Pengudaraan Yang Kurang Sihat
Assalamualaikum...
Masih lagi heboh mengenai isu jerebu yang melanda negara kita since a few days ago. Nak nak lagi tempat kami ni tergolong di antara negeri negeri yang turut sama mengalami masalah jerebu ni. Bandar Merlimau yang letaknya tak berapa jauh dengan Bandaraya Melaka memang dapat rasa kan tempias nya juge. Bangun pagi pagi tu dah telan bau asap.
Masa umur tak berapa nak matang satu tika dulu, sebut pasal jerebu ni boleh lagi saya buat endah tak endah konon cam takde ape la sangat kan. BUT..that was before. Ape lagi bila sudah ade anak kecil ni, hal hal macam ni memang sangat sangat merisau kan hati. Memikirkan kesihatan mereka, seboleh boleh nya nak kan masalah ni berakhir dengan cepat. Jadi sebagai langkah keselamatan, my kidz memang saya tak bagi dorang main kat luar la especially si abang nye tu. Bimbang asap yang dibawa oleh udara masuk ke mulut. Nak pakai kan dia mask memang tak kan nak nye dia.
Sedikit petikan yang saya ambil dari berita di Utusan Online hari ni mengenai masalah jerebu di negara kita...
"Situasi jerebu dijangka berterusan sehingga September ini ekoran keadaan udara yang masih dipengaruhi pencemaran merentasi sempadan selain musim monsun barat daya yang sedang dialami negara ketika ini.
"Peta Jerebu Serantau yang dikeluarkan Pusat Pakar Meteorologi ASEAN (ASMC) semalam menunjukkan pergerakan asap jerebu tebal dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia dan tiupan angin dari arah barat daya membawa pencemaran jerebu ke kawasan Pantai Barat dan merentasi ke kawasan Pantai Timur Semenanjung," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu, laporan ASMC juga menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia semalam sebanyak 64 berbanding 173 yang dicatat kelmarin berikutan faktor litupan awan.
Tambahnya, bilangan titik panas yang dikesan di Malaysia semalam adalah sebanyak 11 iaitu tujuh di Pahang dan empat di Sarawak.
Dalam pada itu, jelas kenyataan tersebut, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah memaklumkan kepada Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengaktifkan Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan Jerebu selaras dengan 'tahap amaran 3A' dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
Untuk baca Artikel Penuh, boleh rujuk DI SINI
Ape pun yang berlaku, anggap nye sebagai satu ujian pada kita untuk melihat sejauh mana sabar nye kita menghadapi situasi ni.
Generasi Muda Dipelawa Terlibat Program Tadbir Negara
Assalamualaikum...
Suka sekali saya nak kongsi kan satu berita yang sangat menarik pada fikiran saya. Mungkin ada yang sudah sedia maklum tentang program ini. Saya tak pasti samada ia nya sudah lama diperkenalkan atau masih baru since dia punya dateline untuk join program ni till end of this month. So pada sape sape yang berminat boleh cepat cepat grab peluang terbaik ni.
Generasi Muda Dipelawa Terlibat Program Tadbir Negara
on Thursday, June 13, 2013
Generasi muda dipelawa terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran
negara di peringkat Kerajaan Persekutuan menerusi latihan amali yang
dikenali sebagai program Felo Perdana.Menerusi program itu peserta Felo Perdana akan bertugas di peringkat tertinggi dalam Kerajaan Persekutan bagi membantu menteri Kabinet termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan agenda nasional.
"Inilah masanya bagi anak muda Malaysia yang mempunyai aspirasi untuk terlibat secara langsung di dalam kepimpinan tanahair disamping menyumbang kearah pembangunan negara.
"Sebagai Felo Perdana, anda akan bertugas sebagai pelatih eksekutif kepada menteri Kabinet di mana anda akan membantu mentor anda dan juga pegawai-pegawai kanan beliau merancang dan melaksanakan dasar-dasar Kerajaan disamping membantu di dalam usaha penerangan tentang pelbagai program kerajaan melalui media sosial dan saluran komunikasi strategik yang lain," kata kenyatan yang disiarkan melalui laman web rasmi www.perdanafellows.com.
Selain itu program Felo Perdana ini juga dirangka bagi memberi nilai tambah kepada kedua-dua pihak iaitu menteri dan juga felo yang terlibat.
Peserta yang terpilih akan didedahkan kepada urusan penting di dalam pentadbiran tertinggi kerajaan disamping peluang untuk mencurahkan bakti dalam menjayakan agenda nasional dan segala program transformasi yang dibawa Perdana Menteri.
Kerajaan menawarkan dua kategori latihan amali iaitu Felo Perdana Siswazah kepada semua mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) serta Felo Perdana Graduan yang terbuka kepada semua graduan baru daripada IPT.
Calon yang berminat boleh menghantar permohonan sebelum 20 Jun ini ke perdanafellows@kbs.gov.my
#Sumber : MY ADHA