Jom Tinggalkan Url Blog Kat Sini


Salam blogger(s),

Since hari ni cuti Deepavali kan, so banyak masa bole hadap lappy lelama sikit compared to working day. Almost 99% saya spend kan masa untuk blogging and facebooking. Blogging khusus nya saya plan nak jalan dari 'rumah' ke 'rumah' sambil baca-baca cerita menarik korang or something intresting yang korang share. While facebook saya just observe my group members and liking their latest update...gituuuuuu..haha..betul-betul takde keje kan..:-)

So, for those yang spotting, saya menanti kan link blog korang di ruangan komen entry di bawah ni or just drop your url kat shoutbox space blog saya kat sidebar ni pun bole. Even saya ni bukan la sefemes blogger yang korang follow but deeply in my heart, i'm very seincerly to know you better.  Saya percaya korang yang friendly sedia menanti kunjungan saya ke rumah korang..hihi..peaceeeeeee....


Oh Aidijuma ku!!!


Assalamualaikum wbt,,,

AIDIJUMA ---  Satu nama yang selalu saja jadi pilihan rata-rata makcik-makcik makjah-makjah kekakak semua yang ada. "AJ" boleh kata trendy bawal yang sangat popular abad ini. No wonder la kan, Page Aidijuma saja pun dah cecah angka juta-juta. Korang rase la kan..kenapa eh AJ ni punya sebegitu ramai follower nya compared to other hijab yang nama nya pun tak kurang femes nya jugak. Sape bole jawab...nak kasi hadiahhhhh ni!!!!

Actually, ku juga salah sorang yang sesat dalam ribu-riban peminat AJ. Baru hari ni terpanggil nak story pasal AJ. Mula terjebak since last year 2012. Belum lagi dikira tahap otai tapi bole kata tiap design yang mula-mula keluar dulu sampai la sekarang, In Shaa Allah bole ingat nama masing-masing. Gituuuu!!!

Satu masa dulu, ku bagaikan cik katak bawah singgahsana nya la. Nama AJ ni tak penah sedetik melekat di hati. Langsung tak tau ade tudung sefemes AJ. Plus lagi bila sebut AJ, sah-sah terbayang kan 'sebut harga' nya yang quite expensive bagi ku. Rupe-rupe nya harga dia boleh tahan murah la jugak kan jika dibeli sebulan sekali. Taaapiiii..kalau dah tetiap minggu berkejaran ke CS semata-mata nak dapat kan new design tuuu..hmmm kopak la mak , nak oiiiii!!!!!!

Overview saya selama setia ngan AJ ni??? Satu, Compared dengan dulu, new design released sebulan sekali dua je. Tapi sekarang?? Almost every week kan!!!!!!! Adoiiiiii masak den nak kejar tu. Sudah nye tutup mata gitu je ker???? Haruuu..asyik terbayang design lawa-lawa. Nak hunting di group??? Memang tak la.. Harga tercekik orang kasi laaaa. Tak heran bagi mereka yang bergaji besar. Ni..fikir kan la ku sekali yang tak berapa nak berincome nih!!!!!!hihi.

Dua, CONCEPT STORE (CS), satu-satu nya tempat nak dapatkan koleksi tudung AJ pujaan ramai. BUT, that was before hokey. Sekarang ni dah merata ku rase. Once ade grand festival kat mana-mana, AJ akan turut serta. Yang latest ni AJ akan turun di setiap IPT yang menganjurkan konvokesyen. Motif nya untuk mendedahkan AJ kepada para student maybe. Itu baik untuk dorang punya marketing strategy. Taaaapiiiii, sukar untuk mereka yang berada jauh dari lokasi, terpaksa mencari reseller lain untuk dapatkan gojes-gojes mereka. Sebab nya, design yang keluar kat situ tak kan ada dijual di CS. 

Tiga, dari segi harga - Tiap keluaran baru sekarang ni, sale price nya tak menentu. Hanya AJ team saje yang tau kenapa harga nya turun naik sedemikian rupa. Based on my speculation, maybe depends pada material kain tu sendiri dan juga design serta quantiti yang dikeluarkan. 

Empat nya, purchase limitation. Bab ni la yang paling mengharu kan. AJ yang dulu, kalau dah duit berkepuk-kepuk takde tempat nak simpan, boleh simpan kat CS. Nak beli seberapa banyak pun takde sape menghalang. Nowadays, AJ dah had kan dua helai saje untuk setiap design yang baru release. Nangis bucu katil je la. Kesian pada mereka yang tak dapat pergi beli sendiri. Pun terpaksa cari reseller yang mark up harga tercekik. Alasannya, limited stock!!!! Hamik kooo.. Bagi pihak AJ, sudah tentu ada sebab yang kukuh kenapa mereka wujud kan sistem macam tu. Salah satu nya mungkin ramai yang komplen stok cepat habis time sale sebab banyak yang dah di kaut oleh seller-seller. Sedangkan konsep sebenar AIDIJUMA adalah BELI PAKAI SENDIRI.

Okey guys...cerita ni habis sini je yer. Terasa cam jadi part time reporter lak.

  ------------------------------

*NOTA KAKI;

Pada sesiapa yang terbaca kan entry saya ini, maaf dipinta yer andai ada yang tersalah fakta saya sebutkan di sini. Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak.Ini semua berdasarkan pemerhatian saya selama mengikuti gojes aidijuma, begitu lah fenomena nya.



Puasa Sunat Hari Arafah (9 Zulhijjah 1435H)


Assalamualaikum wbt,,,

Uolls semua!!!! Dah tidur ke?? Abaikan mereka mereka yang dah lena dibuai mimpi tu. Yang pasti nyeeeeee..ramai lagi yang tengah berjaga bersengkang mata bolat bolat time ni kan????? Ku mengatakan yang sedemikian bukan sekadar omongan kosong hokeyyy!!! Ade fakta yang lagi mengukuhkan hujah hujah di atas. Gituuuuuu. Sape mereka berkenaan yang tentu tentu jadi mata panda tu sebenar nye yer....? Jeng..jeng..jeng..

Tinggal sehari lagi ni segala persiapan nak kena buat nak sambut Aidiladha nan suci. Segala nya bermula esok hari. Nak mempacking baju baju seisi rumah, nak memuding kan marble untuk di bagi kan sebekas buat family in law and lagi sebekas untuk family ku di kampung..ntah kan jadi ke tidak tu idok ler mike pasti. Try and error jo la yooo. Haaaaa...nampak tak tu??? Dah bole tau sape yang jadi mata panda sekarang???? Sah sah la mereka yang sekarang tengah berpusu pusu di jalanan menuju ke kampung masing-masing laaaa. Sebab nye.. ku baru dapat update from my SIL, jalan agak sesak lagi time ni. Normal fenomena la tu bila raya dah dekat.

Actually kitorang pun tunggu masa gak nak berlepas ni. Saat saat macam ni harap sangat semua selamat sampai dengan jaya nya in shaa allah...Moga masing masing berhemah semasa memandu. Kadang risau jugak kalau kalau ade terselit mereka mereka yang agak kurang beretika yang tau nak cepat sampai hingga kan nyawa penunggang lain jadi taruhan. "Nauzubilahu Min Zalik".

One more thing...Esok, (sekarang pun dah kire esok daaa ) based on takwim Islam Malaysia adalah 9 Zulhijjah 1435 Hijrah bersamaan 4 Oktober 2014, jemaah haji akan melaksanakan satu daripada rukun haji iaitu Wukuf (berada) di Arafah.

Di bawah, ku petik sedikit ayat ni dari sumber:

Di Padang Arafah, di mana satu-satunya lokasi yang paling mustajab doa kita. Kerana di situ Allah SWT turun ke langit serendahnya untuk bertemu dan menyaksikan hamba-hamba-Nya yang ingin berjumpa dengan-Nya, mendengar segala doa dan permohonan hamba-Nya dan memakbulkan segala doa-doa mereka. Bahkan Allah memuji kepada hamba-Nya yang datang berwukuf di Arafah untuk menggapai rahmat dan keampunan-Nya.
Allahu akbar....betapa beruntung nya saudara seislam kita yang dapat menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah ni. Masyallah...satu tempat yang sentiasa diidamkan untuk sampai ke sana. Bila kah masa nya tu???? Semoga Allah mengizinkannya suatu hari nanti kan..In Shaa Allah.

Tadi, my sis text me tanya kan bila hari yang patut nye kita puase sunat hari Arafah. No wonder la..ku sendiri pun confius gak tadi since kalendar kita (Malaysia) ni tak sama dengan Mekah punye takwim. Jadi, bila dah dirujuk pada yang lebih pakar, dan majoriti nya puase ikut takwim kita. Ku juga berterima kasih pada dia sebab tolong ingatkan sama.

Mana kawan kawan yang terbaca notes ni..jommm kita sama-sama puase sunat hari Arafah esok hari yer. Sama-sama kita memperoleh berkat dari Nya In Shaa Allah..






Story To Be Continue


Assalamualaikum wbt,,,

Cerita hari ni????? Hmm ikut saje la jari jemari ku nak taip ape!!!!

Lepas gian hari ni masak awal sikit dari biase. 9.30 pagi keluar kan dulu lauk pauk yang sejuk membeku dalam freezer. Wahhh bunyi cam banyak ler sangat lelauk nye kan.haha..daging dan ikan dua ekor je punnn. Alahai mak jemah niii beria nyer!!!!! Sesambil tu biarkan mesin basuh ku berputar sendirian diam-diam di situ. Kang bangun hero mak jemah yang sulong tu langsung tak bergerak mesin ku. 

Masak dah setle basuh baju pun siap, next tunggu je masa suami ku pulang dari kerja kita 'ngap' sesama yer. haha. Kurang ajar nye words mak jemah tuu. Hari ni je hokeyyy..selalu tak pernah pun. Memang ku anak hasil didikan yang baik-baik tauuuu!!!! Gituuuu..

Then, tiba masa nye nak buka cerita penting kat sini......:-)

Encik mimpi kekasih gelap ku yang kini dah jadi suami tercinta ku pun balik la sudahhh. So, ape lagi ku jalan kan la rutin kebiasaan ku hidangkan makan minum sebaik-baik servis untuk santapan raja di rumah ku. Dalam kami masing masing duk tengah khusyuk santap ni then asben ku pun buka la cerita dia...Apekah?????? Tunggu!!!! Sabar oke...

Straight to the point, kata nye dia punye member call bagitau ade company besar nak hire a few staff. And soooooo, asben ku pun sesaje la cakap offer la dia keje situ. Pastu member dia cakap "oke..nanti i rekemen kan u kat dia". Hmmm..baik punya kawan kan macam tu!! Duk sat lepas tu kannnn..MR dari company tu betul betul call asben ku bertanya kan itu ini. Like a small interview gitu la lebih kurang. Based on my observation..nampak nye asben ku macam passionate kalau betul-betul dapat kerja kat situ since tempat kerja dia sekarang ni company cina. Atas pengalaman yang sudah sudah, company kalau diterajui bangsa Cina ni kureng syokkkk sikit la. Most of them suka mengambil kesempatan on their workers. Lebih banyak manipulate berlaku. Not all company macam tu. Ade jugak sesetengah company lain yang memang terbaik. Depends on their boss la kan. And for me..its much more better kalau dapat bekerja dengan company yang di conduct oleh orang melayu kitaaaa sendiri. Sori to say yer kawan kawan..it was just my opinion. 

Kata asben ku lagi, MR tu akan buat offer letter untuk dia. Meaning what????? Mungkin kah kami akan berpindah lagi for the next time???? Ohoooo..apekah akan bermula lagi cerita pengembaraan baru kami nanti??? Ke mana????? Akan ku beritahu kelak jika betul ia nya jadi kenyatan.hihi..

#ToBeContinue# 

Ps: Esok ku ade nak story kan satu scene kat satu tempat ni. Tunggu tauuuu!!!!!!





ENTRI TAKDE MOTIF TAPI NAK BACA BOLE JE


Assalamualaikum wbt,,,

Hai la blog kesayangan ku. Dari malam tadi sampai pagi terbayang2 hearder blog kisah kami ni. Dah macam orang angau lak rupe. Tu la penangan nescafe 3 in 1 memang payah giler nak lelap mata. Hari ni, tunggu anak-anak tido sesedap dorang, lekas lekas ku on lappy. Tapi hari ni tak berniat nak taip entry pun. Ini semata-mata nak cerita apa yang sedang berlegar-legar di mind set ku. Ape ke pelik ayat cenggini kannn. Hentam saje laa. 

Tetiba terasa nak godek-godek blog cecuba nak try edit itu ini mana yang termampu. Maka nya ku klik lah kat dashboard icon ni. Tetiba pulak terus jadi blurrrrrrr la. Dah tak tau mana harus ku petik. Tetiba terasa cam betul-betul newbie blogger. Parah dah cenggini!!!!! Tetiba rase kena mula dari A to Z pasal ilmu blogging ni. Kenape tetiba rasa kosong nihhhhh???????

Ternyata memang agak lama jugak la ku abaikan hal editing blog ni. Almost one year gitu. Since ade nye anak manja hero ku yang kedua blog ni dah jadi usang tapi masih belum terkubur HOKEYYY!!! Rutin seharian as a loving mother, a good wifey to my husband and  a sweet manager to my home sweet home sama sekali tak memboleh kan ku jadi a good blogger. However, kepada blogger blogger yang mana blog nye sentiasa berupdate, entry demi entry silih berganti, itu memang ku SOLUTE arrr.. Korang memang the best. 

Dah terlajak ke depan nih...undur balik undur balik. Back to my problem yang belum setle lagi ni. Nak study balik coding-coding ni semua confirm tak kan berlaku punye. Since nak masuk blog sendiri pun dah macam hackers..kena curi-curi masa free anak-anak u all tau!!! Belum lagi nak kerah idea tu. Nak berlama asmara dana dengan blog kisah kami ni memang tak la. 

Eh coppp..tadi kata tak mau taip entryyyy...ini dah berperenggan-perenggan????? Pe hal?? Hmm..tu la kalau dah berupe mak-mak ni, sampai ke dalam blog dia nak berleter kan!!!!! Satu lagi masalah..asal ngadap lappy je mata terus down. Ngantuk sehhhh..

Oke darls..biar la soalanku tanpa jawapan di situ. Ade masa nanti ku taip lagi entry baru mungkin dengan cerita baru atau masih lagi berkesinambungan dengan entry ni ku tak pasti. Yang penting harus ku pujuk moody ku sebaik yang perlu. 

#MISSION UNCOMPLETE# :-(

MENU PETANG - MEE REBUS


Assalamualaikum wbt,,,

Elok-elok je jam rumah kat dinding tunjuk pukul 4pm tadi, baru la tumbang hero-hero manja saya dua orang ni. Fuhhhh..mencabar betul kan nak lelapkan dorang saat tenaga mereka masih dalam kategori power nih. Alahaiiiii la anak... "Apa la mama niiiii..asyik-asyik nak suh kita tido je kannnn!!!!" Mungkin, itu la kot monolog dorang waktu tu...hihi.. Dah memang betul punnnnn!!! U all tidur dediam banyak la keje mama boleh setle nak sayang.

Dah petang-petang gini perut pun pandai la budget masa kan. Minta untuk di isi nya sesuatu. Lucky today...i'm in a good mood. Feeling-feeling rajin yang over dari hari biase. Memang tengah lapar tahap tak makan satu hari pun ni. Andddddddd..lets we cook something to eat!!!!




Taraaaaaa...!!!!! MEE REBUS SPECIAL in the house...untuk hidangan kami anak beranak petang ni. Ini semua terkebetulan aje. Kebetulan nya mee kuning ade..fishball ade..sayur pun ade. Cukup barang baru la feel memasak pun ade. Yer dak "makcik-makcik makjah-makjah" (trademark datok D'Herbs tuuuuuu u all!!!!).

Maybe "makcik-makcik makjah" kat luar sana buat lagi sedap kan. Lagi terangkat kot.. Apa pun tiap orang air tangan nya tak sama. Sape setuju statement saya sila angguk kan kepala sekarang!!!!! Cara saya pula?????? Just make it simple oke. Orang kampong style jer ni. Selalu dulu-dulu tengok mak buat bila dah jejauh gini mula la teringat masakan mak. Rindu nak makan mak masak. Apa apa pun tak kisah janji hasil dari air tangan mak...haaa statement ni sape tak setuju memang bukan anak mak la tu..hihi..

OKE...sesiapa yang rajin nak try mee rebus special saya ni, bole cuba cara saya la yer. Taknak try memang dia orang yang rugi la sebab resepi paling the easy la cakap omputih.. main campak-campak jer yang penting hasil nya sedapppppp!!!!!

Saya just guna bawang putih je 3 4 biji. Ketuk-ketuk pastu kasi hiris itu bawang besar. Saya lebih suka bawang holand tu compared to bawang india sebab holand rasa nya lebih manis dan cecomel gituuuuu..haha.. Oke..tumiskan kedua nya. Pastu masuk kan segala lauk yang ade la. Ayam ke daging..udang ke.. Next, bole la masuk kan sos cili dan kicap ikut kehendak masing-masing. Untuk rasa yang lebih sedap lebih kan sos dalam masakan.. Then, pecahkan telur 2 3 biji. Nampak telur dah agak masak, masuk kan aje sayur mayor yang segar skali dengan mee kuning tu tadi ke dalam periuk. Tunggu ape lagi????? Hidang kan la untuk kesayangan anda di rumah....HAVE A NICE MEAL!!!!

BAWAL MASAK MASAM MANIS



Assalamualaikum wbt,,,

Almost 8 month blog Kisah Kami tak berupdate. Satu masa yang agak lama saya kira. Di sepanjang tempoh tu, banyak benda yang berlaku sebenarnya. In shaa allah ade masa akan ku cerita kan di sini. Masa seciput cuma yang ada amat tidak mengizinkan ku berbuat demikian..(perghhhh..ayat macam duk zaman cintan cintun dulu kala..gitu!!!)

Dalam lebih kurang 4 hari lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah. Rutin rutin di bulan mulia itu kian terasa. Semoga ibadah puasa kita kali ni lebih baik dari yang sudah sudah..In shaa allah yer..:-)

Hari ni, saya nak share resepi je lah. Dah duk scroll2 facebook tu, jumpe satu page ni Masakan OQang Kedah kalau tak silap, terus teringat nak save semua resepi dalam tu. Bukan nak menciplak naaaaa..TETAPI, sebagai rujukan cuma..maklum le kadang kadang kita boring jugak kan masak menu sama tetiap hari. Sampai dah naik blur asyik Tanya encik suami.."hari ni nak makan ape...". Nak bagi rasa kelainan la pulak untuk kesayanganku di rumah ni..oke stop sini je. Tekak dah rasa nak makan something yang masam manis plak aihhhh..moh le tengok nak masak ape hari ni!!!!!

                                              

BAWAL MASAK MASAM MANIS

Bahan-Bahan:

 1 ekor ikan bawal (dlm 400-500gm) - bersih & toskan
2 s/b cili kisar
2 s/b sos tomato...
3 s/b sos cili
1 biji capsicum - potong ikut suka
1 biji bawang besar - potong berbaji
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 inci hali - hiris halus
4 biji tomato ceri - belah 2
1/2 cawan air
Garam
*Kalau suka boleh tambah hirisan nenas & timun

Cara-cara:


 1. Kelar ikan, goreng dgn api besar (supaya garing di luar tp isinya lembut) hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Tumis halia, bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar pula. Masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili & tomato. Kemudian masukkan air.
5. Biarkan mendidih, masukan pula capsicum, bawang besar. Kacau seketika.
6. Akhir sekali masukkan tomato. Perasakan dengan garam.
7. Tuangkan kuah atas ikan yg digoreng tadi. Dah siap :-)


 
 
 
P/S : Pinjam resepi dari laman Facebook
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute