Mudarat Mandi Malam


Assalamualaikum...

Di sini ingin sekali Pena Lusuh bertanya pada korang semua tentang ;

"Sedalam mana pengetahuan korang tentang mandi di waktu malam. Sejauh mana kah ia boleh mengganggu gugat kesihatan kita?"




Actually tajuk entry ni based on topic dalam Wanita Hari Ini yang Pena Lusuh tengok tengahari tadi. Segmen best WHI bila tiap2 hari ade saje perkara yang dibincangkan di mana sesuatu isu yang diketengahkan itu menyentuh soal2 kehidupan seharian kita.

Beberapa pandangan umum yang masih lagi Pena Lusuh ingat ramai di kalangan mereka mengatakan bahawa mandi di waktu malam itu fenomena biasa dilakukan segelintir masyarakat. Ada pula yang berpendapat boleh tetapi sejukkan badan dulu baru mandi. Tak kurang juga yang kata jika ikut org2 tua kata, ianya tak bagus dan kalau boleh jangan diamalkan selalu.

 Jom kita lihat pula pandangan daripada seorang Doktor jemputan WHI. Beliau berkata mandi di waktu malam dari segi kesihatan tidak ada bukti2 yang memudaratkan. Yang mengatakan TIDAK BOLEH itu adalah kebanyakannya berdasarkan pandangan orang-orang lama. Sebab nye jika kita tengok zaman dulu2 perigi berada di luar rumah. Agak susah dan bahaya untuk keluar dalam cahaya yang gelap. Haaa... nampak tak macam mana mitos tu boleh wujud...hehee...

Tapi berbeza pula dengan keadaan sekarang ni.. Bilik air dah pun ade dalam rumah. Kalau ditengok rumah2 orang berada setiap bilik pakej ngan bilik air sekali. Takde la nak kena beratur panjang cam dalam citer Si Bujang Lapok tu kan...

Kemudaratan selalunya kerap berlaku pada kanak2 dan orang dewasa yang ada masalah kesihatan. Sebabnya ketahanan badan dia tak kuat. Waktu yang dibenarkan untuk mandi-lazimnya waktu petang la...Tapi kalau dah balik keje pun lewat, nak mandi jugak kena tengok suhu la. Doktor dalam tu pun tak bagi limit nak mandi kol bape. So, ikut suka hati korang je la yer..

TETAPI,,,bagi sesape yang ade penyakit ASMA, INGAT!!! Korang tak digalakkan mandi malam tau..BAHAYA.
Kat bawah ni Pena Lusuh sertakan serba ringkas kisah seorang tetamu WHI yang mengalami masalah Radang Paru-Paru;


"Beliau dulu memang seorang yang suka mandi pada waktu malam. Lama-kelamaan dia jadi mudah terkena demam,selsema dan batuk. Then,dia buat X-ray, nampak cam makin teruk, rasa sesak nafas kemudian doktor sahkan ada radang paru2. Mengikut kata doktor mungkin di sebabkn keje yang terlalu penat, antibodi jadi lemah dan kuman pun mudah masuk ke dalam paru2. Maka, setelah disahkan menghidap penyakit tu dia dah tak mandi malam lagi dan badan pun dah baik sikit..."

Bagi kanak2 seeloknya mandi la air suam pada waktu malam. Tak la si kecil tu kesejukan bila terkena air kan...hehee..Cara mandi malam pulak basuh kaki dulu baru badan.

Jadi, sebagai rumusan yang boleh dibuat di sini....nak mandi malam tu boleh. Tapi biar lah mengikut kesesuaian badan dan elakkan seboleh mungkin jangan diamalkan selalu untuk mengelakkan sesuatu penyakit yang tak diingini...(pesanan penaja...ngeh3...)



Kenali Erti Sahabat


Assalamualaikum...

"Selemah-lemah manusia ialah yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah di cari..."(Saidina Ali)

Pinjam Gambar kawan
Kepada sahabat-sahabat di luar sana, baca kan lah coretan ini. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. InsyaAllah..

Betapa beruntungnya diri bila kita dikurniakan sahabat yang mempunyai ciri-ciri persahabatan serta memahami antara satu sama lain. Berdoalah moga kita dikurniakan sahabat sedemikian. InsyaAllah...

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang2 kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan rasa bimbangnya? Rasa takutnya?


Pernah kah kita menenangkan dia sebagaimana dia menyabarkan kita? Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandarkan bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita....

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat... Kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.

Kita selalu melihatnya ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkannya. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu...

Tetapi...jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.


p/s: Bingkisan ini juga ditujukan pada diri Pena Lusuh sendiri untuk dijadikan pengajaran dalam mengenal kata erti SAHABAT.:-)


"HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA"

Pilih-Pilih Simbol


Assalamualaikum...

Dalam asyik mengexplore laman sesawang tadi..Pena Lusuh tertarik dengan satu blog yang comel sangat..menarik dan punya entry2 yang bagus sekali. Kat situ pemilik blog tu (Cik Nurfarah) dengan bermurah hati menyediakan bermacam2 jenis simbol untuk di copy paste kan bagi sape2 yang berminat..
 
Æ æ ❖

{。^◕‿◕^。} (◕^^◕) ✖✗✘♒

♬✄ ✂✆✉✦✧♱ ♰♂♀☿❤❥ ❦❧

™®©♡♦ ♢♔♕♚♛★ ☆✮ ✯☄☾☽

☼☀☁☂☃☻ ☺☹ ☮۞۩ εїз☎☏¢

☚☛☜☝☞☟✍

✌☢☣☠☮☯ ♠♤♣♧♥ ♨๑❀✿ ψ☪☭

♪ ♩♫℘ℑ ℜℵ♏ηα ʊϟღツ回 ₪™ ©®¿¡½⅓

⅔¼¾⅛⅜⅝⅞℅

№⇨❝❞ ◠◡╭╮╯╰ ★☆⊙¤㊣

★☆♀◆◇↑↓→ ←↘↙♀ ♂┇┅﹉﹊

﹍﹎╭╮╰╯ *^_^* ^*^ ^-^

^_^ ^︵^∵∴‖ ︱︳︴﹏

﹋﹌♂♀ ♥♡☜☞☎ ☏⊙◎☺☻ ►◄

▧▨ ♨◐◑↔↕ ▪▫☼♦▀ ▄█▌▐ ░▒▬♦◊

◦☼♠♣▣ ▤▥▦▩ ぃ◘◙◈♫ ♬♪♩♭♪ の☆→あ £❤

。◕‿◕。✎✟ஐ ≈๑۩ ۩.. ..۩۩๑ ๑۩۞۩๑ ✲

❈➹ ~.~◕ ‿-。☀☂☁ 【】┱┲❣ ✚✪✣ ✤✥

✦❉ ❥❦❧❃ ❂❁❀✄☪ ☣☢☠☭♈

✓✔✕ ✖㊚㊛ *.:。 ✿*゚‘゚・ ⊙¤㊣★☆

♀◆◇回□〓

→←↘↙ ♀♂┇┅﹉ ﹊﹍﹎ ╭╮╰╯ *^_^*

^*^ ^-^ ^_^ ^︵^∵ ∴‖ ︱︳ ︴﹏﹋﹌

♂♀♥♡☜ ☞☎☏⊙ ◎☺☻

►◄ ▧▨♨◐◑ ↔↕ ▪▫ ☼♦

▌▐░▒▬ ♦◊◦☼ ♠♣▣▤▥ ▦▩ぃ◘◙ ◈

♫♬♪ ♩♭♪の☆ →あ£❤。 ◕‿◕。 ✎✟ஐ≈

๑۩۩.. ..۩۩๑๑۩۞ ۩

๑✲❈ ➹ ~.~◕‿-。 ☀☂☁【】

┱┲❣✚ ✪✣✤✥ ✦❉❥❦

❧❃❂❁❀ ✄☪☣☢☠ ☭♈ ✓

✔✕✖㊚ ㊛ *.:。✿*゚ ‘゚・ ◊♥▫■๑»«¶

ஐ©† εïз♪ღ♣ ♠•± °•ิ.•ஐஇ *×○▫

♂•♀◊©¤ ▲↔™®☎ε їз♨ ☏

☆★ ▽△▲ ∵∴∷ #♂♀♥♠♣

♧♤♧ ♡♬♪ ♭♫♪ﻬஐღ ↔↕↘••● ¤╬﹌

▽☜♥☞ ♬✞♥♕☯☭☠☃ ─ ━

▰ ▱◆ ◇ ◈ ◉ ◊ ○ ◌ ◍ ◎ ● ◐ ◑ ◒ ◓ ◔

◕ ◖ ◗ ◘ ◙ ◚ ◛ ◜ ◝ ◞ ◟ ◠ ◡ ◢ ◣

◤ ◥ ◦ ◧ ◨ ◩ ◪ ◫ ◬ ◭ ◮ ◯ ◰ ◱ ◲ ◳ ◴ ◵ ◶ ◷

◸ ◹ ◺ ◻ ◼ ◽ ◾ ◿ ☀ ☁ ☂ ☃ ☄ ★ ☆ ☇ ☈

☊ ☋ ☌ ☍ ☎ ☏ ☐ ☑ ☒ ☓ ☔ ☕ ☖ ☗ ☘ ☙

☟ ☠ ☡ ☢ ☣ ☤ ☥ ☦ ☧ ☨ ☩ ☪ ☫ ☬ ☭ ☮ ☯

☰ ☱ ☲ ☳ ☴ ☵ ☶ ☷ ☸ ☹ ☺ ☻ ☼ ☽ ☾

☿ ♀ ♁ ♂ ♃ ♄ ♅ ♇ ♔ ♕ ♖ ♗

♘ ♙ ♚ ♛ ♜ ♝ ♞ ♟ ♠ ♡ ♢ ♣

♤ ♥ ♦ ♧ ♨ ♰ ♱ ´ ῾ ‖ ‗ ‘ ’ ‚ ‛ “ ” „ ‟ † ‡ • ‣

․ ‥ … ‧ 
 
 ‪ ‫ ‬ ‭ ‮   ‰ ‱ ′ ″ ‴ ‵ ‶ ‷ ‸ ‹ ›

※ ‼ ‽ ‾ ‿ ⁀ ⁁ ⁂ ⁃ ⁄ ⁅ ⁆ ⁊ ⁋ ⁌ ⁍ ⁎ ⁏ ⁐ ⁑ ⁒ ⁓ ⁔

∕ ∖ ∗ ∘ ∙ √ ∛ ∜ ∝ ∞ ∟ ∠ ∡ ∢ ∣ ∤ ∥ ∦ ∧ ∨ ∩ ∪

∴ ∵ ∶ ∷ ∸ ∹ ∺ ∻ ∼ ∽ ∾ ∿ ≀ ≁ ≪ ≫

≬ ≭ ≮ ≯ ≰ ≱ ≲ ≳ ≴ ≵ ≶ ≷ ≸ ≹ ≺ ≻ ≼ ≽ ≾ ≿ ⊀

⊁ ⊂ ⊃ ⊄ ⊅ ⊆ ⊇ ⊈ ⊉ ⊊ ⊋ ⊌ ⊍ ⊎ ⊏ ⊐ ⊑ ⊒ ⊓ ⊔ ⊕ ⊖ ⊗ ⊘ ⊙

⊚ ⊛ ⊜ ⊝ ⊞ ⊟ ⊠ ⊡ ⊬ ⊭ ⊮ ⊯ ⊰ ⊱ ⊲ ⊳ ⊴ ⊵ ⊶ ⊷ ⊸ ⊹ ⊺ ⊻

⊼ ⊽ ⊾ ⊿ ⋀ ⋁ ⋂ ⋃ ⋄ ⋅ ⋆ ⋇

⋈ ⋉ ⋊ ⋋ ⋌ ⋍ ⋎ ⋏ ⋐ ⋑ ⋒ ⋓ ⋔ ⋕

⋖ ⋗ ⋘ ⋙ ⋚ ⋛ ⋜ ⋝ ⋞ ⋟ ⋠ ⋡ ⋢ ⋣ ⋤ ⋥ ⋦ ⋧ ⋨ ⋩ ⋪ ⋫ ⋬

◿ ☀ ☁ ☂ ☃ ☄ ★ ☆ ☇

☊ ☋ ☌ ☍ ☎ ☏ ☐ ☑ ☒ ☓ ☔ ☕ ☖ ☗

☘ ☙ ☟ ☠ ☡ ☢ ☣ ☤ ☥ ☦ ☧ ☨ ☩ ☪ ☫ ☬

☭ ☮ ☯ ☰ ☱ ☲ ☳ ☴ ☵ ☶ ☷ ☸ ☹ ☺ ☻ ☼

☽ ☾ ☿ ♀ ♁ ♂ ♃ ♄ ♅ ♇

♎ ♏ ♐ ♑ ♒ ♓ ♔ ♕ ♖ ♗ ♘ ♙

♚ ♛ ♜ ♝ ♞ ♟ ♠ ♡ ♢ ♣ ♤ ♥ ♦ ♧ ♨ ♰ ♱ ☫
Korang2 pun kalau nak boleh jer amik kat sini hehe...

Sesaat Kau Datang


Assalamualaikum..

Selamat malam sahabat2 blogger ku semua dan para pembaca yang sudi singgah di sini. Malam-malam sebegini buat mata ni jadi kuyu plak. Tenaga pun dah habis guna mase pegi sopeng2 barang dapur tadi. Rase nak bagi hiburan minda la kejap..Jadi Pena Lusuh hadiahkan lagu best untuk tatapan minda..Jom layannnnn...

Setiap lagu yang Pena Lusuh masukkan di sini memang ikut taste dan terbaekkk gitu.. Sebelum ni asyik terngiang2 lagu ni tapi tak tahu tajuk dan sape nyanyi lagu ni. Sampai la tengok Ramlah Ram dalam WHI tengah briefing pasal klip video 'Sesaat Kau Datang'..Lorrr..lagu dia rupe nyer..

Yang best tentang VC ni tang model nye tu..bertudung comel aje kan..jarang jumpe model muslimah macam ni..haha..

Jangan..Jangan..dan Jangan

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.. waktu-waktu macam nih mesti ramai yang dah balik dari pejabat atau mana2 tempat mencari rezeki yang halal. Seharian duk keje, balik rumah hilanglah segala penat lelah bila tengok wajah2 kesayangan kan.. Sape lagi kalau bukan wife dan anak2 terchenta..hehe..kredit untuk saya sekali..

Ini dia si Pena Lusuh baru saja memulakan kan kalamnya berkira2 ingin bercerita banyak perkara tentang "Jangan".. Ade tak korang terfikir macam ni..'ape la si Pena Lusuh
nih..perkataan tu pun nak dicerita kan jugak..buang masa aku jer lah..'
hehe..korang2..baca dulu sampai habis baru paham okey..'don't only judge by its words' ek..

Sejak kita kecik lagi selalu dengar mak2 ayah2 pakcik makcik kita cakap 'jangan dik'..'sayang jangan buat macam ni'...'jangan pegi situ'..dan macam2 jangan lagi sampai telinga dah jadi bengkak asyik dengar yang tu sampai ke besar..

Maka kali ni..Pena Lusuh ingin merungkai kata Jangan dalam beberapa aspek kehidupan..

Sembahyang itu tiang agama. Jadikannya keutamaan sebelum melakukan sesuatu hal. JANGAN lah sengaja melewat-lewatkan solat. Kerana perbuatan ini Allah tidak suka. Tapi kalau tertidur lain cerita..

Once korang nak masuk toilet, JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Kalau takde, bleh dapatkan Mydin dengan segera kerana dikhuatiri kalau2 terbawa keluar najis. Rumah kita juga yang kotor kan...Korang nak macam tu????

Pernah tak korang dengar orang2 lama cakap macam ni..'JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing'. Mengikut hukum, ia adalah makruh kerana ia membahayakan. Jadi kalau dah terdesak sangat, bleh guna daun pisang sebagai ganti yer..

Bagi yang ada penyakit malas tu bawa2 ler berubah yer..Pinggan mangkuk dalam sinki tu JANGAN dibiarkan tak berbasuh pulak. Ikut hukum kata Makruh tau. Lagi satu boleh mewarisi kepapaan.. Untung ler suami yang dapat isteri rajin cuci pinggan ni..bertambah kaya la nampaknya..hehe

JANGAN tidur selepas solat subuh. Nanti rezki mahal orang kata. Kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat. Aduhhhh..ini si Pena Lusuh pun selalu jugak terbabas nih. Kena selalu remind kan diri sebelum dan selepas bangun tido..Insyallah..

JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan kalau tak nak berkongsi rezeki dengan Syaitan!!! Ishh3..pelahap betul makan yer. Dah macam orang kebulur sebulan tak makan plak..Kot yer pun jaga la adab depan rezeki..baru nampak comel sikit..

JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Jadi yang ada pasang niat nak buat jahat tu bawa2 ler bertobat yer. Takut-takut mati dalam perjalanan, tak sempat nak minta maaf..

JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangnye. Juga makruh dan mewarisi kepapaan..Ishh3x..kesian sangat dah nengok nye..Sape2 yang ade nampak selipar orang tu lain sebelah murah2 kan lah hati beli yang baru kat dia ok..Dapat jugak pahala kan..

JANGAN liarkan mata di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Jadi jalan tunduk ke bawah. Biar nampak cam alim takpe asal mata bukan keranjang..(betul ke ayat ni???)

Bila dah sampai seru nak berbuat baik tu..JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa. Kerana ajal maut di tangan Tuhan..Bila2 masa aje nyawa boleh di bawa pergi apabila Dia berkehendakkannya..

Setiap ibu bapa kita tak pernah pun ajar kita jadi meninggi diri..betul kan u all?? Jadi, JANGAN ego untuk meminta maaf pada mak ayah kita dan juga sesama manusia kalau dah terbukti memang kita yang salah. Kalau rasa diri tu tak nak jadi batu macam si Tanggang anak derhaka selalu lah berlembut dengan mama dan papa kita..

JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan hilang bahagia. Kalau dah rasa tak tahan sangat, masuk bilik air ngumpat la hang sensorang dalam tu. Kena hati2 kot2 ade yang mendengar kat luar disangkanya kurang waras plak.hehee..

Segala macam yang berlaku, kepada Allah juga kita kembali. JANGAN lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita. Tak nak nanti kita jadi sombong bila berjaya. Kalau gagal kecewa lah pulak..huhu..

Mesti korang pernah tengok citer P.Ramli dalam Nasib Si Labu Labi kan. Pak Aji dalam cite tu punya la kedekut macam tikus tak cukup labu aje. Moral of the story, JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu akan memanjangkan umur dan memurahkan rezki kita. Macam orang budget lawa selalu kata tu.."1 pegi 10 yang datang tau.."

Ini dah macam orang tercabut fius. Sikit2 gelak. . Ishhh...JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa. (perghhh..best tak ayat Pena Lusuh ni..nak copy paste pun boleh..) 

JANGAN biasa kan berbohong. Kerana ia adalah ciri2 munafik. Orang pun jadi hilang rasa kasih pada kita tau. Maklum lah sampai dah tak boleh nak beza mana satu orang ni cakap betul sebenarnye kan...huhu..

JANGAN la suka niaya haiwan2 dan manusia lain. Kesian tau. Selalunya kan doa makhluk yang teraniaya ni cepat sangat Tuhan makbulkan tau. 

JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama. Dan hidup di sana adalah pasti. Lebih lama dan kekal selamanya..

Okey...dah baca semua yang di atas tu kan??? Jadi, JANGAN sesekali u all mempertikai kenapa ISLAM itu berkata JANGAN..Sebab semua nya untuk keselamatan kita..

Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan Nya..





Tentang Rasa


Assalamualaikum..

Saya suka bila selasa datang lagi..because there have two reason why i like waiting that day.. Satu nye sebab hari ni ada pasar malam..haha..Ade satu makcik ni, kopok lekor tempat dia memang 'kaw' sedap tahap cipan la..and..tak pernah lupe air kelapa mesti kena beli..

Sebab no 2 saya suka kan hari selasa..nak layan Vanilla Coklat..Izara pandai bawak watak Zara dalam citer ni. Macam tu jugak Amir. Best bila tengok dorang gaduh. Cute sangat. Lagi satu, lagu dia tu buat kan citer tu best tahap Myvi Extrem gitu...hoho..

So thats why la saya masukkan lagu tu dalam blog saya nih..ngeh3..Supaya nanti tak luput ditelan zaman..always ada tersemadi dalam ni...:-)



Sweet kan lagu nih..siap hafal lagi tau..

aku tersesat menuju hatimu
beri aku jalan yang indah
izinkanku lepas penatku
tuk sejenak lelap di bahumu

dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
semoga cinta kita kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya

tentang cinta yang datang perlahan
membuatku takut kehilangan
kau titipkan cahaya terang
tak padam didera goda dan masa

dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
dapatkah selamanya kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya


Antara Cinta Dan Suka

Assalamualaikum..

Mari bercerita tentang cinta. Sape suke, jangan lupe klik butang 'LIKE' dan 'SHARE' yer..ewah3..dah macam masuk contest artikel paling menarik la pulak...haha..tapi memang dah jadi trend facebook masa kini. Meng'Like'kan status mukabuku member..:-)
Manusia sering saja dikaitkan dengan CINTA. Cinta sesama manusia itu pula adalah fitrah.Akan tetapi cinta kita tidak boleh melebihi cinta kepada Allah dan Rasul. (Macam ustazah plak dahhh...)

Ok..jom kita beza kan apa itu cinta dan apa itu suka..


Kalau di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di depan orang yang kita suka kita akan gembire..haaa...dah nampak kan beza nye kat situ.. Rileksss..ni baru 1 contoh. Ade banyak g kat bawah ni. Jadi....betul2 kan lah tempat duduk anda..hehee...

Masih lagi di depan orang yang kita cinta..kala ini musim sentiasa berbunga-bunga. Tapi di depan orang yang kita suka, musimnya berangin saja..pendek kata tak de musim je la..

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kite tengok dalam mata orang kita suka, kita cume senyum je kan..betul takk???

Ingat tak masa korang2 bercintan cintun dulu...lidah jadi kelu untuk berkata-kata..kadang2 dah macam orang bisu plak pun ade. Tapi cube kalau orang yang kita suka, bebasnye lidah ni berkata apa saja dah mengalahkan murai tercabut ekor..

Haaa...yang ni rase nye semua pasangan kekasih pernah mengalaminya..caya la cakap den..Kalau depan orang yg kita cinta, kita jadi malu tahap tingginya KL Tower. Segala macam nak di controlkannya. Tapi kalau depan orang yg kita suka plak, kita akan tunjukkan imej yg sebenar. Maklum la tak de feeling langsung kat dia..ape nak di cover sangat kan..haha..

Masa bercinta kita tak boleh nak renung mata orang yg kita cinta. Takut makin lama di renung makin tak tido malam terbayang-bayang dah macam orang gila bayang. Tapi, kalau tenung mata orang yg kita suka..selamba badak aje..ye lah kan orang tak dak perasaan...



Ni dah masuk bab sedih la plak..Bila tengok orang yg kita cinta menangis sampai tadah 1 baldi pun tak cukup...kita pun akan turut menangis sama. (tu kalau dapat partner yg hati lembut la. Kalau tak, nangis la hang sorang2 sampai esok). Tapi kalau orang yg kita suka tu menangis, korang buat ape???? Mesti la kita buat supaya dia gembira..

Sahabat2 ku sekalian...dengar sini Mak Segala Cinta ni nak bergurindam jiwa yang tengah lara ni...

Perasaan cinta bermula dari kata, manakala perasaan suka bermula dari telinga. Jadi kalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka, umpama kita membuang telinga kita. tapi kita cuba menutup mata, cinta berbuah menjadi air mata..

Mana-mana korang yang mengalami ini dalam hidup korang....fikirkan lah bersama2 siapa yg anda cintai dan siapa yg anda sukai..





Koleksi Botol Susu Aqil Comei



Assalamualaikum...

Mulakan tutur kita dengan ucap Bismillahirrahmanirrahim. Moga2 kita memperoleh keberkatan dari-Nya..

Entry saya kali ni nak bercerita tentang si manja saya, Aqil comei ler. Sape lagi kan. Oh yer, Aqil dah ade nickname baru sekarang nih.."A.P.E.K" nama nya. Haha..Mak Lang dia la tu punya idea bagus tahap maksimum..:-)

Lets back to the title above..kebetulan hari tu pama Aqil ni baru beli botol susu baru untuk dia. Teringat plak nak masukkannya dalam blog saya. Once bila Aqil dah besar nanti..boleh ler dia tengok balik botol2 susu yang dia guna masa kecik2 dulu kan..

Nak dijadikan cerita la..last week we all balik Cheras sebab ade appointment kat HUKM. After setel segala temu dan janji kitorang, tengok jam baru kol11 pagi. Nak terus balik umah rasa cam awal sangat lagi. Jadi difikir2 kan mana tempat sesuai nak pegi... at last kami decide why not better we go to Sogo kan. Since dah lama sangat tak jejak kan kaki ke sana dan kebetulannya pun kami memang nak cari botol susu untuk Aqil. Tanpa berfikir panjang, menuju lah kami bertiga ke Bandar Tun Razak menaiki LRT menghala ke Bandaraya...


Ewah3 papa...mana pergi bawa pandangannye tu yer!!!

Sengaja kami naik bendalah ni sebabnye nak suh cepat sampai jer. Mana taknye keluar2 jer dari stesen LRT ni terus nampak pintu Sogo. Habuk dan debu-debu KL pun kami tak sempat nak pijak tau. Bersihh tapak selipar kitorang. haha..

Sesampai jer kami di situ, terus naik escalator ke paras brape tak ingat dah tapi bahagian kanak2. Sengaja kami tak merewang2 cuci mata tengok benda2 lain sebab kalau boleh nak jimatkan masa seberapa yang boleh..(nak backup jer tu..sebab sebetulnya tak nak lari budget..haha)...

Terus menuju ke bahagian barang yang nak di beli. Pilih punya pilih...lastly kami amik jugak la botol susu yang satu ni. Jenama nya tok sah bagitau la memang 1 Malaysia ni familiar sangat2 dengan brand nih..Kami beli ni pun sebab botol ni Limited Edition. Teruje la nak memilikinye kan..



Taraa....ini la dia botol susu yang disebut2 kan tu..Sengaja amik sepasang ni mana tau kot2 nanti Aqil dapat adik ker kan..hehe..boleh dia guna yang 1 lagi tu..Buat masa ni botol ni masih tersimpan comei dalam kotaknye tu..Sayang plak nak guna tika masih baru macam ni..huhuu..



Ini pula botol susu jenama Tommie Tippie..pun satu brand yang agak popular nowadays..Cantikkan!!! Campuran warna biru dan kuning menambahkan lagi selera Aqil untuk minum susunya. Pandai Mak Lang Aqil ni carikan botol susu untuk anak sedaranye yang comei ni kan..Thanks yer Mak Lang..



Cantik tak Momma si oren bulat yang comel ni?? Ingat Nescafe jer ke ade 3 in 1 haaaa???? Ini botol susu masa kini pun ada itu 3 in 1 jugak tauuu..Botol susu ini ade 3 stage. Step 1 Biberon (Feeding Bottle) untuk yang umur 4 bulan. Sama macam botol susu biase jugak. Step 2 Sistema Antigoccia & Doppio Manico bila baby dah 6 bulan baru leh guna sebab dia dah pandai pegang kiri kanan dan yang last step tu namanya Sistema Cannuccia & Manico Singolo (ade straw & boleh pegang sebelah tangan). Brand ni masih baru la kot dalam pasaran. Botol ni pemberian ikhlas daripada Mak Lang Aqil jugak..Baik sungguh hati Mak Lang. Tanda dia sayang kan anak sedare nye yang dia panggil A.P.E.K tu...Oren tu warna fevret Mak Lang la tu...



Ini pula feeding bottle yang Aqil tengah bergilir guna sekarang nih. Pagi biru petang oren malam pula kuning. Macam tu la hari-hari. Rasa nya cukup dulu la kot tambah koleksi botol Aqil nih. Dah banyak sangat dah..Papa kata kita KIV dulu beli yang baru for next 2 3 month...huhu. 

Biar pun feeding bottle ni bukan saya yang nak minum..but since dah ade si kecik ni, jadi hobi pula nak kumpul botol susu bebanyak..suka tengok macam2 kaler pelbagai jenis rupa dan bentuk..

Okiesss u all...sekian saja untuk kali ini..

Wassalam..


Lafazkan Kalimah Cintamu

Assalamualaikum...

Buat kaum Adam...saya mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadat Solat Jumaat. Jangan pulak ada yang buat-buat uzur yer...Rasanya baru Jumaat lepas saya update blog ni. Tak terasa cepat nye hari berganti hari sekarang..

Semalaman suntuk saya menghabiskan masa saya dengan membaca novel yang sangat mencuit hati. Tajuk novel ni "LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU" hasil tulisan Siti Rosmizah terbitan SR Publication.

Kebetulan semalam turn husband saya kena bertugas kat tempat kerja dia...so hanya kami berdua aje kat rumah malam tadi. Dah rasa boring tu maka nya novel ni la jadi mangsa saya. Since Aqil bucuk pun dah tidur baru cool nak mengadap novel. Sunyi dari gangguan si kecil saya..

Mana dapat novel ni??? Hehe.. jeng..jeng..jeng..nak dijadikan cerita, one of my neighbour datang bertandang to my house purposely to borrow my novel..Then she said she also have one interesting novel. Maka..berlaku lah aktiviti tukar menukar novel sesama kitorang..gitu ler citer nye..

Jalan citer kisah ni??? Very interesting...funny and enjoy once i read this novel. Tak rugi bagi sesape yang membelinya.Citer nye ada time sedih..ada time kelakar..and the other part pula gambaran yang serius penceritaannya.

Saya suka dengan watak yang dipegang oleh Tengku Aqilah merangkap heroin la dalam citer ni. Anak bongsu Tengku Hisyam yang disisihkannya semenjak dia keluar dari perut ibunya Azreena. Kelahirannya dikatakan pembawa sial dan malang bagi sesiapa yang mendekatinya. Perasaan Tengku Hisham terhadap Tengku Aqilah hanya dipenuhi rasa benci yang amat. Tengku Aqilah yang sering dahagakan pelukan dan kasih sayang seorang bapa tidak pernah kenal erti putus asa dan sentiasa berusaha melakukan apa saja demi untuk menambat hati bapanya yang sekeras batu itu. Sehinggakan sanggup mengikut kehendak bapanya supaya berkahwin dengan Tengku Ryan iaitu lelaki yang paling dibencinya semata-mata memperolehkan syer 40% seperti yang diwasiatkan amanah oleh arwah ayah Tengku Ryan iaitu Tengku Hasyim adik kepada Tengku Hisyam.

Saya gambarkan Tengku Aqilah ni seperti Erra Fazira. Baru seronok kan nak baca bila kita boleh bayangkan wajah seseorang itu dalam novel semenarik macam ni. Hehe...

Cukup takat ni dulu la saya mengsinopsiskan novel ni. Banyak lagi jalan cerita yang menarik dalam ni. Tak suspen la kalau diceritakan semuanya. Bagi peluang pada penggemar novel lain miliki novel ni dulu..Segera lah dapatkannya di kedai2 buku yang berhampiran...

Salam..

Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Assalamualaikum...

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M)

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa permohonan tuan/puan telah diluluskan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Utama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.......


Sekian, terima kasih.

Alhamdulillah.....akhirnya yang ditunggu2 dah sampai... Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah selamat kami terima. Terima kasih pada pemimpin kita Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak yang prihatin terhadap kebajikan rakyatnya di mana secara rasminya beliau digelar sebagai Bapa Transformasi Negara.


Bantuan khas RM500 ni sentiasa kami nanti2 kan..sebabnya banyak sangat dah planning yang ada dalam kepala tapi modalnya terhad. Jadi dengan dapatnya BR1M ni...boleh lah meringankan bebanan kos yang ditanggung suami saya ni... Actually dia dah ade agenda dia sendiri dah...hikhik..

Bagus jugak la ada skim saraan macam ni especially bagi mereka2 yang dalam kesusahan. Saye ni dah kategori susah jugak tapi....ada lagi yang lebih susah dari saye. Contoh macam ahli keluarga dah la ramai..pastu harapkan si ayah je bekerja dengan pendapatan pula tak la seberapa. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang dapat la makan petang. Emmm...kesian kan.

Kalau la dorang dapat bantuan macam ni..mesti gembira tak terkata dorang kan. Jadi, bersyukur lah kita dengan apa yang kita ada hari ni..

Terbang ke oversea

Assalamualaikum...

Jom cuci mata rileks kan minda tengok pemandangan cantik, menarik, tertarik ini....:-)

Gambar-gambar ni letaknya di VERSOIX...sebuah bandar yang berhampiran dengan Geneva di Switzerland..nak sampai sana tak tau bila la lagi...tengok gambar pun jadi laaaaa...




















This picture actually comes from my uncle..credit for him

Remaja Oh Remaja


Lagu ni antara salah satu fevret song saye.. Slow jer rentaknye kan. Petang2 macam ni tak nak tulis banyak-banyak..alasan je ni..hehe..actually, nak keluar satgi. Bawa Aqil bucuk ni jalan-jalan amik angin. Tapi sekarang panas lagi kat depan...so buke la blog ku yang terchenta nih dulu...

Sebut pasal lagu "BERDUA BERSATU" ni...risau plak menengokkan anak muda belia2 zaman sekarang bergaul bebas. Bagi mereka yang elok tingkah lakunya tu ok la. Macam saya zaman bujang dulu2 tu...(terperasan plak..ahakssss)....Ini budak2 yang orang kata 'baru nak naik' ni..saya refer pada student la kan..berkawan jenis yang bercampur laki pompuan..berkepit sana berkepit sini..bebas mana nak pegi...dah tentu la tanpa pengetahuan mak ayah dorang. Student-student macam ni selalu nya akal dia tak panjang. Rasa nak mencuba tu lebih.. Bila pergaulan tak terkawal, bimbangnya ada di antara mereka nanti yang terlanjur...tu ajer..Macam kartun yang kat bawah ni la haaaa...


Gambar kat atas nih adalah gambaran muda-mudi sekarang yang sedang hangat bermadu asmara di khalayak ramai tanpa ada rasa segan silu. Dorang dah tak kisah akan orang sekeliling. Jauh bebenor beza nya masa mak-mak kita dulu2 bercinta kan... 

Dorang dulu bercintan cintun macam gambar kat bawah ni la kot kan..hehee...

Azab Untuk Wanita

Dalam saya duk belek-belek bahan bacaan yang saya temui ni, saye tertarik dengan satu artikel yang menjurus ke arah memperbetulkan amalan dan perbuatan kita seharian.

Sedikit ilmu saya ingin paparkan di sini untuk renungan saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat khususnya untuk para wanita dan diri saya sendiri juga.

Saidina Ali meceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.


Beliau menjawab, "Pada malam aku di isra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan yang digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat ada perempuan yang digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang, dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan tangannya terikat sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnye sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar melalui duburnya, sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi.

Fatimah Al-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu.

*Rasulullah menjawab "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang mengotori tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya, ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri, ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain yang bersolek dan berhias supaya kecantikannya dapat dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia bisa solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Saidina Ali dan Fatimah Al-Zahra pun turut menangis..

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Hanya Ingin Mengingatkan

Assalamualaikum...

Jumaat datang lagi..syukur alhamdulillah masih lagi di beri kesempatan untuk terus menikmati keindahan dunia ini. Sedikit renungan bersama di pagi Jumaat yang indah ini ~ Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W  bersabda :"Tidak ada doa daripada seorang hamba yang lebih afdhal daripada : 'Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon daripada Engkau kesejahteraan di dunia dan di akhirat". (Riwayat Ibu Majah)

Marilah kita sama-sama muhasabah diri setiap hari semoga kita terus mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T hendaknya..Oleh itu...renungilah bingkisan di bawah ini ;

Hanya Ingin Mengingatkan...

Kubur Setiap Hari Menyeru manusia Sebanyak Lima (5) Kali..

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan membaca Al-Quran selalu.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyakkanlah bacaan "La Ilahailallah, Muhammadar Rasulullah," supaya kamu dapat jawapan kepadanya.




Lima Jenis Racun Dan Lima Penawarnya...

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya. 
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 yang dipandang sebagai IBU, iaitu:

1. Ibu dari segala UBAT, adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB, adalah sedikit BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT, adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA-CITA, adalah SABAR.

"Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata daripada Al-Quran:"



Orang Yang Tidak Melakukan Solat

Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhur: Tidak diberikan berkah di dalam rezkinya
Asar: Dijauhkan daripada kesihatan/kekuatan
Maghrib: Tidak diberikan santunan oleh anak-anaknya
Isyak: Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya


Cerpen - Isteri Adalah Amanah Allah



Mat.... Mat...

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia telah bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja kerana Nab, isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga. 

Satu malam, Mat berdoa... "Ya Tuhanku, aku bekerja 8jam sehari, sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu bahawa betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolong lah  Ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari saja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah.

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, dia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, dan pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak2 yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak2 nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan enjin kereta dan bergegas hantar anak2 ke sekolah. Balik dari sekolah , terus ke pasar untuk membeli ikan dan barang-barang keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur di dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. 

Kemudian kutip kain-kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik dari sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas  ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya tidak bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. 

Dah selesai, kain-kain yang di angkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar waktu zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor supaya tidak ketinggalan. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesai kan pula solat Asar sebelum menyiapkan kerja-kerja lain. 

Belum sempat rehat, terpaksa pula masuk ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa pula melayan suami dan anak-anak makan pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan anak-anak supaya masuk tidur...dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11 malam baru lah semua kerja-kerja  rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe. Boleh lah rasanya nak berehat sikit...Oppss..belum boleh rehat lagi rupenye...Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayan kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehingga lah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur...tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula. "Ya Tuhanku..kini barulah aku tahu. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja pun tak sepenat ini. Ada juga masa berehat, minum kopi, dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku kepada suami semula. Tobat aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku di rumah dan aku keluar bekerja. 

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata, "Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kena lah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu boleh menjadi suami kembali..."

Whatttt????? 9 bulan 10 hari????Beranaaaak???... Waaaaa...tak nak, tak nak, tak naaaaakkkk...!!!!!

"Bang..bang..abanggg..apasal niii?? Sergah satu suara di sisinya. 

Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya, "Nab..Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami?"

"Laa...tebiat apa pula abang ni? Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami... Appa punya lawak pagi-pagi rabu ni?"


Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah....Nab terkedu, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya....

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan dilindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

Sumber Artikel : eye_niii@yahoo.com


Bidadari

Bismillahirrahmanirrahim....

Betapa hebatnya menjadi wanita. Lembut, penuh kasih, dilindungi, dihormati dan dihargai. Kehadirannya diperlukan oleh setiap manusia di semua peringkat usia. Sebagai saudara dia menenteramkan. Sebagai isteri dia menginspirasi. Sebagai ibu dia pendidik ulung dan dan sebagai teman dia dikenal sebagai penasihat yang ikhlas.

MasyaAllah...beruntung sekali dilahirkan sebagai wanita. Maka, jagalah diri sebaik mungkin dan hiasilah peribadi dengan akhlak-akhlak mulia.

Cuba sahabat-sahabat saya dengarkan lagu pilihan di bawah ini..dan hayati liriknya bersama. Satu persoalan timbul..."bolehkah diri kita digelar bidadari seperti di dalam lagu tersebut????" Hampir setiap hari saya merenung diri sambil bermuhasabah diri sendiri sejauh mana kah tanggungjawab saya sebagai isteri terhadap suami saya..Terasa begitu kerdil diri ini untuk meletakkan diri setinggi itu. Namun, hari demi hari, saya akan selalu mempersiapkan diri untuk menuju ke arah wanita BIDADARI SYURGA... InsyaAllah...

Tuhan Beri Aku Cinta


Salam semua...
Hari ni baru baik dari demam...Mungkin disebabkan cuaca sekarang yang tak menentu ada panas ada hujan ada mendung..Tapi bersyukurlah kita dengan semua tu. Sesungguhnya Allah jadikan sesuatu itu ada tujuan dan ada hikmah nya. Jangan lah sesekali kita merungut dengan setiap kejadiannya..

Alhamdulillah juga kerana demam yang dialami ni cuma sehari. Ia membolehkan saya melaksanakan tugas sebagai ibu dan isteri seperti sediakala. Terima kasih yang tak terhingga kepada husband saya sebab telah mengambil alih tugas menguruskan perihal anak di kala kesihatan saya tidak begitu mengizinkan..

Lagu di atas adalah sebagai hiburan semata2..suke sangat dengar lagu ni. Irama nya yang slow buat saya rasa tenang..layan jer lah...

Sejarah Solat 5 Waktu

Teladan solat Nabi Muhammad S.A.W merupakan Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, Umat Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat Nabi Muhammad di mana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal usul solat bagaimana setiap solat itu mula dikerjakan.

 SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan Solat Subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun telah bersembahyang dua rakaat.
Rakaat Pertama : Tanda besyukur kerana baginda telah terlepas dari kegelapan malam. 
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma

ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan kepadanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang ketika tergelincirnya matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim a.s sebanyak empat kali. 
Rakaat Pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat Ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR

Manusia pertama yang mengerjakan solat asar ialah Nabi Yunus a.s. Tatkala baginda dikeluar oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Maka bersyukur lah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada empat kegelapan iaitu :
Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut.
Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam.
Rakaat Keempat : kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB

Manusia pertama yang mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa a.s. Iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur nabi Isa lalu telah bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah Yang Maha Esa.
Rakaat Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat Ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu, tiada dua atau tiga.

ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyang lah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat Pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat Kedua : Tanda dukacitanya terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat Ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Bantal Dan Anda



1)  Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biase nye berjiwa seni..betul ke? Golongan ini memberikan penghargaan yang tinggi terhadap muzik, sastera dan lukisan. Perasaan mereka pula halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi..Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2)  Menggunakan Bantal Yang Banyak
Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3)  Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis yang mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4)  Meletakkan Bantal Di Bawah kaki
Mereka ini mempunyai sifat yang kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.

5)  Tidur Tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya akan diri sendiri yang sangat tinggi. Kadang kala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego. 

6)  Tidak Punya Bantal
Kasian betul mereka nih... Pegi la kedai beli satu..bukannya mahal sangat pun..kedekut ke pemalas..renung2kanlah, yang mana satu bantal anda???????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute