Jom Tinggalkan Url Blog Kat Sini


Salam blogger(s),

Since hari ni cuti Deepavali kan, so banyak masa bole hadap lappy lelama sikit compared to working day. Almost 99% saya spend kan masa untuk blogging and facebooking. Blogging khusus nya saya plan nak jalan dari 'rumah' ke 'rumah' sambil baca-baca cerita menarik korang or something intresting yang korang share. While facebook saya just observe my group members and liking their latest update...gituuuuuu..haha..betul-betul takde keje kan..:-)

So, for those yang spotting, saya menanti kan link blog korang di ruangan komen entry di bawah ni or just drop your url kat shoutbox space blog saya kat sidebar ni pun bole. Even saya ni bukan la sefemes blogger yang korang follow but deeply in my heart, i'm very seincerly to know you better.  Saya percaya korang yang friendly sedia menanti kunjungan saya ke rumah korang..hihi..peaceeeeeee....


Oh Aidijuma ku!!!


Assalamualaikum wbt,,,

AIDIJUMA ---  Satu nama yang selalu saja jadi pilihan rata-rata makcik-makcik makjah-makjah kekakak semua yang ada. "AJ" boleh kata trendy bawal yang sangat popular abad ini. No wonder la kan, Page Aidijuma saja pun dah cecah angka juta-juta. Korang rase la kan..kenapa eh AJ ni punya sebegitu ramai follower nya compared to other hijab yang nama nya pun tak kurang femes nya jugak. Sape bole jawab...nak kasi hadiahhhhh ni!!!!

Actually, ku juga salah sorang yang sesat dalam ribu-riban peminat AJ. Baru hari ni terpanggil nak story pasal AJ. Mula terjebak since last year 2012. Belum lagi dikira tahap otai tapi bole kata tiap design yang mula-mula keluar dulu sampai la sekarang, In Shaa Allah bole ingat nama masing-masing. Gituuuu!!!

Satu masa dulu, ku bagaikan cik katak bawah singgahsana nya la. Nama AJ ni tak penah sedetik melekat di hati. Langsung tak tau ade tudung sefemes AJ. Plus lagi bila sebut AJ, sah-sah terbayang kan 'sebut harga' nya yang quite expensive bagi ku. Rupe-rupe nya harga dia boleh tahan murah la jugak kan jika dibeli sebulan sekali. Taaapiiii..kalau dah tetiap minggu berkejaran ke CS semata-mata nak dapat kan new design tuuu..hmmm kopak la mak , nak oiiiii!!!!!!

Overview saya selama setia ngan AJ ni??? Satu, Compared dengan dulu, new design released sebulan sekali dua je. Tapi sekarang?? Almost every week kan!!!!!!! Adoiiiiii masak den nak kejar tu. Sudah nye tutup mata gitu je ker???? Haruuu..asyik terbayang design lawa-lawa. Nak hunting di group??? Memang tak la.. Harga tercekik orang kasi laaaa. Tak heran bagi mereka yang bergaji besar. Ni..fikir kan la ku sekali yang tak berapa nak berincome nih!!!!!!hihi.

Dua, CONCEPT STORE (CS), satu-satu nya tempat nak dapatkan koleksi tudung AJ pujaan ramai. BUT, that was before hokey. Sekarang ni dah merata ku rase. Once ade grand festival kat mana-mana, AJ akan turut serta. Yang latest ni AJ akan turun di setiap IPT yang menganjurkan konvokesyen. Motif nya untuk mendedahkan AJ kepada para student maybe. Itu baik untuk dorang punya marketing strategy. Taaaapiiiii, sukar untuk mereka yang berada jauh dari lokasi, terpaksa mencari reseller lain untuk dapatkan gojes-gojes mereka. Sebab nya, design yang keluar kat situ tak kan ada dijual di CS. 

Tiga, dari segi harga - Tiap keluaran baru sekarang ni, sale price nya tak menentu. Hanya AJ team saje yang tau kenapa harga nya turun naik sedemikian rupa. Based on my speculation, maybe depends pada material kain tu sendiri dan juga design serta quantiti yang dikeluarkan. 

Empat nya, purchase limitation. Bab ni la yang paling mengharu kan. AJ yang dulu, kalau dah duit berkepuk-kepuk takde tempat nak simpan, boleh simpan kat CS. Nak beli seberapa banyak pun takde sape menghalang. Nowadays, AJ dah had kan dua helai saje untuk setiap design yang baru release. Nangis bucu katil je la. Kesian pada mereka yang tak dapat pergi beli sendiri. Pun terpaksa cari reseller yang mark up harga tercekik. Alasannya, limited stock!!!! Hamik kooo.. Bagi pihak AJ, sudah tentu ada sebab yang kukuh kenapa mereka wujud kan sistem macam tu. Salah satu nya mungkin ramai yang komplen stok cepat habis time sale sebab banyak yang dah di kaut oleh seller-seller. Sedangkan konsep sebenar AIDIJUMA adalah BELI PAKAI SENDIRI.

Okey guys...cerita ni habis sini je yer. Terasa cam jadi part time reporter lak.

  ------------------------------

*NOTA KAKI;

Pada sesiapa yang terbaca kan entry saya ini, maaf dipinta yer andai ada yang tersalah fakta saya sebutkan di sini. Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak.Ini semua berdasarkan pemerhatian saya selama mengikuti gojes aidijuma, begitu lah fenomena nya.



Puasa Sunat Hari Arafah (9 Zulhijjah 1435H)


Assalamualaikum wbt,,,

Uolls semua!!!! Dah tidur ke?? Abaikan mereka mereka yang dah lena dibuai mimpi tu. Yang pasti nyeeeeee..ramai lagi yang tengah berjaga bersengkang mata bolat bolat time ni kan????? Ku mengatakan yang sedemikian bukan sekadar omongan kosong hokeyyy!!! Ade fakta yang lagi mengukuhkan hujah hujah di atas. Gituuuuuu. Sape mereka berkenaan yang tentu tentu jadi mata panda tu sebenar nye yer....? Jeng..jeng..jeng..

Tinggal sehari lagi ni segala persiapan nak kena buat nak sambut Aidiladha nan suci. Segala nya bermula esok hari. Nak mempacking baju baju seisi rumah, nak memuding kan marble untuk di bagi kan sebekas buat family in law and lagi sebekas untuk family ku di kampung..ntah kan jadi ke tidak tu idok ler mike pasti. Try and error jo la yooo. Haaaaa...nampak tak tu??? Dah bole tau sape yang jadi mata panda sekarang???? Sah sah la mereka yang sekarang tengah berpusu pusu di jalanan menuju ke kampung masing-masing laaaa. Sebab nye.. ku baru dapat update from my SIL, jalan agak sesak lagi time ni. Normal fenomena la tu bila raya dah dekat.

Actually kitorang pun tunggu masa gak nak berlepas ni. Saat saat macam ni harap sangat semua selamat sampai dengan jaya nya in shaa allah...Moga masing masing berhemah semasa memandu. Kadang risau jugak kalau kalau ade terselit mereka mereka yang agak kurang beretika yang tau nak cepat sampai hingga kan nyawa penunggang lain jadi taruhan. "Nauzubilahu Min Zalik".

One more thing...Esok, (sekarang pun dah kire esok daaa ) based on takwim Islam Malaysia adalah 9 Zulhijjah 1435 Hijrah bersamaan 4 Oktober 2014, jemaah haji akan melaksanakan satu daripada rukun haji iaitu Wukuf (berada) di Arafah.

Di bawah, ku petik sedikit ayat ni dari sumber:

Di Padang Arafah, di mana satu-satunya lokasi yang paling mustajab doa kita. Kerana di situ Allah SWT turun ke langit serendahnya untuk bertemu dan menyaksikan hamba-hamba-Nya yang ingin berjumpa dengan-Nya, mendengar segala doa dan permohonan hamba-Nya dan memakbulkan segala doa-doa mereka. Bahkan Allah memuji kepada hamba-Nya yang datang berwukuf di Arafah untuk menggapai rahmat dan keampunan-Nya.
Allahu akbar....betapa beruntung nya saudara seislam kita yang dapat menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah ni. Masyallah...satu tempat yang sentiasa diidamkan untuk sampai ke sana. Bila kah masa nya tu???? Semoga Allah mengizinkannya suatu hari nanti kan..In Shaa Allah.

Tadi, my sis text me tanya kan bila hari yang patut nye kita puase sunat hari Arafah. No wonder la..ku sendiri pun confius gak tadi since kalendar kita (Malaysia) ni tak sama dengan Mekah punye takwim. Jadi, bila dah dirujuk pada yang lebih pakar, dan majoriti nya puase ikut takwim kita. Ku juga berterima kasih pada dia sebab tolong ingatkan sama.

Mana kawan kawan yang terbaca notes ni..jommm kita sama-sama puase sunat hari Arafah esok hari yer. Sama-sama kita memperoleh berkat dari Nya In Shaa Allah..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute