skip to main |
skip to sidebar
Assalamualaikum,
Ketahuilah, pembentukan anak yang genius dan soleh bermula ketika dia berada di alam rahim.
Jadi, kehamilan merupakan tempoh penting untuk membolehkan si cilik meniti perkembangan positif.
“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita
merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam
tekad memben
tuk masa depan anak.” Demikian pandangan kaunselor
terkenal, Fadzilah Khamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal
bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai
perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu.
Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang
diimpikan.
1.Pemakanan Sihat Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.
Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin,
mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan
pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk
perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam
minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.
2. Banyakkan Ibadat Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa
aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya,
banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan
kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya. Anda dan suami dituntut
memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Iisnin dan
Khamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran.
3. Amalkan
Membaca Al-Quran Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda
digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat
Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan
dan dihembuskan ke perut anda.
Antara yang elok dibaca ketika hamil
ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat
78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat
ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat,
sempurna, bijak dan soleh.
Surah Fatihah adalah ibu al-Quran,
al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan
menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak
mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh
meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini
dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.
4.
Sentuhan Kasih Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan
perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian
mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas
kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang
tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.
Ada pendapat
menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan
menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut
jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.
5.
Emosi Terkawal Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal
dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang
tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin
yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap
positif.
6. Muzik Klasik Perdengarkan janin dengan muzik klasik
kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam
kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni,
ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini
berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat
memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.
7. Latihan
Matematik dan Membaca Dipercayai amalan wanita hamil yang gemar membuat
latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan merangsang perkembangan
otak si anak. Jadi, rajin-rajin lah membuat latihan matematik atau
soalan-soalan IQ yang menguji minda untuk merangsang perkembangan otak
bayi.
Membaca juga boleh meransang kecerdasan anak. Sama seperti
membaca al-Quran, membaca bahan2 yang ilmiah membantu melahirkan bayi
yang bijak dan pandai.
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute ♥