Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Masak Rendang Daging Ibu Mertuaku

Salam semua..bagi saye surirumah sepenuh mase ni,bangun pagi 1st thing yang kena fikir ialah ape menu best masak untuk makan tengahari bersama family terchenta...tapi rutin saye mesti tanya dulu en.hubby saye ape yang dia rase nak makan esoknye...so semalam dia request nak makan daging ala-ala ibu mertuaku selalu buat. Sian en.hubby saye rindu masakan ibu nye. Lama sangat tak balik Cheras rentetan kerja yang tak berkesudahan. Jadi, saye sediakan lah permintaannya hari ni. Pada kawan-kawan, ibu-ibu dan juga suri di luar sana boleh berkongsi menu ni kalau nak cuba..Jom kita ke dapur..- - - >

Rendang daging ibu mertuaku
Bahan- Bahan: (hidangan 2 orang makan)

Daging
3biji bawang putih (blend)
3biji bawang merah (blend)
Sedikit halia (blend)
Kunyit (blend)
1sudu jintan manis (blend)
2 atau 3 batang serai
Asam keping
Kicap pekat
Gula dan garam secukup rasa

Untuk membuatnya tersangatlah mudah dan simple. Gaulkan daging bersama bahan yang di mesin tadi dan perapkan selama 1jam. Panaskan minyak terlebih dahulu. Tumiskan serai sehingga naik bau. Kemudian masukan daging yang diperap dan tambahkaan sedikit air dan masak sehingga daging empuk. Then masukkan kicap pekat serta asam keping dan biarkan sampai masak. Ok dah pun siap..Ready to serve..Selamat mencuba!!!

Kari Daging Selera Kampung

Lewat tengah hari ni baru lah sempat membuka dan menggodek-godek blog ni untuk mengedit mana-mana bahagian yang patut. Segala kerja rumah dah pun selesai dikerjakannya..dan sekarang hanya tunggu nak masak saje ni.

Dalam duk fikir-fikir menu ape la nak dimasak hari ni, then terbau-bau pulak kari daging orang sebelah. Jadi lah hari ni hari memasak kari daging sedunia..hehee..Sayang mama pun tengah syok tidur ni. Masa yang paling tenang untuk bersilat di dapur..Lets enjoy our cooking..:-)

Kari daging Masakan Mama


Ni la dia hasil kari daging selera kampungku. Nampak sedap kan. Kari ni diperturunkan dari air tangan mama ku. Sampai sekarang hanya ikut resepi dia jer tapi tak lah setanding dan sesedap air tangan mama. Ape pun mari cuba resepi ni dulu yer..

BAHAN-BAHAN

1biji bawang besar (blend)
3biji bawang putih (blend)
1inci halia (blend)
2sudu besar cili yang dimesin
3sudu serbuk rempah kari daging
2tangkai daun kari
3/4 santan pekat
2biji ubi kentang
3cawan air
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula

Cara nya mudah saja:

Panaskan minyak,tumis dan tumis la cili yang dimesin tadi hingga garing. Kemudian masukkan bahan-bahan yang diblend. Masukkan rempah kari (bancuhkan dengan sedikit air) serta daun kari tumis sehingga pecah minyak. Masukkan pula daging dan rebus selama 10minit. Masukkan kentang @ carrot dan masak lagi lebih kurang 15min. Masak hingga daging hampir empuk dan baru lah masukkan santan. Masak hingga mendidih. Selalu lah kacau supaya kuah tidak melimpah. Bila dah mendidih masukkan garam,gula dan asam jawa. Kepekatan gulai tu terpulang pada citarasa masing2 yer. Dah pun siap...Ready to serve..Selamat mencuba!!!

Apam Polka Dot

Apam Polka Dot sedap dan enak di makan..nyumyyy

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jom sama-sama kita kongsi resepi membuat apam polka dot ini. Dengan rasanya yang lembut ditambah lagi dengan corak dan warna yang pelbagai menambahkan lagi selera untuk menikmati apam ini. Bagi yang pertama kali ingin mencuba resepi ini, jom lihat di bawah ini ;

Bahan-bahan ( 15-20 biji )

  • 3 biji telur sejuk-dr peti ais
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
  6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...
  7. *Cara sendiri-pukul telur dulu, pastu masuk gula dan ovalette. Last tepung yang telah di ayak dengan baking powder...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute