rasa penuh tanda tanya, memikirkan siapa pengirim nya..apa isi di dalam nya..yang penting nama dan alamat yang tertera kat situ memang ditujukan buat saya. Pelik???!! Flashback balik..saya ada beli barang secara online ker??? Memang tak la...Nak kan kepastiannya so saya mesej kepada pengirimnya.Tak pe la kan. Asal barang tu atas nama saya, kira hakmilik saya la tu kan..hehee...




Tak lama lepas tu, on lappy - buka blog - check email Mr.Google - semak mail yang dah lama bersawang kat situ. Tiba-tiba.....nampak email from HS Barakah Trading bertarikh 18 April 2012. Saya tempek kat sini mail dari HS Barakah Trading tu yer..


Salam
PEMBERITAHUAN PEMENANG GA PERTAMA TUDUNG BAWAL 3 TONE FREE
::Terima Kasih kerana menyertai GiveAway pertama dari kami..
TAHNIAH anda terpilih untuk menjadi pemenang UTAMA dari kami..
No Rujukan Pos Daftar:: RD 960665974 MY
Jumpa di GiveAway akan datang..

Haaa...korang nampak tak??? Hehe..saje le tu nak jeleskan orang..Ni la pertama kali saya dapat hadiah GA dari admin. Memang sesuatu yang tak terduga oleh akal fikiran saya menjadi pemenang utama GiveAway. Rasa macam bertuah sangat sangat. Rase hepi sangat sangat..Tak tahu macam mana cara nak sampaikan rasa terima kasih yang tak terhingga ni buat admin..Jadi, dengan tersedianya entry tak seberapa ni, boleh buatkan admin puashati. Kalau korang nak tau, entry ni adalah antara tugasan tanpa paksaan yang admin kena kan kepada kami sebagai pemenang bertuah. Saya suka cara win win situation yang admin buat nih. Minta pemenang sendiri perkenalkan diri kepada beliau..hehee..


Sebanyak banyak ucapan terima kasih buat admin di atas pemberian hadiah secomel ini

 Cantik tak? Cantik tak??? 1st buka hadiah tadi, tengok tengok kaler purple??? Memang senyum sampai ke telinga. Admin bagi kena pada tema warna kesukaan saya...Tiba tiba rasa terharu menyerbu.. Tiba tiba rasa sayanggggg sangat kat admin..(parah dah ni!!!)

Maklumat lanjut mengenai admin ;

Nama admin : Azreen Shafanie Abdullah
Blog admin : About My Life
Facebook admin : HS Barakah Trading (boleh dapatkan tudung bawal cantik cantik serta barangan lain seperti aksesori peralatan perkahwinan dan macam macam lagi ada di situ yer korang...)

Ishh3....panjang kemain entry saya nih..Korang bosan tak baca? Saja je buat entry berjela ni..nak tau ade tak yang sudi bertapa lama dengan Blog Pena Lusuh ni..Akan saya buat BFF bagi korang yang setia di sini..

P/S : Korang nak tahu lagi??? Admin akan buat 2nd GiveAway tau..korang join la nanti. Untung untung korang plak bertuah sape tau kan...

Entri Ringkas Malam Ni



Alhamdulillah..tepat jam 9pm tadi kami sekeluarga selesai makan malam. Agak sedikit lewat dinner malam ni atas sebab sebab yang tak boleh dinyatakan di sini..haha..

Habis saja makan makan, kemas dapur, cuci cuci servis pinggan mangkuk tu bagai..since Aqil pun dah dapat susu dia, minum dengan penuh gaya sekali...baru la dapat update entri lusuh ni dengan tenang. Setenang air di kali gaya nye..ahaksss...

Berhidangkan menu ringkas lagi simple je untuk dinner kami bertiga, lauk yang 2 3 hidangan cuma sedapnya bagai makan di hotel 5 star gitu. Nak tau rahsianya jadi sesedap itu tak??? Hehe..sebabnye saya dan hubby masak bersama-sama tadi. Itu lah pengikat kemesraan dan kemanisan hidup berumahtangga kami sekeluarga..

Tu jer nak kasi tau kat korang..Sharing is caring is sweet is loving and whatever 'is'..'is' lagi la...


MiaDuniaku 1st Giveaway


Pagi yang cerah..udara pun nyaman..cadang nak mendobi baju yang sebakul tapi dibatalkan niat kerana awan semakin mendung sarat mengendong hujan untuk dicuahkan ke bumi dalam hanya beberapa ketika saja lagi..Alhamdulillah..datangnya hujan membawa rahmat buat kita semua.

Tujuan entry ni adalah sebagai tanda penghargaan saya terhadap seorang sahabat blogger yang usia perkenalan kami baru beberapa bulan cuma. Dengan harapan ianya akan membawa ukhuwah untuk ikatan yang berpanjangan...Insyaallah ya Mama Mia...

Since, Mama Mia orang pertama sekali bertandang ke blog saya hari ni membawa hajat joint GA Mama yang julung julung kali diadakan tu, makanya saya pun sertai lah segmen beliau. 


 
Banner pun cantik..nampak macam anak gadis Mama, bernama Mia jer yang sedang melakar pelangi tuuu..hehe..

Nak tag saudari Hana dan juga saudari Anamizu lah..

Terima kasih yer Mama Mia sudi ajak Aini join GA nih..


 

Tak Sempat Bersantai Bersama Ustaz Azhar Idrus


Ini cerita semalam punya hal. Dalam lebih kurang seminggu dah kitorang nantikan Ustaz Azhar Idrus datang sini untuk satu sesi ceramah selepas Maghrib. Tak sabar nak dengar ceramah life dia since sebelum ni just tengok dalam tv or internet jer..So, kali ni berangan sakan la dengar dan tengok face to face Ustaz Azhar ni. Masa kami lunch, my husband said, "Petang ni kalau keje habis awal kita pegi pantai yeh...ade sesi santai bersama Ustaz Azhar Idrus", katanya..Saya pun jawab, "Baikkkkkkk abang..no hal punya...".

But..very sad to say..masa kitorang sampai tu, orang punya la ramai. Macam macam jenis orang ada. Once bila tengok stage tu, tengok sofa jer...sedeyyy..Programnya dah habis...

Dah tu apa lagi..niat dah beralih arah. Ke pantai la kami basuh basuh kaki Aqil bucuk ni haaa..








Malamnye tu..Papa Aqil jer pegi Masjid dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus. Cadang nak ikut sekali, tapi Aqil dah tido plak time tu..Fuhhh..terlepas lagi..!!! Tapi takper la. Malas nak bersesak kat sana. Jumlah yang hadir boleh tahan ramai jugak la. Lebih kurang 15,000 penonton. Tajuk yang dibawa malam tu berkaitan dengan kematian.





Segmen : Nak Doodle Nie!




Nama : Aini Yunus
Warna : Purple

Open untuk 40 terpantas katanya..Entah saya ni tergolong ke tidak dalam golongan terpantas tu pun tak  tau..Cuba nasib jer la dulu..


Sempat Lagi Nih..


Hai..selamat petang semua..Even hari ni hari minggu, masih ramai juga blogger yang mengupdate entri masing masing kan..Termasuk la saya..hehee..

Jam 2.30 tadi i got a phone call from my husband suruh bersiap sebab nak pergi tempat kenduri staff office dia. So, saya pun ape lagi,macam lipas kudung la capai apa yang patut terkedek kedek buat tu buat ni, since dia cakap dia dah on the way. Ape jadi??? Sampai sekarang tak nampak bayang pun lagi...Sajer le tu nak suh orang siap cepat. Kang tak buat cam tu lama plak dia nak kena tunggu..hahaa..

Saya jenis yang takde seni nak touch up sana touch up sini. Kalau dibuat jugak habis terconteng muka sampi rupa pun dah ala ala badut gitu..Malu gak sposen..Sudahnye just paling komang pun tempek la skit bedak..

Ok la guys..Darling dah sampai tu..Saya out dulu yer..Makan nasi free la hari ni...Laparnyeeeee...

p/s : sempat lagi update!!

Epilog Seorang Mama


Ini adalah posting kedua Si Pena Lusuh untuk hari Jumaat yang ceria, seceria kicauan burung berterbangan bebas di awan nan biru serta riangnya kanak-kanak berkejaran di laman rumah sambil ketawa mengilai-ilai, entah apa yang menggeletek hati mereka tak pula Pena Lusuh tahu...Yang pasti dunia mereka penuh warna warni.

Bila tengok anak kecil saya bermain sambil ketawa keriangan..rasa seronok yang amat. Terus mendorong diri untuk kembali menjadi kanak-kanak. Seperti anak saya, Aqil contohnya..bangun jer dari tidur apa yang dia tau, nak main..nak susu..nak makan..sedangkan hal hal lain semua beres diuruskan si penjaganya (mama dia la tu)..

Yang tersiratnya di sini, dunia mereka sepi tanpa gangguan masalah yang perlu minda mereka fikirkan. 

Namun..bila anak kecil ini semakin menginjak dewasa, melewati proses kehidupan yang nyata, mempelajari hukum alam sedalamnya, maka di situ bermula lah cerita episod bertemankan masalah yang tak berkesudahan..

Kepada Aqil, anak mama yang tersayang...semoga dewasa mu kelak tidak akan dibayangi masalah yang berpanjangan. Carilah ilmu setinggi gunung agar tidak tewas di kemudian hari. Andai tersungkur di pertengahan jalan, bangkitkan lah dirimu dengan ilmu yang penuh di dada. Biar kita tak kaya harta, tapi kaya ilmu di dada serta budi bahasa jaga la ia...



Selamat Beramal Wahai Muslimin Dan Muslimat



Sedar tak sedar Jumaat datang menemui kita lagi untuk kali yang ke berapa pun kita tak pasti dan mungkin juga tak tahu. Bagi diri saya sendiri itu pasti. Dan saya tak menidakkan mungkin ada antara sahabat saya di sini yang sentiasa mengingati berapa kali Jumaat datang bertamu..

Sedikit petikan tazkirah Jumaat saya titipkan di sini sebagai renungan;

Sesungguhnya kemuliaan hari Jumaat yang juga digelar 'Sayyidul Ayyam' terpahat dalam banyak hadis Rasulullah. Antaranya sabda Rasulullah yang bermaksud,"Sebaik baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu, diciptakan Adam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu, dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat". (Hadis Riwayat Muslim)

Pada hari Jumaat juga perlu melakukan banyak kebajikan dan berdoa. Sabda Rasulullah yang bermaksud,"Pada hari itu (hari Jumaat), tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya". (Hadis Riwayat Muslim)





Alahai Sayang Mama Niii..



Rasa macam banyak nak story plak malam ni. Tapi bila dah banyak, jadi tak tau mana satu nak dulukan..Mana yang cross in my mind itu je la saya update sepanjang hari ni..

For sure ramai yang dah sedia maklum pasal gempa bumi  di Acheh petang tadi kan.. Takut bebenar rase dengar perkataan Tsunami walaupun tadi hanya berlaku gegaran dengan kekuatan 8.5 skala Richter. Peristiwa hitam 2004 dulu pun masih berbaki lagi dan tak kan hilang dalam ingatan. Peristiwa yang meragut ratusan ribu nyawa cukup menyayat hati dan memberi keinsafan dalam diri..Tapi Alhamdulillah..baru tadi berita mengumumkan amaran tsunami telah ditarik balik..Syukur pada Allah...(habis 1 bab..)

Petang tadi juga, anggota COMBI (Program Sukarelawan Pencegahan Demam Denggi) datang untuk frogging sekitar kawasan taman perumahan tempat tinggal kitorang. Sejam sebelum tu dorang dah buat annoucement minta bersiap sedia simpan makanan terdedah dan keluar rumah sewaktu aktiviti frogging dijalankan..Tapi time tu tengah best tido kan...so, just ignore jer lah..Ingatkan mamak jual tilam ker ape ker..Then, xlama lepas tu dengar bunyi alat semburan tu dekat dekat jer ngan rumah..Ape lagi..menggelabah tak sudah la jawabnye..Nasib baik sempat rushing keluar rumah..Kalo takkkk..pengsan dah saya 2 beranak ni hidu asap yang berkepul kepul tu bagai...

(Masuk citer bab malam ni plak...)

Lepas maghrib tadi, keluar kami 3 beranak sopeng barang dapur dan susu for my little boy ni..Dah singgah makan makan kat One Seafood tu pergi la opis papa Aqil jap..Selama tunggu papa setlekan kerja dia, Si Aqil ni kemain lagi berkejar kejaran berlegar legar dalam tu..Kita plak yang penat mengejar..Yang dia nya steady jer...ade la snap gambar budak kecik ni tapi tak banyak..






Balik tu, cuci badan si bucuk ni skit..tukar baju..bagi susu terus tido..Alhamdulillah..awal plak tidur nye malam ni. Lega rase..Boleh la momma nya layan blog ni dengan senang hati sambil layan Duplicate (SRK)...ngeeee..

Tiba tiba.....

Tercongok jer boboyboy momma ni kat sebelah..Aduyaiiii...dia bangun balik plak dah...Tak tau la kol bape nak lelap mata dia ni nanti..huhuhh...




Habis jugak cite saya untuk malam ni..tah ape ape kan...layan je laaaa..

Selamat malam kawanku..



Wordless Wednesday #1?






Lama dah duk perhati..setiap kali tiba hari Rabu, mostly blogger akan tulis post title dorang dengan 'WORLDLESS WEDNESDAY'?? Apa ada maksud tersirat dan tersurat di sebalik title tu? Dan paling saya nak tau sekali kenapa mesti hari Rabu yang jadi pilihan??


p/s : Maaf yer..saya sekadar bertanya dan nak tahu kepastiannya sahaja.. Boleh sesiapa di sini explain kan tak...


 

Keep Slim World



Malam dah kian melabuhkan tirainya tapi mata masih segar sesegar mata ikan selayang kat pasar borong Wakaf Che Yeh nu haaa..Korang pernah sampai sana tak??? Time time macam ni tengah semangat kemain lagi pemborong melaung memanggil manggil minta diborong hasil jualannya..But that was long long ago..Sekarang ni tak tau la ade lagi tak pasar borong waktu pagi macam ni..Bertahun tahun tak jejak kaki ke sana...Dulu, selalu la jugak meramaikan bilangan pengunjung yang ade..

Sebenarnya entri ni tak tau nak fokus on what topic..so i'm decided to BW, tengok tengok update terkini dorang..Tengah duk baca story sana sini situ tu...suddenly....I got a massage from my cousin via facebook..


\
Comel kan akak sorang nih..

That is she..Kak Mya Balkis nama dia. Akak ni masuk tanding 'THE MOST POPULAR 2012 AWARD CONTEST'.. Closed date contest ni till end of this month..Jadi saya sebagai saudaranya mesti lah nak menolong ape yang terdaya kan..Bukan susah pun. Just 'LIKE' kan aje photo akak Mya Balkis yang comel nih, dah dapat setengah pahala..

Kepada sahabat saya yang sedang baca entri ni..sementara facebook korang pun tengah on tu..sila kan lah like akak Mya Balkis ni kat SINI.

Ni skali lagi link untuk korang like:
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150804019103619&set=a.10150804011613619.466675.319762673618&type=3&theater 

Jasa korang yang baik hati dan ikhlas like photo kak Mya Balkis ni, saya dahulukan dengan rasa terima kasih bebanyak..(waaa..macam saya plak yang masuk contest..beria ria benar..hehee)

Dah like nanti inform kan kat comment di bawah ni eh korang...


Novel - Kan Ku Kejar Cinta Kamu





 Penulis Novel - Fauziah Ashari
Terbitan - Intens Idea International Sdn Bhd
Halaman - 795 m/s
Harga - RM28.90

Lain novel yang dicari, lain plak yang dibeli..Dengan semangat berkobar-kobar menuju ke Kedai Buku Popular di Jusco Balakong mencari novel terbaru '7 Hari Mencintaiku' karya Siti Rosmizah, dengan nada yang agak kecewa staff dorang cakap novel tu dah habis stok..Fuhhh..memang frust tak terkata dah macam orang putus cinta rase..Takper..sabar lagi masa tu..Cinta hati saya a.k.a my husband merangkap papa kepada boboyboy kami suggest why not kita pergi cari kat Kedai Buku Popular di Jusco Taman equine plak kan..Mana tahu ade lagi kat situ..Satu yang saya puji cinta hati saya tu, murah dengan sikap penyabar sebagai ketua keluarga kami..Then rushing la kitorang meredah jalan raya yang sesak bab macam gerabak ketapi tu haaa..Perut masing masing tengah kelaparan tu. Tapi sebab nak juga dapatkan novel tu,tahan jer laaaa..

Rasa korang saya dapat tak novel tu????...Of course la takkkkkkk!!!! Buat habis minyak keta jer, stuck kat jem tu satu hal..Cinta hati saya pun seakan faham ape yang sedang bergelodak di jiwa saya masa tu..Benda dah tak ade, nak buat macam mana lagi...terus jer la angkat kaki...

Ingat boleh angkat kaki senang senang macam tu jer????Masuk gedung ilmu macam tu, tak beli buku rugi la wehhhh..Jadi, atlast...tu haa..novel macam gambar kat atas tu la saya beli. That's why la terpampang kat situ...

Sinopsis ringkas tentang novel 'Kan Kukejar Cinta Kamu' ni

Sebuah perkahwinan yang tidak direstui kedua belah pihak baik family Alma mahupun Raiyan. Tentangan hebat keluarga masing masing serta ditambah lagi Raiyan mengalami amnesia tidak lama selepas mereka berkahwin, dibuang keluarga oleh bapa sendiri membuatkan Alma semakin kuat dan tabah untuk meneruskan hidup dan menawan kembali suaminya yang di bawah control Nek Bondanya yang ala-ala Hitler tu....

Ni antara novel yang best jugak la yang ada dalam koleksi novel kat rumah ni. Sape minat, boleh pinjam.hehee...

Semua Tentang CKJ




Selamat malam sahabat saya sekalian yang ada..semoga ceria dengan perihal tersendiri ok..Masa yang ade tak sampai setengah jam ini untuk makan malam bersama keluarga, saya isikan dengan mengupdate blog Pena Lusuh buat seketika..

Bagi sesetengah blogger di sini, pastinya dah familiar bila 'CKJ' disebut sebut dalam mana mana entri. Kay Jue Blog a.k.a CKJ sebuah blog comel bertemakan pink dan biru, very da cute serta banyak pengisian yang boleh kita peroleh dari situ.

Korang nampak tak sticker comel kat sidebar saya tu??? Dengan satu request saja..sticker tu dah pun selamat saya terima dalam masa tak sampai sehari kalau dikira dengan jari..hahaa..Ingatkan CKJ tak layan request saya...tapi..Masyaallah...tersangat peramah orangnya..Alhamdulillah..saya dikurniakan sahabat sahabat yang baik dikeliling saya..Semoga ukhuwah yang terbina berkekalan..InsyaAllah..

Jangan tukar laman blog anda ke page lain lagi ok..stay tune with CKJ story here...!!!

Last two day..blog mesra ni ade post ENTRI yang menarik saya kira..Bersempena dengan hari jadinya, dia create entri yang menjurus kepada volunteerily entri...offer pada sesapa yang nak sticker comel free tanpa apa2 syarat..Menarikkan...sayangnye cite ni dah lepas..korang yang baru baca for sure memang tak dapat dah...hehe..Tapi kalau teringin juga..boleh sendiri terjah blog dia and ask her for that sticker..Kena dengan masa yang sesuai,mungkin CKJ boleh penuhi hasrat korang..


(CKJ buatkan sticker comel untuk Pena Lusuh...syukran jazilan ya CKJ..sape nak, minta sendiri!!!)



Okey..mana dah rase kebas kaki sengal sengal lutut tu..boleh bangun regangkan kaki tangan semua yeh..citer pun dah habis...Ape lagi...cepat ler ke blog CKJ nih...

Kisah Lucu - Aisyah




Selamat petang sahabat semua..waktu waktu macam ni best makan cucur plus ngan fresh oren..basah tekak sikit.hehe..

Hari ni betul betul rasa entri Pena Lusuh ni tak de pengisian yang boleh dikongsi bersama. Puas jugak memanggil manggil Mr.Idea tapi langsung tak dihiraukan..huhu..Jadi, saya isikan posting petang ni dengan kisah lucu lagi la ek..



Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur dengan nyenyaknya. Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri..

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : Na..nama sa..saya..Aisyah (bukan nama sebenar)",
Perompak : "Aisyah? Nampaknya sama dengan nama ibuku, aku tidak boleh membunuhmu",
Lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata, 
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku...",
 Suami : "Namaku Irwan (bukan nama sebenar)...tapi..semua orang memanggilku Aisyah.."



Selamat Membaca Dan Semoga Terhibur...

‘’MegaGiveAway by Penmerah.com’’


Masa untuk bersegmen lagi..Baru sat tadi sifu saya Cik Purple (CP) seruuuu nama saya..Mana boleh lawan tok guru kan..Thanks ya Sifu bagitau pasal segmen nih..Kadang nak jejak semua memang tak terjejak la kan..Ade juga yang terlepas pandang walaupun dah berBW..Mungkin dorang update ape ape entri time kita tak online ke kan..So dengan isyarat meng 'tag' macam ni boleh menginformasi blogger blogger lain juga.. Ade kebaikannya juga di samping boleh tambah bilangan peserta dan follower sekali..Betul tak Sifu saya???hehe..


Panjangnye muqaddimah??? Opss..terlebih sudaaaa..


Tengok pada comment GA Penmerah.com tu mak aiiii..beratus ratus..begitu punya sambutannye ek..Dan saya sorang lagi yang akan meramaikan ratusan peserta itu..yeyehh..




Nak tag:


Azimah & Putri 


P/S: Gudluck pada semua peserta...

Cuaknya Muka!!!??




Petang petang cenggini best layan muzik. Dan dalam ramai ramai list follower Pena Lusuh ni..saya suka buka blog Gadis Pecinta Pink sebab ade Radio Era kat situ..hehe..Jadi, selama melayan diri berblog walking..selama tu la blognye bersama saya sambil sambil baca dia punya entri..

Dah penat berjalan pusing pusing terjah blog orang tu orang ni then, masa untuk terjah blog sendiri plak..Lalu masuk lah ke my dashboard sat untuk tengok update terkini entri sahabat sahabat blogger saya. Tiba tiba......!!! 

Punya la dahi ni berkedut seribu bergaris garis comel jer..mata pulak terbeliak tak berapa nak bulat dengan mulut sedikit ternganga tapi tak melopong la..SEBABNYA??? Terkejut bila mana tengok kat situ tertera perkataan macam ni..."You are now not following any blog...(bla..bla..).." All blog list update is empty..Dalam sekelip mata jer, hilang semua...Ohhh..sudahhhh.. How come this??? Ke mana perginya korang semua?? Mana nak gapai balik follower kesayangan saya???? Question mark starting dancing in my brain..(mula memikirkan sumber yang boleh dirujuk...).

Dengan menggunakan sifat sabar yang memang mak saya didik masa kecik lagi, serta nasihat kawan kawan supaya jangan cepat melatah amat berguna plak hari ni..ngeh3..Masalah perlu diselesaikan dengan kadar segera nih!!! ATLAST...after direfresh 2 3 kali, barulah keadaan back to normal semula..Fuhhhh..lega..Alhamdulillah...

Memang cuak giler la tadi..Nak 'meraung' nanti kang..rosak tu memang tak arrr..cuma takut kalah plak Tomok tu nyanyi.hehe...





Kisah Lucu - Window (Tingkap) Atau Windows (OS)


Assalamualaikum...
 
Seorang pekerja baru bernama Syakir (bukan nama sebenar) pening apabila Bossnye suruh membuka Microsoft Excel. Godek punya godek, akhirnya dia membuka DOS.. 

"Hey!! Saya minta kamu buka excel, kenapa buka DOS...?", teriak boss dia.

"Gini boss, saya tak mau melanggar peraturan...",jawabnya. Si boss kebingungan dan bertanya, "Peraturan apa?"

Sambil menunjuk tulisan di dinding, Syakir membacanya. "This room is equipped with air  conditioner, please do not open windows.. Windows jer dah tak boleh..apalagi excel..!"

#Artikel ini diambil dari : Sumber



Al-Kisahnye....Si "Mudax Muncet?"


Assalamualaikum...


Berjumpa lagi kita di sini di bulan April yang mungkin banyak perkara menarik menanti kita this month..Almost 3 days jugak tak dapat jenguk blog Pena Lusuh dan juga blogger blogger lain..Terasa bersendiri bila tak tau langsung cerita dan perkembangan korang. Rasa jauh ketinggalan yang amat....Tapi, nasib baik hari berlarutan tak panjang...Dan hari ni, saya sudah boleh sama sama menjejaki korang lagi....

Alhamdulillah...selama perkenalan saya dengan blogger kat corner a.k.a (Follower) saya di sini, dorang semua memang the best laa...spoting..friendly..n bla..bla..hehe..(Bukan ayat mengampu, tapi realiti yang saya hadapi...). Rasa seronok pabila BW yang kita buat, ade respon dikemudiannya...Mana yang tak berespon tu, mayb mereka dengan hal mereka yang kita tak ketahuan kan..Jadi biarkan lah kita teruskan perancangan kita yang sedia ada sekarang..

Alamakkkkk...ayat dah terlebih skema la pulak.."tolongggggg"..."tolonggg..."Kembalikan ku pada niat asalku..huhu..

Dan sebenarnya...berbalik pada tajuk entri di atas..."Si Mudax Muncet"..Dalam proses menghilangkan diri yang lalu, kemudiannya..."Si Mudax Muncet" ni datang membawa berita gembira..dijeritnya kepada saya melalui shoutbox..Lalu saya dengan perasaan berbunga bunga pantas sekali mengejarnye mendapatkan khabaran gembiranya tu..Tiba tiba.......

Paapppp....terlanggar si gadis manja yang diberi nama Cex ah ni..hehe..Ni bukan scary story yer...Actually Cex ah atau nama sebenarnya Siti Aminah Mohd Hassan, anak kelahiran Negeri Sembilan ni berperwatakan  manja, comel dan simple jer orangnya.

Satu kelebihan yang ada pada beliau yang saya nampak dengan mata kasar saya ni..dia punya daya kekreatifan melukis doodle doodle comel..buat saya tertarik. Hasilnya..kakak yang berbaju besar kat atas tu laaa..Dia kasi kat saya..hehee..Thanks ye Cex ah..

Adusss..jauh plak layan perasaan. Baru sedar, entri dah berjela jela..Nak tutup al kisahnye dah la..Terima kasih pada sudi membaca entri saya..



Terima Kasih Cik Sharina Elyana Yang Baik Hati


Assalamualaikum...


Hujung minggu datang lagi..oyehhhh..Tapi kami sekeluarga tak ke mana pun minggu ni..Melepak jer at my home sweet home ni ajer..Korang macam mana? Sharing sharing la aktiviti mingguan korang kat sini..teruje plak nak tau nih..


Posting pagi ni lebih kepada entri untuk sampaikan rasa terima kasih saya kepada sorang sahabat blogger yang baru saya kenal tak sampai seminggu pun lagi, but she's very kind and friendly with me..Maybe hanya dengan cara macam ni jer lah boleh merapatkan ukhuwah sesama blogger kan..Nak keluar jumpe makan sama borak borak sempoi rasa cam imposible jer..Tak tahu la korang macam mana..mayb selalu hanging out together ker kan..


Ape yang saya nak citer kat sini pasal cik Sha..dia memang sorang yang baik hati..I'm not very sure either she's newbie or not..but if refer to her archive tu..all post started on this year..Dear cik Sha, pardon and correct me if i'm wrong ok..


Sebelum ke mana mana lagi..tengok dulu header dia kat bawah ni bagi korang jelas sape kah tuan punya blog yang saya kata kn tadi..




Saya suka header dia. Cantik sangat sangat..very da creative gugirl..hehee..Nak tau ape yang dia bagi kat saya???? Tengok kat bawah ni lagi..


Dengan bermurah hatinya cik Sha buatkan cursor comel untuk saya semalam..free of charge tu..Kebetulan masa tu she's not so busy dan tepat pada masanye jugak saya jadi yang terpantas tengok dia update her entry..But then..next entri dia pun masih lagi buatkan cursor free untuk sape yang request..Dah la kreatif, rajin tolong orang, friendly la pulak.Korang kalau nak kenal her by closely boleh visit blog dia..

Ehhhhh???? Saya ni dah macam buat segmen review blog la plak...Bukan..bukan..bukan...betulkan kefahaman masing masing yeh..hehe..sebabnye kalau tak silap saya, CP dah pun review blog cik Sha ni beberapa hari yang lalu..



P/S : Ade tak sesapa nak saya review blog korang..hehe..boleh tinggalkan link di ruang komen kat bawah...

Contest::Blog Yang Simple


Assalamualaikum...

Selamat malam semua..Dah makan semua?? Saya update lagi blog lusuh saya untuk kesekian kaliannya..(sambil layan Chori Chori Chupke Chupke..Suke sangat tengok Pretty Zinta yang comel dan cute berlesung pipit tu..)

As usual lah..sambil update, sambil saya study entri entri yang dah follow saya..Dengan jumlah follower yang sudah memuaskan hati saya ni, tak menyukarkan saya nak terjah dorang sumer..Tapi moga moga bilangannya akan semakin melonjak naik lah dari hari ke sehari by slowly..InsyaAllah..

Thanks pada sahabat saya, Ainin (nama pun dah iras iras kan..) sebab tag nama saya and "Buzz" kat saya. Atleast saya sedar somebody has been mentioned my name on her post..and the most important thing..saya sedar akan contest comel ni juge..Tima kasih yeh Ainin. Nanti nanti tag lagi tau..hehee..

Citer pasal contest ni plak..saya suka dengannya sebab tengok banner tuuu..comel sangat sangat..Even saya tak menang..asal banner ni melekat kat post saya pun jadi laa...Tapi kalau menang, syukur alhamdulillah..hehe..itu di luar kemampuan saya la kan..


Sempat lagi kalau korang nak join nih..Kasi kejar sikit la yeh..Just klik kat banner yang comel tu aje..as simple like that..)

Sebelum terlupa saya tag kan mereka mereka yang berkenaan di sini. Yang tersebut adalah.....

Cik Lulu
Afzam
Liyana





"Farah Alias Nak Review Belog Saya"


Assalamualaikum...

Sewaktu saya BW tadi..ramai pakat pakat join segmen kelolaan cik Farah Alias nih..Then saya check in blog dia tengok tengok tengok ape yang menarik kat situ..Siap survey tu saya pun cepat cepat lah check out dari situ and terus check in laman blog saya pula..

Rushing punya la sakan sampai termengah mengah anak tekak saya sebab masa survey segmen by Farah Alias tu..dah 95 orang nak jadi Panah Arjuna..begitu sekali sambutan hangat segmen anjuran dia erkkk...(cube kalau saya sendiri yang create segmen...gelaplah malam..Langsung tak bersambut agaknyee..)

Masa tu penting.. Jadi, takyah lenggang lenggang kangkung nenek otai la ek..moh ler kite kasi gempak corner cik Farah ni biar bergegar dia nanti..hehe..Macam segmen segmen lain jugak, takde segmen la kalau tak bersyarat kan..Tapi yang bestnye tang peraduan ni, syaratnye simple n easy to follow..each segment mesti ade banner skali kan..


Klik SINI kalau ade sesape nak join yeh..

Ok ler cik Farah..semoga saya dan kekawan lain memperoleh manfaat daripada segmen ni yeh..specially saya lah yang nak tambah kenalan seramai mungkin..

Orang Kata..Atuk Kata..Dan Aku Rasa...


Assalamualaikum...


Sedikit renungan di pagi Jumaat yang indah..

"... ♥ Jika SENDIRI jangan merasa sepi, ada Allah yang MENGAWASI 
♥ Jika SEDIH jangan pendam di dalam hati, ada Allah tempat BERBAGI 
♥ Jika MARAH jaga fikiran dan hati, ada Allah tempat MENENANGKAN DIRI 
♥ Jika SUSAH jangan merasa pilu, ada Allah tempat MENGADU 
♥ Jika GAGAL jangan berputus asa, ada Allah tempat MEMINTA 
♥ Jika BAHAGIA jangan menjadi lupa, ada Allah tempat MEMUJA.."

★❤★ INGAT... ADA ALLAH DI SETIAP WAKTU KITA ★❤★



ORANG KATA...
Enjoy sementara muda,
Hidup panjang lagi, dah tua nanti tobatlah...

ATUK KATA...
Orang muda hidup memang baru bermula,
 Tapi belum tentu masih panjang lagi,
Entah esok lusa Izrail datang menjemput...

AKU RASA...
Betul jugak tu,

ORANG KATA...
Exam tu susah, kena banyak sacrifice,
Constant styudy..past year papers..etc..etc..etc,

ATUK KATA...
Exam tu senang aje, dah ade tarikh untuk diuji,
Dah ade syllibus untuk diikut..kalau ajal, entah bila siapa pun tak tahu,
Banyak pulak tu peringkat ujiannya,
Munkar, Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide,

AKU RASA...
Betul jugak tu..

ORANG KATA...
have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara,
berpartilah sepanjang malam, make it memorable one!!!

ATUK KATA...
setiap hari jadi, kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi untuk beramal, bertaubat,

AKU RASA...
betul jugak tu,

ORANG KATA...
kerja mesti sungguh sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat, 
baru hati puas,

ATUK KATA...
yer ke hati dah puas???
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

AKU RASA...
betul jugak tu,

ORANG KATA...
successful people have a good time management,
and business di KL, New York, Tokyo,
masih sempat berkempen untuk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat memasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect,

ATUK KATA...
setiap manusia dapat 24jam dalam sehari, tapi..
ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam,
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung?
sekali dalam seminggu atau sebulan, atau setahun??

AKU RASA...
errr...betul jugak tu,

So........
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS
Jika diri tidak sehebat dan seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM
Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH
Jika diri tak sesempurna Rasulullah SAW,

Betul jugak tu..

Apa kata kita mula sekarang!!!

 P/S -> Bukan niat saya untuk mengajar sesiapa yeh..Jangan ade yang terasa di sini. Saya hanya ingin berkongsi ilmu yang saya ambil dari email kiriman sahabat saya...Sama sama lah kita memperoleh manfaat darinya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute