Jerebu Datang Lagi


Assalamualaikum...

Alhamdulillah kita sekarang sudah menginjak ke minggu kedua bulan puasa. Moga moga Allah berikan kekuatan untuk saya sebagai ibu menyusu dapat berpuasa penuh untuk Ramadhan kali ni. InShaaAllah. So far setakat ni takde masalah dalam bab nak bf kan Asyraf. Saya cuma pastikan makan beberapa biji kurma setiap kali nak berbuka dan juga sahur pastu minum air bebanyak plus dengan pengambilan suppliment ESP dan Alfalfa. Dan saya percaya most of mom's out there yang bf kan anak anak mostly dorang pun berbuat sedemikian kan. Nawaitu tu paling penting. Kite kena yakin bahawa susu tu sentiasa ade for ensure that our baby tak terasa lapar.

Pagi tadi i got a whatsapp massage from my family. Kata nye keadaan agak berjerebu di sekitar Cheras. Ohoooo...lagi masalah jerebu. Patut la waktu kitorang keluar ke Bandaraya Melaka semalam pandangan tak berapa jelas nampak cam berasap jer. Memang cuaca kat luar rumah sekarang ni pun berjerebu. Berita terkini ade inform kan masalah ni tapi dengar tak dengar je so terus google bacaan terkini indeks IPU jerebu. Menurut sumber, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat bermula tengah hari Ahad, 21 Julai. Dan hari ni pun bacaan masih kekal dalam keadaan kurang sihat.

Selain Melaka dan Cheras, kat Pahang pun ade di beberapa kawasan yang IPU nye tak sihat especially tempat yang dekat ngan pantai. Ape pun dalam berita bagitau masalah ni tak lama berlarutan disebabkan angin monsun dan juga cuaca yang kering dan panas dalam sehari dua ni kan.

Harapnye kali tak lama dan kami boleh lakukan ibadat puasa ni seperti hari hari yang sudah InShaaAllah..

Akhir kalam....selamat berpuasa dan selamat berbuka









Blog Update!!


Salam Ramadhan...

Sekadar catatan harian di bulan puasa and this is my first entri by this month. Rajin terlebih agaknya hari ni nak up entri. Maybe sebabkan cuaca hari ni yang redup memendung, tak panas and my kidz yang dua beradik tu pun dah tido, jadinya baru la dapat layan semua ni dengan selesa.

Dan, Alhamdulillah...hari ke hari yang kita lalui sedar tak sedar dah seminggu kita puasa menahan lapar dan dahaga. Perkara perkara yang boleh batalkan puasa kita sah sah lah kita cuba elakkan yer dak..  Lazimnye bila berada di bulan seindah Ramadhan ni apa yang kita boleh nampak, ramai umat Islam berlumba lumba buat ibadat merebut pahala yang berganda ganda. Ibadat yang sepenuhnya menguji hubungan hamba kepada Allah. Rancangan rancangan yang disiarkan kat TV mostly banyak yang dah bertukar programnye kan. Lebih berkisarkan rancangan berbentuk Islamic. Jadinye, secara tak langsung mama mama yang tak kerja cam saya yang asyik duk ngadap tv 24jam dapat jugak tambahkan pengisian masa yang berguna tengok rancangan berbentuk ilmiah kan...

Since kita dah puasa seharian nak la bagi ganjaran pada diri sendiri dan family. Bangun sahur pikirkan menu untuk berbuke puasa. Lepas je buke posa fikir plak menu untuk sahur. Gitu la keje mama cam kita ni kan. Seboleh boleh nye nak serve kan sebaik hidangan untuk orang yang kita sayang. Saya suke kan program masakan cam Ketuk Ketuk Ramadhan. Berguna untuk saya bila dah mai kering idea nak masak. Kikiki...Lagipun terhibur tengok keletah Shila Rusly ngan artis artis jemputan masak. Satu lagi rancangan Rencah Tiga Rasa. Best tengok chef masak. Segala macam nak dilambungkannya. Bila sebut chef mostly mesti lelaki kan...even kat kedai makan pun banyak nye tukang masak dia lelaki...(Nampaknya 'papa' kena jadi chef la kat dapur 'mama'..mesti sedap kan..!!!)

Then..bila je buka my fesbuk...tu diaaa...berduyun duyun page online bisness yang buat sales, promosi bagai, harga durian runtuh satu hal. Betul betul tergugat jugak keinginan saya lebih lebih lagi page yang jual baju kurung moden. Terbaru sekarang ni kalut pakat duk jual kurung moden peplum tu haaa.. Memang cantik cantik lawa lawa semua. TETAPI.....bila di scroll kan price dia, mak aiiiiiii...tak de beratus dalam kocek alamak nye cuci mata je la saya...mahal sehh...!!!! (So, kalau jumpe yang harga below RM100 tu bole la beli. Kira murah la kan..kikiki). Jadi, in this situation, ape yang kena buat ialah pikirkan keperluan lain yang lebih penting la dulu. Saya berani kata bulan bulan macam ni mostly semuanya nak guna duit banyak kan...Betul ke tidak?????

Akhir kalam..sedari atau tidak bulan Ramadhan ni adalah bulan yang mengajak kita berubah sebetulnya kan. Kita ubah rutin hidup. Kita bangun lebih awal dari biasa tuk tahajjud, sahur, subuh. Kita tidak makan lebih 12 jam. Kita ubah rutin makan kita, dengan didahulukan kurma sebagai pembuka selera. Begitu juga dengan solat tarawikh. Dan saya percaya, ramai yang akan memperbanyakkan baca Quran. 

Sebaris ayat...."Kita semua boleh berubah dan...lagi indah jika berubahnya kita ini adalah kerana Allah..." 

Selamat berbuka buat semua muslimin muslimat yang berpuasa

Sekian,








Ramadhan Datang Lagi



Assalamualaikum sahabat...




Wahhh..nampaknya lagi dua hari dah nak start puasa. Alhamdulillah Allah panjangkan umur hingga ke hari ni dan semoga berkesempatan untuk sama sama jalani ibadah puasa di bulan Ramadhan satu bulan yang teramat mulia. In shaa Allah...

Alhamdulillah jugak tak perlu ganti puasa untuk Ramadhan yang lalu. Sebabnye waktu tu tengah preggy kan Asyraf dan dapat gagahkan diri puasa penuh sebulan. Untuk Ramadhan kali ni wallahuaklam la..

Ape plak kisahnya mama mama sayang kat luar sana tu..dah habis 'bayar hutang' ke? Ape pun semoga kita semua dapat mempersiapkan diri menyambut puasa dan melakukan ibadat dengan sebaik baiknya. Sama sama la kita merebut peluang dan ganjaran Allah seikhlas hati.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute