Say No To Cigarate!!!!


 Susah nak bendung masyarakat yang suka merokok. Entah ape yang best sangat hisap rokok pun tak tau lah. Bukannya diorang ni tak tahu bahaya rokok pada tubuh badan sendiri. Banyak iklan2 di Tv, radio2 bahkan kempen sana sini di merata tempat menceritakan tentang keburukan menghisap rokok. Sikit pun takde diendahkannya. Di setiap kotak rokok pun ade ditunjukkan amaran dan penyakit berpunca daripada rokok. Tapi dorang buat2 tak nampak jer...Di mana lah kesedaran insan2 perokok ni agaknya yer. Cuba kalau pegi ke mana2 downtown la..sakit kepala dibuatnya sebab terpaksa sedut asap rokok yang bbbbbusuk tu. Niat nak cari barang pun dah terbantut. Kan baik kalau asap tu ditelan sendiri oleh sang perokok tu. Ni tidak...dorang sedap2 hisap rokok, kita yang tak bersalah ni jadi mangsa asap dorang.


Harga rokok sekarang ni pun dah mahal tapi dorang tetap belasah beli juge. Untuk mengetahui hakikat sebenar di sebalik harga sebatang rokok, cuba lihat fakta di bawah ni..renung-renungkan lah wahai perokok di luar sana..

Sebatang rokok lebih kurang 50sen depends pada jenama rokok mayb..tapi korang tahu tak korang sebenarnya membelanjakan :
  • 24sen untuk cukai hasil tembakau
  • 14sen untuk keuntungan pengilang rokok
  • 5sen untuk peruncit
  • 1sen untuk keuntungan pemborong/pengedar rokok
  • 1sen untuk dinikmati penanam
  • Nilai sebenar sebatang rokok hanyalah 5sen!!!Betapa ruginya korang si perokok malang..
Setiap rokok yang dihisap, anda sebenarnya telah menghadiahkan diri dengan: 
  • 20kali lebih risiko kanser paru-paru                      
  • 10kali lebih ancaman penyakit paru-paru
  • 10kali lebih padah saluran darah tersumbat
  • 4kali lebih ancaman serangan jantung
  • 2kali lebih risiko serangan strok
  • 50% risiko kematian akibat tabiat merokok
Haaa...macam mana???Takut tak???Dan yang paling utama anda juga sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi anda!!!!!!!

Statistik di atas actually saya petik daripada salah sebuah akhbar yang mempromosikan iklan TAK NAK MEROKOK!!!! Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat sila layari; www.infosihat.gov.my/www.myhealth.gov.my

Saat Yang Mendebarkan Lelaki


 Assalamualaikum...

Sebut pasal lelaki ni...ishhh3x...rupe2 nye dorang ni ade jugak rs nervers dalam diri erk...saye dah buat kaji selidik sikit mengenai bila waktunya diorang ni 'berdebar'..haha..jom baca kat bawah ni..

Apa karakter yang ada pada lelaki??? Seringkali kita bayangkan seorang lelaki itu semestinya la punya kekuatan..keberanian..ketegasan..dan lain-lain lagi. Namun di sebalik semua ciri-ciri itu ade beberapa perkara yang mendebarkan mereka. Mari kita dedahkan rahsia lelaki. Jommmmm layan..

1.   Saat Lelaki Meluahkan Hasrat Hatinya

Jika kita lihat, dalam melakukan sesuatu urusan kerja, seseorang lelaki itu nampak begitu yakin melaksanakan tugasannya. Siapa sangka dalam hatinya tu punya perasaan yang sangat mendebarkan bila mana ingin menyatakan hasrat hati untuk menjadi pasangan hidup a.k.a kekasih ler..Tapi mereka cuba berlagak biasa untuk memadamkan perasaan takutnya itu. The points is..samada dirinya tu diterima atau sebaliknya..Fakta ni adalah berdasarkan pengalaman saye sendiri. Memang tak pernah lupa malah suka untuk di ingat moment ni di mana en.hubby saye dulu sampai berpeluh-peluh saat-saat nak meluahkan isi hati hatinya..emmmmm sooo sweet..Tapi diberanikan juga dirinya untuk mendapatkan kepastian yang nyata...----<@



2.   Bertemu Bakal Mertua

Setelah si buah hati lelaki menerima dan bersetuju untuk jadi teman hidupnya maka untuk mendapatkan restu bagi menghalalkan hubungan mereka, maka nya lelaki yang gentleman ini pergi lah ke rumah untuk bertemu muka dan mendapat restu kedua ibu bapa bakal isterinya itu. Nah....di sini sekali lagi rasa debaran itu menjadi-jadi. Saat pertama kalinya bertemu keluarga bakal isteri tentulah saat yang merisaukan lelaki kerana bimbang akan bagaimana reaksi dan penerimaan nya di dalam keluarga itu. Jadi ada sesetengah lelaki membawa rakannya supaya dapat menghilangkan resahnya tatkala berhadapan dengan bakal mertua..:-)

3.   Waktu Akad Nikah

Bakal isteri dah setuju,bakal mertua pun dah setuju maka...tiba lah masa untuk dipersandingkan pula. Alangkah gembiranya si perempuan kerana akhirnya mereka dipersatukan juga. Tetapi debaran bagi sang lelaki masih belum berakhir di situ. Ini kerana mereka terpaksa melalui satu saat di mana mereka terpaksa memegang tangan kadi untuk melakukan upacara akad nikah. Bagi mereka yang terlalu gementar dan gugup menyebabkan upacara itu terpaksa di lakukan berulang kali. Dan Alhamdulillah....dengan sekali lafaz saja, kami telah selamat menjadi suami isteri. 

Tanda Pengikat Kasih Sayang

4.   Menerima Cahaya Mata

Semuanya telah pun selesai dan hubungan suami isteri berjalan dengan aman dan hamoni. Saat-saat gembira, suka duka dilaluinya bersama tiba satu masa isteri disahkan hamil. Perasaan yang sangat-sangat gembira di samping mensyukuri rezki yang Tuhan berikan. 9bulan melayan macam-macam karenah mak buyung, dan akhirnya tiba la masa yang ditunggu-tunggu menerima 'orang baru' sebagai penyeri keluarga. Saat yang paling cemas, nerves, takut dan macam-macam perasaan lain lagi yang datang terhadap si suami dan bakal ayah apabila due date to delivered dah sampai..Apa yang mampu dilakukan oleh si suami pada masa tu hanya lah berdoa semoga proses bersalin berjalan lancar dan selamat kedua-duanya...Atlast....tepat jam 9.20pm, putera kami Nik Muhammad Aqil Bin Nik Muhammad Firdhaus selamat dilahirkan... Syukur Alhamdulillah atas pemberianMu Ya Allah..

Putera Sulung Kami Yang Kian Membesar Hari Demi Hari
Ini sahaja lah yang dapat saya singkapkan dalam posting kali ini. Apa yang diceritakan di atas comes from my husband experience dan mungkin juga kebanyakan lelaki di luar sana juga turut melalui pengalaman yang sama bukan?????

Masak Rendang Daging Ibu Mertuaku

Salam semua..bagi saye surirumah sepenuh mase ni,bangun pagi 1st thing yang kena fikir ialah ape menu best masak untuk makan tengahari bersama family terchenta...tapi rutin saye mesti tanya dulu en.hubby saye ape yang dia rase nak makan esoknye...so semalam dia request nak makan daging ala-ala ibu mertuaku selalu buat. Sian en.hubby saye rindu masakan ibu nye. Lama sangat tak balik Cheras rentetan kerja yang tak berkesudahan. Jadi, saye sediakan lah permintaannya hari ni. Pada kawan-kawan, ibu-ibu dan juga suri di luar sana boleh berkongsi menu ni kalau nak cuba..Jom kita ke dapur..- - - >

Rendang daging ibu mertuaku
Bahan- Bahan: (hidangan 2 orang makan)

Daging
3biji bawang putih (blend)
3biji bawang merah (blend)
Sedikit halia (blend)
Kunyit (blend)
1sudu jintan manis (blend)
2 atau 3 batang serai
Asam keping
Kicap pekat
Gula dan garam secukup rasa

Untuk membuatnya tersangatlah mudah dan simple. Gaulkan daging bersama bahan yang di mesin tadi dan perapkan selama 1jam. Panaskan minyak terlebih dahulu. Tumiskan serai sehingga naik bau. Kemudian masukan daging yang diperap dan tambahkaan sedikit air dan masak sehingga daging empuk. Then masukkan kicap pekat serta asam keping dan biarkan sampai masak. Ok dah pun siap..Ready to serve..Selamat mencuba!!!

Tambah Selera Makan Si Manja

Masih lagi dalam mood menambah artikel menarik yang boleh memberi sedikit info pada semua. Lately, i'm so worried about my son, Nik Muhammad Aqil. Dia sekarang ni jadi semakin kurang makan especially nasi. kalau dimakan pun hanya 2 3 suap je pastu dah tak nak. Risau jugak dibuatnye. Ditanya pada kebanyakan orang, rata-rata jawab "biasa la...budak-budak memang macam tu..." Suka sangat dengar anak-anak member bila ditanya pasal makan..emm..tak payah paksa. Apa diberi semua dimakannya..Macam mana la nak buat!!!!!

Saye ada la terbaca satu majalah ni. Dalam tu dia bagi satu tips yang bagus tentang bagaimana cara nya menarik minat anak makan mengikut keperluannya. Saye dah pun cuba ikuti step-step ni dan hasilnya, Alhamdulillah..memang menjadi. Aqil sekarang dah pun mula makan banyak dari yang sebelum ni..Ape kata jom kita sama-sama share panduan di bawah.

4 Cara Menarik Minat Anak Makan:

1.   Makan Dengan Kerap

Memang susah sangat. Kena ambil masa pulak tu nak pujuk dia supaya makan terutama dalam mengambil makanan berzat. As a parent, kita kena bersabar dan teruskan usaha tanpa jemu..Demi anak tersayang kan..Jadi galakkan anak kita makan dengan kerap adalah cara terbaik untuk memastikan si comel cukup makan. Enam hidangan kecil lebih mudah dimakan berbanding tiga hidangan utama yang berat. Biarkan anak makan sebanyak yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Tapi kena ingat!!!Jangan sesekali memaksa si kecil kita makan.Okey.....

Gambar Hiasan
2.   Berikan Pilihan Makanan

Selain daripada hidangan utama seperti bubur dan nasi, kita harus bijak mempelbagaikan jenis makanan di rumah. Sediakan snek kegemaran si kecil kita dan bagi dia ruang untuk memilih makanan atau snek yang digemari seperti emping jagung, atau biskut coklat. Berikan snek kepada anak anda sepanjang hari selepas dia menikmati hidangan utama.



 3.   Bekalkan Makanan ke Sekolah

Kadang kala kesibukan si anak di sekolah dan leka bermain menjadikan si comel kurang makan. Oleh itu bekalkan makanan snek sihat seperti biskut tawar (cracker), buah-buahan kering seperti kismis dan kurma, lobak merah dan kacang. Dengan itu, biarpun dia tak sempat menjamah makanan berat di sekolah, dia mampu habiskan snek di sekolah.




4.   Beri Galakan Kepada Si Anak

Peringkat permulaannya, anak anda mungkin tidak biasa makan banyak dan kerap. Jadi, kita ni sebagai orang lebih dewasa, galakan kita sebagai ibu bapa amat berharga buat si kecil. Sokongan dan dorongan pada setiap masa mungkin membuatkan si comel kita menunjukkan perubahan sedikit demi sedikit. Ape yang penting nya adalah perlu memahami setiap perubahan yang berlaku pada si comel perlu mengambil masa. Jadi...........bersabar lah..

Merancang Bayi Yang Kedua

Bila Masa Yang Sesuai?

Pengalaman mengandungkan anak yang pertama adalah saat-saat terindah yang pernah dilalui sebelum ni. Dengan sentiasa menjaga kandungan dengan baik, mengikut segala saranan dan nasihat doktor, mengambil vitamin-vitamin tertentu, always follow check-up di klinik serta makan makanan yang berkhasiat, Alhamdulillah sepanjang masa kehamilan tu, everything was going smothly. Tapi bila dah dekat nak bersalin, doktor sarankan untuk bersalin secara ceaser sebabnya baby duduk songsang. Bunyi kena buat operation tu aduhhhh...takutnnye rase. Tapi nak tak nak mesti kena buat juga.

Since Aqil sekarang ni pun dah besar, ramai pula yang bertanyakan bila nak tambah lagi. Sekadar senyuman yang mampu saye berikan dengan jawapan.."Insyallah kalau ade rezki nak juge.."hehe..

gambar hiasan


Selamat Untuk Ceaser

Ibu-ibu yang bersalin secara ceaser ni banyak nak kena fikir sebelum merancang baby kedua dan seterusnya. Ramai yang takut dan bimbang akan risiko nye nanti. Ape pun jom kita ikuti penjelasan lanjut  Dr.Fatima Najla,O&G dari Pusat Perubatan Kelana Jaya.

"Bagi yang bersalin secara caesarean, usah bimbang. Anda sudah mula boleh memikirkan soal kehamilan kedua selepas dua tahun kelahiran anak pertama. Selepas tempoh 2 tahun, tempat jahitan pembedahan diyakini sudah sembuh.
Anda juga boleh menimbang untuk cuba bersalin secara normal. Namun keputusan yang bakal diputuskan oleh doktor perlu bergantung kepada faktor komplokasi sewaktu proses pelahiran yang dihadapi sebelum ini. Lazimnya, masalah yang biase dihadapi ialah komplikasi bayi besar. Jika ini penyebabnya, perlu anda tahu bahawa bayi kedua mungkin bersaiz besar lalu memungkinkan untuk anda bersalin secara caeser sekali lagi..."
Apa yang kita semua perlu tahu ibu-ibu khususnya, adalah masalah yang mungkin dihadapi sekiranya berlaku kehamilan dalam tempoh 2tahun. Antaranya seperti; anemia, sakit belakang, gigi cepat rosak, dan lain-lain lagi. Maka nya di sini saya cuba untuk berkongsi sedikit panduan yang boleh kita ikuti. Panduan ini saya ambil dari salah sebuah buku yang saya baca.

Sebelum hamil

1. Pastikan Hb optimum. JIka mengalami anemia, makan ubat untuk mengatasinya.
2. Makan Asid Folik 400mcg sekurang-kurangnya sebelum rancang hamil bagi mengelakkan kecacatan bayi seperti bibir sumbing dan spina bifida.
3. Jumpa doktor terlebih dahulu jika menghidap penyakit tertentu agar semuanya terkawal.
  • Jika darah tinggi: perlu ambil ubat tertentu.Perlu tahu, ubat semasa dan sebelum hamil adalah berbeza.
  • Jika kencing manis: ubat yang diambil sebelum hamil perlu ditukar kepada suntikan insulin.
  • Jika Tiriod: ambil ubat yang selamat. Doktor O&G akan pantau kehamilan anda bersama doktor biasa.
  • Jika mengalami prolapse disc, kena pastikan tulang belakang berada pada tahap yang selamat sebelum rancang untuk hamil. Sewaktu hamil, doktor pakar tulang akan pastikan tulang belakang mampu bertahan untuk menampung kandungan.
  • Jika sakit jantung, ada keadaan di mana membolehkan dan melarang kehamilan. Pastikan anda boleh hamil lagi atau sebaliknya. Sewaktu hamil, jantung dan buah pinggang bekerja lebih kuat. Jadi ia perlu sempurna untuk menghadapi kehamilan.

Selepas Hamil

1. Lakukan pap semar selepas 2 bulan kelahiran. Pastikan ketika itu anda tidak haid. Sterusnya ujian yang sama perlu disusuli 1-2 tahun kemudiannya untuk memastikan pangkal rahim kekal sihat.
2. Minta nasihat doktor tentang kaedah perancang keluarga yang sesuai. Kaedah yang bakal dipilih perlu digunapakai sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun.

Tips Merancang Kewangan Anda

Rancang Simpanan Wang Setiap Bulan













  • Mengawal perbelanjaan
  • Mengawal kewangan
  • Jangan berbelanja lebih dari pendapatan
  • Jangan berhutang
  • Kalau tidak mampu tangguh saja
  • Ada target setiap bulan sebagai contoh jimat RM50 hingga RM100
  • Senaraikan barang-barang yang perlu dibeli 
  • Jangan ikut orang lain
  • Jangan mudah dipengaruhi oleh barang-barang berjenama

Kari Daging Selera Kampung

Lewat tengah hari ni baru lah sempat membuka dan menggodek-godek blog ni untuk mengedit mana-mana bahagian yang patut. Segala kerja rumah dah pun selesai dikerjakannya..dan sekarang hanya tunggu nak masak saje ni.

Dalam duk fikir-fikir menu ape la nak dimasak hari ni, then terbau-bau pulak kari daging orang sebelah. Jadi lah hari ni hari memasak kari daging sedunia..hehee..Sayang mama pun tengah syok tidur ni. Masa yang paling tenang untuk bersilat di dapur..Lets enjoy our cooking..:-)

Kari daging Masakan Mama


Ni la dia hasil kari daging selera kampungku. Nampak sedap kan. Kari ni diperturunkan dari air tangan mama ku. Sampai sekarang hanya ikut resepi dia jer tapi tak lah setanding dan sesedap air tangan mama. Ape pun mari cuba resepi ni dulu yer..

BAHAN-BAHAN

1biji bawang besar (blend)
3biji bawang putih (blend)
1inci halia (blend)
2sudu besar cili yang dimesin
3sudu serbuk rempah kari daging
2tangkai daun kari
3/4 santan pekat
2biji ubi kentang
3cawan air
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula

Cara nya mudah saja:

Panaskan minyak,tumis dan tumis la cili yang dimesin tadi hingga garing. Kemudian masukkan bahan-bahan yang diblend. Masukkan rempah kari (bancuhkan dengan sedikit air) serta daun kari tumis sehingga pecah minyak. Masukkan pula daging dan rebus selama 10minit. Masukkan kentang @ carrot dan masak lagi lebih kurang 15min. Masak hingga daging hampir empuk dan baru lah masukkan santan. Masak hingga mendidih. Selalu lah kacau supaya kuah tidak melimpah. Bila dah mendidih masukkan garam,gula dan asam jawa. Kepekatan gulai tu terpulang pada citarasa masing2 yer. Dah pun siap...Ready to serve..Selamat mencuba!!!

Apam Polka Dot

Apam Polka Dot sedap dan enak di makan..nyumyyy

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jom sama-sama kita kongsi resepi membuat apam polka dot ini. Dengan rasanya yang lembut ditambah lagi dengan corak dan warna yang pelbagai menambahkan lagi selera untuk menikmati apam ini. Bagi yang pertama kali ingin mencuba resepi ini, jom lihat di bawah ini ;

Bahan-bahan ( 15-20 biji )

  • 3 biji telur sejuk-dr peti ais
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
  6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...
  7. *Cara sendiri-pukul telur dulu, pastu masuk gula dan ovalette. Last tepung yang telah di ayak dengan baking powder...

Cerita tentang si manja Momma


Assalamualaikum...

Alhamdulillah..umur Aqil sekarang dah masuk setahun 4 bulan. Si kecil yang dulunya didukung ke sana sini kini dah bergerak bebas menerokai persekitarannya sendiri. Baru nak boleh berjalan selangkah dua. Suke sangat tengok perubahan ini. Insyallah lg 2 3 minggu Aqil dah blh berlari n also can join da club. hehe..

Mungkin Aqil ni agak terlewat jika dibandingkan dengan kanak2 lain. Xkisah la asalkan dia membesar dengan sihat. Aku juga bangga dengan diri aku sendiri sebab dapat menjaga dan membesarkan Aqil depan mata aku.

But sometime tu,rase macam tak percaye je dah bertitle 'mama'. Adepun Aqil memang baik budaknya. Mudah sangat2 jaga dia. Nangis bila mana perut lapar minta susu. Syukur alhamdulillah tuhan bagi Aqil kesihatan yang baik sekali. Setakat ni dia hanya demam 2kali jer. Selsema pun rase nye sekali dua gitu jer.

Dan sekarang ni tengah struggle hard praktis jalan. Tak sabau rase nye..Cepat jalan yer dik..

Aqil yang cube memboloskan diri nya sendiri




Layakkah Aku Menjadi Permaisurinya | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Layakkah Aku Menjadi Permaisurinya | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sumber artikel: iluvislam.com

Pada Ibu2, suri2,dan bakal2 isteri sekalian,,,Jom sama-sama kita baca artikel menarik ini... have a nice reading..:-)

Renungan Bersama

Di saat dan ketika ini,kedua2 insan tersayang (suami & anak) sedang lena dibuai mimpi masing2.Si mama pula sempat lg mengupdate blog ni..momma aqil terjumpe suatu petikan yang mungkin boleh kita kongsikan bersama iaitu......"Tiada Bantal Yang Lebih lembut Melainkan Ribaan Ibu Sendiri"...Tanpa ibu,siapa lah kita.I Miss U Mum...minta maaf ma kerana kita terpaksa berjauhan namun jauh di sudut hati anakmu ini tidak pernah lupa kan mama..Kau lah ratu di hati ku..

Ni la mama saya yang always cool n steady..
Sama-sama lah kita bersyukur bagi yang masih memiliki insan yang bergelar 'IBU' di sisi kita.  Ketika hayatnya masih ade,sentiaselah kite berbuat baik dengannya. Gembirakan lah hatinye sebagaimana susahnye beliau memuaskan segala kehendak dan keinginan kita seperti di zaman kita kecil. Syukur Alhamdulillah pada Yang Maha Esa atas kurnia Cahaya Mata yang kau berikan padaku Dengan adanya si kecil ni, susah senang ibu menjagaku dulu kini dapat dirasai sendiri. Semoga momma Aqil sentiasa diberi petunjuk untuk mengasuh,membimbing serta mendidik Aqil sayang menjadi anak yang baik, taat pada yang lebih tua dan menjadi seseorang yang memberi manfaat pada semua..Aminnnnnn...

Adik Nik Muhammad Aqil


Ini pula kisah sorang lagi ibu yang tersangat lah baik hatinya. Menjaga anak2 nya dengan penuh rasa sayang serta seorang ibu yang berjaya dalam hidup kerana telah berjaya mendidik anak2 nya sehingga semua mereka berjaya dalam kerjaya masing2. Honestly, saye respect dia sangat2. Nak tau sape dia??????......N She Is My Mother-In-Law......a.k.a 'Maktok Aqil' laaa...even  she's my MIL but...the way she treat me as a 'menantu',membuatkan aku rase sangat senang dan selesa. She's like as my truely Mother..Mak...masakan mak memang terbaikkkk..Ramai org cakap menantu pompuan vs mertua ni selalunya tak 'ngam'..tp aku salah sorang yg sgt2 tidak setuju dgn statement tu...jangan la sesekali kita mencipta jurang dalam hubungan luhur sebegini, kerna akhirnya kita sendiri yg tdk akan dapat merasai nikmat kebahagiaan hidup berkeluarga..

The best MIL i have been found..yeahhh


Salam titik permulaan

Gambar Hiasan


Welcome to my corner.For the first time,blog ini berjaya dihasilkan.Dengan harapan di sini nanti dapatlah menambah kenalan di samping bertukar2 information yang berguna serta memberi manfaat. Pada rakan2 blogger, sudi kan la memberi sebarang komen dan tunjuk ajar bagi mengimprove dan memperelokkan blog sayaTerima kasih.....:-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute