Ke Mydin Lagi Kami


Assalamualaikum...

Lama rasa tak buat bising kat sini. Almost one weeks juga la since last entry pun weekend jer berupdate. Macam macam alasan boleh bagi kenapa entry jarang diupdate kan. Dan sebenarnya...... tiga hari yang sudah, saya diserang demam yang teruk. Rasa macam surrender dalam segala hal. Susah kan bila mama sakit lantas anak anak semua kurang dapat pemerhatian dari mama. So, papa have to take over kerja suri dan kerja rumah. But... lots of thankful to my dear husband sanggup apply cuti for one day spent all the day kat rumah hari tu especially dalam bab jaga anak anak kami. Memang orang kata tu yang sepatutnye kena buat tapi sikit rasa terharu dapat layanan sebegini kan. Bertuah dan bersyukur dikurniakan insan penyayang sebagai teman hidup.

Planning asal sebelum demam menyerang malam tu nak la keluar cari barang dapur. Along pula tidur tengah tengah maghrib. Malas nak kacau 'ibadat sunyi' dia tu so cancel aje la niat kitorang. Masa tidur anak anak lebih diutamakan la katakan. Mungkin ada hikmahnya di situ, tak lama lepas tu hati tak sedap badan rasa semacam jer. Agaknye Along tak nak mama dia pengsan depan orang ramai kot...hehe..

Sampai la malam semalam....Papa balik kerja seawal mungkin and kitorang keluar bayar balik niat yang tertangguh tu...Ke Mydin lagi kitorang kali ni...




Bermacam macam jenis rempah ratus ade kat sini. Lalu jer area ni bau harum semerbak menusuk hidung. Boleh ambil saja macam tu jer...tapi makesure kena bagi pekerja dia timbang dulu la.hehe..Mydin baru kan, tempat pun cantik bersih la. Tu yang enjoy jer rase nak perabihkan duit.ngeeee...(abaikan orang dalam gambar ni. Tah mamat mana la tiba tiba muncul time nak snap zon rempah ratus ni!!!)





Waktu ni dah kol8 tapi orang makin malam makin ramai lak yang datang. Kitorang pun sampai pi sembahyang maghrib dulu la time tu pastu sambung window shopping balik dalam tu. Suka kat bahagian ni sebab banyak sayur hijau dan lauk lauk segar boleh pilih. (amik site tercorot sedikit.hehe...malu nak shoot gambar. Malu orang tengok. Kang ade yang cakap giler camera ke aper orang tuuuu!!!!)




Ehhh???? Jauh plak termenung pakcik tu yer..hehe.. Time ni tengah tunggu papa pergi solat. Seronok tengok ragam orang macam macam ada. Ni baru separuh masa pertama tapi troli dah nak full ni cane???!!! Kalau  boleh satu mall ni nak dibawa balik semua barang barang tu. hehe..




Along ni pun tak ketinggalan sama. Barang dia mesti kena ada tiap kali sopeng. Papa belikan dia lego. Mainan dah selalu beli tapi takde satu pun yang kekal elok cam asal. Sampai kat sini, Along dah rambang rambang mata nya tak tau mana satu dia nak. Satu yang bagusnya pasal Along ni dia jenis yang tak demand nak itu nak ini dan tak jerit jerit sepanjang kat mall atau mana tempat sekali pun setakat ni. Cuma satu.... berkasut bagai tapi malas jalannya. Last-last papa la kena dukung. Haisyyyyy!!!!!! Selalu macam tu tau!!!




Adik Asyraf baru bangun tidur ni. Tu yang muka pun kelat semacam...mana pergi mesti tak tinggal anak mama ni kan..elok je kaki tu haaa..asal bawa keluar jenjalan takpe la kan. Mujur tak nangis kan dik..Asyraf kasi can pama dia sopeng sakan.




Dah puas pusing, barang yang dibeli pun semua dah amik, dah bayar segala sebelum balik kitorang lepak dulu kat food court ni. Tengok Along tengah minum ni tiba tiba rasa dahaga lak..Along just makan nugget panas dan ais blended jer kat situ.





Ini pula nasi kukus papa dan air bandung sebagai penyejuk tekak tak sempat nak snap juga. Malu orang tengok. kikiki.... Nampak sedap kan. Boleh datang sini kalau nak rasa. Saya suka tang ulamnya tuuuuu....Sebut pasal ulam, dah tau dah menu ape nak dimakan malam ni untuk dinner kami..Next time datang sini nak pekena nasi kandar padang kota. Apa yang best sangat pun tak tau tengok ramai yang duk kerumun kat situ. Nanti kami cuba test tengok oke...





p/s---- # Tengah pikir nak siapkan satu assignment dari salah satu segmen yang saya join hari tu. Dateline till end of this month. Aiyaaaaa...sempat ker tidak nih???



MyKidz # They Were Sleeping


Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu yer sahabat. Jadikan hari ni hujung minggu kita yang terbaik bersama keluarga tersayang.

Kitorang tak ke mana pun weekend ni. Buat masa dan ketika ni la. Tapi tak tau plak petang karang cemana. Papa mykidz ni keje. Nak cover cuti balik mengundi nanti. Kerja sendiri.. schedule cuti pun sendiri sendiri la jugak. So balik nanti boleh la kami berlama sikit kat kampung. Spent time with my lovely mother and grandma for my kidz. In Shaa Allah moga moga semuanya selamat...

Memandangkan cuaca hari ni best sangat sangat.. Alhamdulillah.. bumi Merlimau di sirami hujan hampir ke petang sudah. Cuaca sejuk, anak anak pun enjoy jer tido. Selalu kat sini panas di sianghari. Besarnya nikmatMu Ya Allah.. sesungguhnya kami sangat sangat bersyukur.




Sweetnye tengok hero hero ni tidur sebeleh menyebelah macam ni. Hilang segala penat bila depa ni lena. Especially Along ni haaa.. Payah kemain nak ajak tidur siang siang hari. Ape tak nye sayang nak tinggal mainan. Kang kalo tidur, rugi mase nak main. Haisyyyy!!!!




Mula mula tidur seiringin sekepala. Mama update entry punya la senang hati. Bebas tiada langsung gangguan nakal hero hero mama. Kalih tengok plak diorang ni sorang ke hulu sorang ke hilir. Si adik dah golek golek kiri kanan. Nasib baik si Along masih best tidur. Ape la agaknye dia mimpi tu yerkk sampai khusyuk gitu sekali.



Hoyehhhh..."Mama...i'm wake up already.." Cerah biji mata tau dah la tu. "I'm thirsty...please give me some milk so that i can grow up quickly..play gether together with my little bro bebeh.." Eh?? Cenggitu ke rupe nye??? Very the smart boy you are..

Hari hari.. diorang ni la yang jadi peneman setia sejati. Di buatnya dorang ni menangis dalam satu masa sedang saya tak menang kaki tangan nak mengejar nye...dah rupe cam hantu Kak Limah Balik Kampung plak rase.kikiki.... Akan tetapi, anak anak saya ni la harta paling bernilai yang saya ada. Juga seorang suami (En. Nik Muhammad Firdhaus) yang juga ayah pada mereka. Harta ni saya tak kan jumpa dan tak boleh cari di mana mana.

Sekian saja...







MyKidz # Adik Asyraf Belajar Meniarap


Assalamualaikum...

Last week untuk pertama tama kalinya bawa baby Asyraf pergi Klinik Kesihatan berkenalan dengan nurse nurse si baju putih kat situ. As usual la kalau pegi waktu pagi memang crowded sikit. Sit tu sampai takde kosong nak duduk. That's why saya lebih prefer check up petang. Patient tak ramai nurse pun tak busy.

Hari tu baby Asyraf kena cucuk untuk umur 3 bulan.  Mula mula tu oke je dia duduk. Rileks semacam je. Boleh lagi senyum senyum comel depan orang. Turn dah sampai hati mula la tak senang.  Agak nye dia dah tau si baju putih depan dia nak kerja kan dia sat lagi. Nurse belum cucuk pun lagi dia dah nangis daaaaa....Sekali jarum tajam tu hinggap kat paha dia.

Gambar kat rumah ni. Tak sempat nak snap pic baby Asyraf kena cucuk sebab papa ngan Along tinggalkan kami berdua kat klinik. Depa bersekutu pi makan kedai mamak...haisyyy!!!!

Alhamdulillah lepas cucuk tu baby Asyraf tak demam.  Kalo tak susah hati la mama dik.. Along dia dulu pun sama jugak.  Jarang demam lepas kena inject.



Dan....petang tu jugak lah for the first time, baby Asyraf mula menunjukkan satu peningkatan baru dalam peringkat umurnya 3 bulan lebih. 22 April ni umur baby Asyraf cukup 4 bulan. Agak cepat sikit banding dengan Along dia dulu. Hopefully cepat segala la nanti sayang mama yer...




Haaa...nampak tak tangan kembung sape tuuu.. Along pun kemain lagi sibuk nak nolong adik dia yang terkial kial nak balancing kan badannye. Cool jer Asyraf.. Lama sikit agaknye rasa dah tak boleh nak go ahead...terus dia nangis..hehe...

Tak sabar nak tengok baby Asyraf merangkak pulak... Macam mana la rupe nye nanti kan...

Sekian saja untuk kali ni. Nanti sambung mengomel kat sini lagi oke...

Salam semua..

Mini Segmen by DiyanaHani




Assalamualaikum...

Jom join segmen Hani...hehe..



Syarat-syarat:
1) Mempunyai blog.
2)Follow blog hani dan like page blog(kat sidebar)
3)Buat satu entry,copy banner dan backlink ke entry ini.
4) Like link.(akan diperiksa)
5)Tinggalkan url entry anda di bahagian komen.
Like link ini.
Hadiah yang bakal dimenangi.
1) Bekas pensel rilakkuma.-(1)
2) Button badge DiyanaHani.(5)
3) Keychain anak patung.
4) Topup RM5(1)
Pemilihan berdasarkan top referral dan random.org.
p/s: Tak perlu buat entry panjang-panjang.
Cuma copy paste entry ni sahaja.
Jemput join ramai-ramai.
Support me k..
Sesiapa yang didapati tidak mengikut peraturan.
Penyertaan akan dibatalkan serta merta.


Mini segmen ini bermula pada 15/4/2013 hingga 30/4/2013
 
Sekian...
 
 

Sejenak Seketika # 1


Assalamualaikum...

Almost more than one weeks kami kat negeri baru, rumah baru, suasana baru, pendek kata serba serbi baru lah. Kejanggalan tu tak begitu terasa sangat sebab dah selalu sangat pindah memindah macam ni sebelum ni. Cuma kali ni agak kalut sikit memandangkan barang yang nak diangkut agak banyak. Lumrah nye gitu la kan. Makin lama barang makin bertambah.

Frankly speaking...saya teramat amat merindukan tempat lama kami dulu. Jauh sekali kat sana lagi seronok. Berteman kan jiran jiran yang very friendly, rasa enjoy jer. Ada keakraban nye di situ. And i dont think i could find that situation here since our neighbors kat sini tak ramai yang berkeluarga. Budak budak bujang maaaaa.. Lelaki lak tu sume nye.

Ape yang menarik kat sini yang takde kat tempat lama ialah sini banyak tempat best kami boleh pergi di kala boring melanda jiwa dan perasaan. Kalau dulu jadi cam kepompong memerap sentiasa kat sarang saban hari. No place to hang out. Sekarangggg.....dah bertukar rupa jadi rama rama bebas berterbangan menikmati seindahnya ciptaan Illahi serta rekaan manusia yang bermacam jenis untuk santapan mata.

Kami dah jajah dua tempat shopping complex. Satu nye pergi TESCO bandar Melaka. Itu pun just nak buat cermin mata en.suami selebihnya cuci cuci mata jer. 20minit dari rumah. Satu lagi buat lawatan ke MYDIN baru Jasin. Besar la jugak. Satu tempat yang baru nak membangun. Kelilingnya banyak bangunan kedai serta rumah rumah cantik yang belum dihuni lagi. Untung la sape beli rumah kat situ.

Konon nye pasang niat nak pusing pusing jer. Sekali mau beratus jugak habisnya. Tengok kan barang kecik kecik je pun tapi tu la jadi tiap kali  pergi tempat macam tu... Apa nak buat...bukan salah ibu mengandung...haha..

I stop my note here. Ada masa dan ketika yang sesuai i'll write again soon oke... Just take good care of myself and you too..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute