Siapakah Wanita Pertama Yang Masuk Ke Syurga?


Assalamualaikum...






Suatu hari, Rasulullah SAW memberitahu Fatimah bahawa dia bukanlah wanita pertama yg masuk ke syurga. Fatimah sangat sedih dgn perkhabaran itu dan cemburu kpd wanita tsbt. Fatimah tertanya2 apakah amalan wanita tsbt sehingga beliau layak menjadi wanita pertama yg masuk ke syurga?

Fatimah lantas bertanya kpd ayahandanya. Rasulullah tidak menjawab, sebaliknya berkata;

" Pergilah anakku ke rumah wanita tersebut. "

Fatimah pun bersiap utk pergi ke rumah wanita tsbt. Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita yg bernama Muti'ah, Fatimah tidak d benarkan masuk krna tidak mendapat keizinan suaminya. Maka Fatimah pulang kembali dan datang semula pada keesokan harinya.

Pada hari ke dua, Fatimah datang bersama al Hasan dan al Husin pula. Sekali lagi Muti'ah tidak membenarkan masuk ke dlm rumah krna Muti'ah meminta izin hanya utk Fatimah sahaja, tidak untuk anak2nya.

Maka, sekali lagi Fatimah pulang dgn perasaan hampa krna belum lagi dapat menyelidik keistimewaan atau amalan wanita tersebut.

Pada hari ketiga, barulah Fatimah d izinkan masuk ke dlm oleh Muti'ah. Mereka pun berbual2 d samping Fatimah memerhati kpd wanita yg istimewa itu. Namun pada firasat Fatimah, dlm pertemuannya itu tidak ada apa2 yg istimewa tentang wanita ini, sehingga dia layak menjadi wanita pertama yg masuk syurga.

Ketika sedang berbual2 itu, tiba2 Muti'ah bangkit dari tempat duduknya dan segera bersiap diri. Fatimah kehairanan. Rupa2nya Muti'ah bersiap2 utk menyambut kepulangan suaminya.

Muti'ah menyambut kepulangan suaminya dgn menyediakan 3 perkara iaitu:

1. Segelas air untuk menghilangkan dahaga suaminya.
2. Sedikit makanan bagi menghilangkan lapar dan
3. Sebatang tongkat untuk digunakan oleh suaminya bagi menghukumnya jika dia bersalah sepanjang pemergian suaminya, serta memakai pakaian yg cantik utk tatapan suaminya.


Fatimah pulang dengan perasaan penuh kagum dan terharu dgn layanan istimewa yg diberikan oleh Muti'ah kpd suaminya. Fatimah terus mendapatkan Rasulullah SAW untuk menceritakan apa yg dialaminya ketika berada di rumah wanita tersebut. Dengan rasa penuh rendah diri beliau mengakui bahawa Muti'ah sememangnya layak menjadi wanita pertama yang masuk ke dlm syurga kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada suaminya.

Rasulullah memujuk Fatimah dengan mengkhabarkan Muti'ah ialah wanita yang akan menjadi penarik kudanya disyurganya nanti.

" Maka sebab itu dia akan masuk dahulu, namun hakikatnya engkaulah Fatimah wanita pertama yang masuk ke syurga. " Rasulullah SAW memujuk sambil memandang Fatimah dengan penuh kasih.

Wahai isteri, jaga dan uruslah suamimu dengan sebaik mungkin serta berikanlah apa yang diharapkan darimu agar bertakhta dikalbunya tiada yang lain selain dari dirimu.

Berpeganglah kpd hadis Nabi Muhammad SAW ini yang maksudnya;

" Allah tidak akan melihat ke arah wanita yg tidak berterima kasih kpd suaminya dan tidak pernah berasa cukup daripada suaminya. " HR al Nasa'i, al Bazar dan al Hakim.

 -
-
-
-
-
-
-
-
v

Sumber:


Jom Buka Kedai Gunting Rambut


Assalamualaikum...

Hello..hello..air kopi air milo..peace yooo...

Gudmorning sayang-sayang sekalian..

Buka blog seawal pagi yang boleh hari ni sementara sikecil ku masih lena dibuai mimpi. Si adik subuh-subuh tadi dah bangun kejut sembahyang subuh. Tengok papa nye nak p keje kot. Si along nye pulak pagi ni lambat lak bangun. Semalam tido lewat layan citer best ngan mama dia..Best la sangat kannnn...!!!


"...Mak aiiii...hepi nye dia weh.."


Tengok gambar ni ape yang korang boleh ilustrate kan nye....Dengan tangan kiri kanan pegang gunting dan sikat rambut mesti dah tau ape kje dia nak buat.. Tapi bila pandang tang baju nye tu dah jadi confius kan...Gaya cam orang nak masuk opis siap ber blazer bagai..nak kata doktor pun yer gak...haha..serahkan pada yang pakar..

Pada suatu hari yang lalu.....ade la rase-rase nak ubah fesyen rambut. Orang la cakap kan..gaya potongan rambut boleh membentuk wajah kita.. Some people tu bila dah p set rambut ade yang makin cun melecun..kadang-kadang tu plak bila dah tukar potongan rambut makin tak comel...haha..(cam kate kat diri sendiri jerkkk niiii....) Ape pun terserah pada citarasa masing masing...

Dekat sini...satu tempat diberi nama Kuala Rompin..(bunyi kuala cam besttttt je kan..tapi apa pun tadak..), nak cari kedai gunting rambut dah la satu hal. Tak banyak. Ade pula tu barber nye sume Cina. Aduyaiii..part ni yang tak best..





Bila dah rase susah cenggini..mai la hinggap dalam kepala nak buka projek billion-billion ni haaa. Rase-rase kalau 'cheq' buka salon kat sini maju tak eh. Untuk kebaikan para wanita juga.. Bagi yang ingin jaga kan aurat mereka dan 'cheq' sendiri tapi dalam masa yang sama boleh pelbagaikan style rambut dorang...
-
-
-
-
-
-
v
Setuju tak adik kakak ibu-ibu mama-mama semua...???????





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute ♥