Ke Mydin Lagi Kami


Assalamualaikum...

Lama rasa tak buat bising kat sini. Almost one weeks juga la since last entry pun weekend jer berupdate. Macam macam alasan boleh bagi kenapa entry jarang diupdate kan. Dan sebenarnya...... tiga hari yang sudah, saya diserang demam yang teruk. Rasa macam surrender dalam segala hal. Susah kan bila mama sakit lantas anak anak semua kurang dapat pemerhatian dari mama. So, papa have to take over kerja suri dan kerja rumah. But... lots of thankful to my dear husband sanggup apply cuti for one day spent all the day kat rumah hari tu especially dalam bab jaga anak anak kami. Memang orang kata tu yang sepatutnye kena buat tapi sikit rasa terharu dapat layanan sebegini kan. Bertuah dan bersyukur dikurniakan insan penyayang sebagai teman hidup.

Planning asal sebelum demam menyerang malam tu nak la keluar cari barang dapur. Along pula tidur tengah tengah maghrib. Malas nak kacau 'ibadat sunyi' dia tu so cancel aje la niat kitorang. Masa tidur anak anak lebih diutamakan la katakan. Mungkin ada hikmahnya di situ, tak lama lepas tu hati tak sedap badan rasa semacam jer. Agaknye Along tak nak mama dia pengsan depan orang ramai kot...hehe..

Sampai la malam semalam....Papa balik kerja seawal mungkin and kitorang keluar bayar balik niat yang tertangguh tu...Ke Mydin lagi kitorang kali ni...




Bermacam macam jenis rempah ratus ade kat sini. Lalu jer area ni bau harum semerbak menusuk hidung. Boleh ambil saja macam tu jer...tapi makesure kena bagi pekerja dia timbang dulu la.hehe..Mydin baru kan, tempat pun cantik bersih la. Tu yang enjoy jer rase nak perabihkan duit.ngeeee...(abaikan orang dalam gambar ni. Tah mamat mana la tiba tiba muncul time nak snap zon rempah ratus ni!!!)





Waktu ni dah kol8 tapi orang makin malam makin ramai lak yang datang. Kitorang pun sampai pi sembahyang maghrib dulu la time tu pastu sambung window shopping balik dalam tu. Suka kat bahagian ni sebab banyak sayur hijau dan lauk lauk segar boleh pilih. (amik site tercorot sedikit.hehe...malu nak shoot gambar. Malu orang tengok. Kang ade yang cakap giler camera ke aper orang tuuuu!!!!)




Ehhh???? Jauh plak termenung pakcik tu yer..hehe.. Time ni tengah tunggu papa pergi solat. Seronok tengok ragam orang macam macam ada. Ni baru separuh masa pertama tapi troli dah nak full ni cane???!!! Kalau  boleh satu mall ni nak dibawa balik semua barang barang tu. hehe..




Along ni pun tak ketinggalan sama. Barang dia mesti kena ada tiap kali sopeng. Papa belikan dia lego. Mainan dah selalu beli tapi takde satu pun yang kekal elok cam asal. Sampai kat sini, Along dah rambang rambang mata nya tak tau mana satu dia nak. Satu yang bagusnya pasal Along ni dia jenis yang tak demand nak itu nak ini dan tak jerit jerit sepanjang kat mall atau mana tempat sekali pun setakat ni. Cuma satu.... berkasut bagai tapi malas jalannya. Last-last papa la kena dukung. Haisyyyyy!!!!!! Selalu macam tu tau!!!




Adik Asyraf baru bangun tidur ni. Tu yang muka pun kelat semacam...mana pergi mesti tak tinggal anak mama ni kan..elok je kaki tu haaa..asal bawa keluar jenjalan takpe la kan. Mujur tak nangis kan dik..Asyraf kasi can pama dia sopeng sakan.




Dah puas pusing, barang yang dibeli pun semua dah amik, dah bayar segala sebelum balik kitorang lepak dulu kat food court ni. Tengok Along tengah minum ni tiba tiba rasa dahaga lak..Along just makan nugget panas dan ais blended jer kat situ.





Ini pula nasi kukus papa dan air bandung sebagai penyejuk tekak tak sempat nak snap juga. Malu orang tengok. kikiki.... Nampak sedap kan. Boleh datang sini kalau nak rasa. Saya suka tang ulamnya tuuuuu....Sebut pasal ulam, dah tau dah menu ape nak dimakan malam ni untuk dinner kami..Next time datang sini nak pekena nasi kandar padang kota. Apa yang best sangat pun tak tau tengok ramai yang duk kerumun kat situ. Nanti kami cuba test tengok oke...





p/s---- # Tengah pikir nak siapkan satu assignment dari salah satu segmen yang saya join hari tu. Dateline till end of this month. Aiyaaaaa...sempat ker tidak nih???



13 comments:

  1. hahaha.....best eh...nak juga cik akak singgah mai sana :)..beli rempah ratus tu..hihi..bawak balik sarawak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je cik akak..datang sini jangan lupa roger aini tau..

      Delete
  2. salam kenal dik
    dtg dari umah ina intan berlian ! ;)

    cantik dan besar mydin nie ...........

    ReplyDelete
  3. salam kenal dr m3h
    done follow sini
    http://mama3heroo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. aida terjah from blog intanberlian :-)
    da follow...

    mydin memang pilihan pertama aida utk shopping!
    murah and byk benda ada, one stop centre...

    ReplyDelete
  5. Salam K.aINi..
    cma singgah dr blog kak ina intan berlian..

    hihi..cma pun suka sopink kat mydin.. mall besar jadi seronok nk perabih duit mihmihmih..
    comelnye along & asyraf :)

    ReplyDelete
  6. singgah dari blog intan berlian. dah lama tak pegi mydin sbb susah parking.

    salam kenal ye. jom singgah blog sy.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum afia...seronoknya berjenjalan di Mydin...:)

    ReplyDelete
  8. nasi kukus tu nampak sedaplah..dahlah CJM tgh lapar... hmmm... :)

    ReplyDelete
  9. Lapar tgk nasik kukus..hoho..

    - dtg dari blog intanberlian..wah 2 hero eh

    ReplyDelete
  10. sedap nya nmpk nasi kukus tu. hehe

    ReplyDelete
  11. salam kenal, follow sini sbb terbaca blog ni kat blog IntaNBerliaN....

    ReplyDelete
  12. sedap nasi kukus...dtg dr belog IB

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute