Jom Baca Kisah Sedih Si Anak Kecil Ni


Entah kenapa mood petang ni tiba-tiba down pulak. Maybe ekoran daripada satu berita yang agak mengecewakan, lantas membuatkan perasaan berubah serta merta. Berita tu rasanya tak perlu lah di 'story' kan kat sini sebab bukan itu motif sebenar yang ingin disampaikan di sini actually....

Back to the title above..dalam duk boring-boring layan facebook, scroll punya scroll mouse ni then tergerak hati nak baca one post ni. Ianya mengenai kisah sorang anak dengan lipstik mahal mamanya. Jadi terdetik dalam hati yang tengah moody ni nak post kan pulak kat sini. Kisah ini sikit sebanyak agak menyentuh hati perasaan saya sebagai ibu muda yang punya anak sorang. Saya jadikan kisah ni sebagai pengajaran dan teladan untuk saya di masa2 depan agar tidak menyesal sebelum terlambat..As a parent, sikap sabar tu sentiasa kena ada dalam diri bila melayan karenah anak2 kita apatah lagi berhadapan dengan usia anak2 yang masih kecil, belum kenal cabaran dunia yang pelbagai seperti sekarang.

Sape yang belum pernah terbaca artikel ni dialu-alukan hayati kisah sedih ini......Hanya kerana Lipstik...!!!!!!!

KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN!


Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya,"Mama, adik baru saja melukis memakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu, lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah. Dengan muka anaknya yang penuh dengan lipstik serta di baju dan tangan. Dengan sangat marah, ibunya mengamuk dan memukuli anak perempuan kecil yang ma
lang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.


Kemudian setelah berhasil melepaskan emosinya, ibu ini baru sedar kalau anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Ia pun menggoncang tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tetapi terlambat,..... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdetik.
Di saat itu, ibu melihat ke katil tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Mama, adik sangat mencintaimu".



Moral of the story > > > > > > > Dah baca kan?? Pada saya even its only a short story.. tapi banyak memberi impak pada diri supaya sentiasa beringat dalam menjaga, mendidik dan mengajar anak kita. Tambah-tambah lagi kerja saya sebagai surirumah sepenuh masa memang adakalanya facing with the same situation above..Apa yang nak dikatakan di sini nyawa seorang anak tidak ternilai dengan segala harta yang kita ada. Tidak akan ada ganti nya jika perginya insan yang kita sayang disebabkan sikap panas baran kita, bertindak tanpa memikirkan kesan dan akibat, yang kemudiannya mengundang seribu kekesalan dalam diri yang mungkin kita sendiri tidak akan dapat memaafkan diri kita...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute