Kami Nak Balik Dah


Assalamualaikum...

Hari ni dah Khamis 28.3.2013. Means that almost 2 weeks KAMI kat sini. Fuhhhh...lama nye... Petang semalam en. Suami saya balik. Yepiiii.... Boleh la hero hero saya jumpa papa diorang setelah berminggu minggu ditinggalkan.

Dah tentu banyak benda yang nak dikemaskan bila balik Melaka nanti. Acecehh...budget cam la barang tu banyak bertimbun. Tak banyak pun penat nye still terasa  mau berhari hari baru gerenti beres. Tapi takper. Itu dah memang kerja saya. Ngeee...

Terima kasih kat mak dan juga abah kerana menjaga serta melayan kami bertiga dengan sebaik baik sekali layanan yang diberikan. Especially penat lelah wan dan mak tok melayan karenah Along yang macam2 perangai nye tu. Nakal nye Along tak terjangkau dek fikiran kan mak.. Haisyyy..sabor je la kan.. Yang best nye, sesampai je abah balik dari keje, uniform pun tak sempat tukar lagi terus dibawanya cucu sulong wan naik keta pusing taman kejap. Sanggup tu Semata mata nak puaskan hati cucu.

Dapat pula cucu yang jenis suka gigit. Sampai lebam la lengan mak tok nye dia gigit. Habis semua orang dia buat tanda.. Kesiannn.. Mak tok siap nak claim insurans lagi ngan papa.. Habis laaaa...

Berlama kat sini, rasa terlalu banyak menyusahkan mak abah. Abah baru balik hospital ngan mak pula baru habis belajar keta sampai sampai rumah terus bawa Asyraf pi cucuk kat Klinik Keluarga hari tu. Fikirkan cucu sampai tak hirau kan penat lelah.

Mak dan abah memang sangat sangat prihatin plus penyayang orangnya. Susu Along baru tinggal separuh je mak dh cepat cepat belikan yang baru. Sama hal gak ngan pampers bebudak dua orang ni. Dah boleh buat stok untuk sebulan dua okay la kan. Ngeeeeeee.... Syukur Alhamdulillah dikurniakan dan dikelilingi insan insan penyayang serta baik hati plus ngan spoting moting macam mak abah sekeluarga. Abah mertua, mak mertua, adik bradik ipar serta biras dah macam Keluarga sendiri. Langsung tak rasa janggal bila duk dalam family dorang.

Tengah tengah hari satg KAMI pun nak balik dah la. Along da tak boleh gurau senda ngan wan dan mak tok lagi. Selalu selalu la datang rumah KAMI nanti yer. Mak.. Abah..halal kan segala makan minum kami selama kami check in kat sini tau..





Blog vs Smartphone. Ada Sesiapa Boleh Tolong?


Assalamualaikum...

Entry ni sebenarnye lebih kepada entry untuk meminta bantuan.

Saya ada sedikit kemusykilan berkaitan dengan alat alat gajet vs IT. Citer nye macam ni.... Dalam gallery phone saya tu ada tersimpan gambar gambar yang di snap samada secara sengaja atau tidak sengaja. That is normal la kan.. Tapi yang abnormal nye, segala gambar yang dah terupload di blog Kisah Kami ni pun duk ada sedia dalam tu jugak. Sekarang ni pun kalau saya buat entry bergambar, on the spot terus masuk ke gallery phone saya tu. Satu hal plak phone saya jadi berat bila nak loading. Jadi, sebarang entry Bergambar terpaksa di KIV kan dulu buat sementara waktu.

Tak tau la mana silap nye masa setting phone hari tu. Nak pegi kedai tanya kan hal ni pun tak berkesempatan lagi sekarang. Since ada kemudahan berblog macam ni mungkin boleh di tanyakan dulu   kalau kalau ada antara blogger kat sini yang arif tentang connection between blog (IT) dengan smartphone ni ke kan..

Jika ada mana2 pakar IT atau sape2 yang tahu pasal ni, andai korang terbaca la entry ni boleh tak tolong saya selesai kan masalah ni...

Sekian.. Wassalam





Tengok Cermin Rasa Cuka??


Assalamualaikum...

Sape sini suka tengok cermin??? Selalu nye perempuan la kan. Woman and the mirror ibarat isi dengan kuku i guest. Berdasarkan pengalaman sendiri jugak. For example me and my hubby. Kitorang kalau nak keluar mana mana, my hubby bersiap punya la cepat. Mana tak nye dia just amik t-shirts n long sleeve pastu sikat rambut then taruk perfume sikit2 terus start keta. Cam saya lak bercermin bila nak pakai tudung. Comel memang tak comel la jugak. Just nak tengok kalau kalau tudung senget sebelah ke tak je pun. Then sapu bedak walaupun ala kadar cermin mesti kena tengok. Tak gitu??? Kang muka dah bercorak jadi bahan tawa orang tak ke malu tu....

Tapi ramai jugak lelaki yang betul betul jaga penampilan, bila dah menghadap cermin kalah kan kita orang perempuan.. Sory to say kalau statement ni menyinggung hati dan perasaan kaum Adam.

Pernah tak bila tengok cermin rasa muka lawa sesangat. Hehe.. Budget comel ler tuuu.. Once tengok kat cermin lain dah tak se 'cute' tadi. Pandai cermin tu tipu kita kan..

Kalau nak cermin muka di kediaman kita bersih dan berkilat sentiasa, saya ada jumpa satu tips dan mungkin boleh dikongsikan di sini. Ambil satu sudu cuka pastu campurkan la dengan sedikit air dalam bekas penyembur tu. Dah tu sembur cermin dengan air cuka tadi. Guna kain yang lembut dan tak berbulu untuk lap cermin tu hingga berkilat.

Akhir kata...Cermin diri hiasi peribadi...renung renung kan la... Selamat beramal..

Wassalam...



Nak Join Segmen Tapi Tak Boleh!!!


Assalamualaikum...

Asal buka blog buka dashboard baca reading list, ramai blogger yang buat segmen macam-macam style. Tapi nape time ni? Time yang betul-betul tak mengizinkan saya utuk join sama korang.

Ada segmen yang menarik dengan terms and condtionnye yang very very the simple yang tak menyukarkan tapi still tak boleh ikut serta jugak buat masa ni.

Especially segmen bloglist. Kalau dulu once ada segmen bloglist, memang nak sangat-sangat join tapi sebab blog saya pada masa tu ada masalah link, so just ignore je la. Bukan apa, rasa cam tak confident bila blog masuk bloglist depa tapi yang ada cuma nama blog. Bila tajuk entry terkini takde,  orang tak tau latest update kita apa. Tak best la kan. Dah puas tanya orang macam mana nak buat tapi ramai yang tak tau kat mana punca nya. Blog pun rasa tak complete je sebab kan masalah tu.

But now...problem tu sume dah pun settled dengan bantuan mr.google jugak. Baru tau rupa-rupanya masalah ni ada kaitannya dengan feedburner sebenarnya. Dah setting semula kasi elok so dah boleh la join mana mana segmen bloglist korang.

In Shaa Allah...sikit masa lagi saya akan join mana-mana segmen yang korang anjurkan oke... Lagi bagus kalau ada yang sudi tag saya in case saya tak tau atau tak perasan segmen korang ker kan...



Mood; tak sabar nak pindah masuk rumah baru. Lambatnyeeeeee.....

Siapa Blogger Melaka Kat Sini Ekk???


Salam...

Beberapa hari menyepikan diri kini KAMI kembali lagi. Kembali meneroka cerita khabar gembira suka duka seisi blogger maya di sini.

Since 15 mac hari tu kitorang balik umah mak kat Cheras until now pun kitorang masih lagi kat sini. Terasa lama dah sangat walhal baru beberapa hari tinggalkan rumah lama rindu la plak. Rindukan jiran-jiran yang baik hati,peramah dan cepat mesra. Rindukan suasana taman tu yang aman untuk budak-budak kecil bermain depan umah setiap petang. Entah dapat merasai lagi ke tak suasana macam ni kat tempat baru nanti pun tak tau lah. Hopefully segala nya lebih baik dari dulu. Kalo takkkk....i'm gonna miss that place..

Husband kat Melaka kitorang plak kat Cheras, jadi saban hari la kami saling merindu. Ececehhhh..romantik kan??? Every day every night my hubby called tanyakan khabar orang terchenta. Topik hangat perbualan kami buat masa ni pasal rumah yang nak disewa. Tempat yang kitorang nak tinggal nanti area Serkam. Susah gak nak dapatkan rumah kat kawasan tu.





Since a few days we were here, Along la the only one yang tersangat la rajin. Rajinnye tu sampai tahap rumah yang cantik kemas clean n clear habis berselerakan. Mana yang tersusun berterabur habis dibuatnya. Haha... Kesian Mak Tok ngan Wan dia. Angkat tangan surrender depa kat Along sorang ni.. Gitu punya kuat la penangan cucu sulong depa...




Nasib si adiknye Asyraf ni masih kecik lagi.. Kalo tak, mau tunggang terbalik umah Wan n Mak Tok depa. Dah dapat cucu hero, layan aje laaa kan. 2orang ni je la cucu intan payung kesayangan.. Coming soon bulan 9 ni. Bakal sepupu Along Aqil dan Asyraf...

Agak-agak ada tak blogger kat sini orang Melaka yang tinggal dekat-dekat area Serkam???? Tau ade mana-mana rumah untuk disewa boleh tolong inform kat saya yang sedang mencari ni yer..

Sekiann..

Blog Kisah Kami Berehat Seketika


Salam semua...

Tengok pada tajuk tu macam la blog ni hebat sangat kan. Saja la tuuu.. entah-entah nak cari publisiti murahan kot???? hehe. Sebenarnye tak betul pun sume tu. Saya tak hebat sebab saya orang biasa-biasa yang bukan luar biasa.. Dan bukan juga nak kejar dunia glemer..

Minggu ni minggu paling sibuk tahap dewa. Alahaiiii...dewa la sangattt.. Sibuk pasal apa?? Pasal KAMI mau pindah. Pindah ke mana??? Nak tau,tengok citer Hang Tuah..

Citer pasal pindah, mula-mula memang suka. Satu nye duk sini jauh ngan famly sedara mara. Selalu 2 3 kali pikir lah kalau nak balik. Kesian kan en.suami nak drive jauh jauh. Anak-anak pun penat sama. Mama dia??? Enjoyyy..sleeping. Haha..

Tiba masa nak kemas barang mak aiii..hilang rasa suka, letih plak yang datang. Kalau bujang senang, angkut je kain baju. Ini segala mak nenek ada. Masa datang sini dulu bawa kancil jer. Barang barang pun muat2 tu je la. Sekarang?? Siap lori 3tan tuuuu...acecehh..budget cam banyak giler barang tu kan..hehe

Jadi kawan kawan....hari ni hari terakhir saya kat sini. Dan blog KISAH KAMI ni pun akan senyap untuk sementara waktu dan akan kembali segar seperti sediakala bila keadaan dah clean n clear okee...

Harap sangat korang tak lupa kan saya dan blog KISAH KAMI ni dalam masa hibernasi nanti yer.



Sekian...







SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BERSAMA ENTRI MAMA


Assalamualaikum,,,


Di kesempatan yang ada ni,,,saya nak join segmen SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BERSAMA ENTRI MAMA. Owner segmen ni sebenarnya one of my BFF di blog saya. Hehe.. Dapat tau segmen ni dari ain sendiri dan juga Aini. Ehhhhh??? Nama kita ni sama je 3orang ni kan..Apa pun,,,tu sume kebetulan...kan???



Oke ain...
Maka dengan ni,,,,saya join segmen ain yer..



Klik ENTRY MAMA ni kalau korang nak join oke..

Saya tag semua BFF saya di sini.. Kita saling support sesama kita yer..

Oke ain..

See u again..Bye.. 


Senarai BFF Terbaru Di Blog Kisah Kami


Bismillahirrahmanirrahim,,,

Assalamualaikum... Tak jawab DOSA.. Kalau jawab dapat PAHALA...

Dengan segala hormatnye di sini saya senaraikan nama-nama berserta blog masing-masing yang telah sudi menjadi sahabat karib saya baru-baru ni. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.. (skema giler ayat ni kan???hehe..)

  1. Mar Haini Abdul Rahim (✿ belog JCB ✿)
  2. aiin baharom. (Entri Mama)
  3.  Paly. (Blog Paly)
  4. deno. (DayangDeno)
  5. mizzniya. (~D.R.E.A.M.S~)
  6. Fakhruru. (FakhRuru)
  7. Eyqa Hasnan. (Eyqa Hasnan)
  8. NUR HAFIZAH. (BabyMonnster)
  9. CIK FAFA. (CONTENG CONTENG FAFA
  10. Qiela Azman. (Qielazman's Life !
  11. aien hermionie. (aien hermionie)
  12. Mazelina Zaini. (Mazelina Zaini™)
  13. Jambu Batu. (Jambu Batu)
  14. Miss coretan hati. (CikBai)
  15. fieda. (♥ Fieda ♥)
  16. (•*¨*•Duniaku Vanilla•*¨*•)
  17. Mieya Atiera. (! Mieya Atiera !)
  18. izan mama mia. (Mia DuniaKu)
  19. Iha Zaliza. (Bila Budak Banyak Bebel Buat Bising)
  20. Cik Mira. (// Cik Mira's BLOG //)
  21. Syahira Adisa. (Syahira Adisa)
  22. ~IraNur~. (~#ApamGemok#~)
  23. NugRuL SakuRa. (NugRuL SakuRa)
  24. heirizalieyana. (celoteh si gadis kidal)
  25. Diyan Hani. (MIZ RIZHANI)
  26. Maisarah Aisya. (ღ MiNe fOrEvEr ღ)
  27. Nurul Yuyu. (♥DIARI♥ONLINE♥NURUL♥)
  28. Qaseh Qistina. (:: ♥ QesahQaseh ♥ ::
  29. Nasuha Arina. (✿ Tatkala Aku B'Inspirasi ♥
  30. are_lin@yu. (!n! CeriT@ @yu ;-)
  31. Intan Akma. (ChRoNicLeS oF mY LiFe)
  32. dhia adawiyah. (Dhia Adawiyah)
  33. Love and Colourful life. (Love and Colourful Life)  



In Shaa Allah..dengan ada nya BFF saya ni..blog KISAH KAMI ni tak kan sunyi lagi dengan update-update terkini korang. Saya akan senantiasa datang lawat korang yer.

Cuma satu jer.... ada tak antara BFF2 saya ni yang sedar akan kewujudan KISAH KAMI???? Apapun salam ukhuwah salam persahabatan untuk semua...


Wassalam..


Blog Kena Remove!!!!


Assalamualaikum,,,

Pagi ni dengan gigih semangat nya buka desktop. Nak pakai laptop memang dah tak boleh. Hancur segala button-button dah macam budak kecik gigi rongok lak rupe nye. Tu sume hero sulong saya punya pasal. Last-last jadi mainan dia aje laaaaa...

Macam biasa blog kena wajib sign in setiap hari. Hari ni cadang nye nak ubah la certain certain part kat sidebar tu. Before tu pegi jalan-jalan lawat blog ke blog sahabat karib (MY BFF) baru saya. But then,,,tengah asyik baca update terkini diorang, once bila nak komen entry mereka terus diminta sign in masukkan password.. Apa ke jadah nye tadi kan dah sign in!!!! Dah tu takpe la..ikut je arahan mr.GOOGLE. Sekali try tak dapat masuk. Try lagi still tak leh masuk gak..Pelik???? Salah masuk password ker???? Haisyyyy..Berkali-kali try pun degil macam tu la jugak....!!





Tiba-tiba....nahhh hamikkk koooo.. "SORRY, YOUR BLOG HAS BEEN REMOVED"... Sudahhhh..bila masa lak saya delete online diary kesayangan ni??? Cuak giler masa tu. Terbantut segala kerja masak memasak untuk lunch hari ni. Nasib baik en.suami balik kata nya masih lagi kenyang.

Terus minta bantuan pakar Cik Sha kita tu.. Then dia bagi link in case kalau blog saya tu terkena virus yang macam-macam datang suka nak buat kacau.. Sadis nye link tu tak membantu sebabnye dashboard kemas terkunci..haha


Just amik gambar ni kat en.Google. Malas nak printscreen. Ni dashboard yang lama dulu, lagi best dari dashboard sekarang..kann???

 
 


Benda pertama yang saya paling-paling risau pasal Follower. Even angka nya tak cecah ribu riban tapi, amat-amat la berterima kasih pada mereka yang sudi berkawan dengan saya. Saya menghargai semua mereka yang ada..Kalau blog ni tak dapat balik...tak dapat la nak jejak kasih ngan korang lagi kan... hurmm... Sedih tak???


Nasib baik la masa setup blog dulu ade masuk kan no phone in case ade problem macam ni senang la google nak cover balik kan.. Salah satunye alternatif laaaa. Dalam masa tak sampai 5minit je pun google dah bagi verification code. Terus dapat recover balik blog KISAH KAMI ni. Syukur Alhamdulillah..lega yang amat rasa..

Back up plan yang saya perlu mesti kena buat lepas ni nak buku kan all the old old old entry zaman mak nenek kirun mirun sejak dari mula berblog dulu-dulu. Selamatkan kisah suka duka yang terselit sekian lama di sini.

Ni lah kisah yang paling menakutkan saya selama menulis kat my lovely online diary... Harap sangat benda ni tak berulang lagi. Wahai mr.Google...please don't ever make 'onar' lagi lepas ni tauuuuu.... nerves i !!!

Sekian,,,




Zikir Dulu Sebelum Masak


Assalamualaikum...


Setiap masakan dari air tangan ibu kita mesti sedap kan. Tak perlu ke hotel bertaraf 5 6 7 bintang bagai sekadar nak makan menu yang best2.. Pastinya, tak leh lawan masakan mak kita jugak.. Biarpun bermenukan ikan masin je pun, makan mesti bertambah-tambah.. (Ni yang rase nak balik kampung on the dot nih...hisyyyy!!)

Dulu...masa baru-baru kawin kan, memang kalau bab masak memasak ni saya failed.. (Tu ler..masa belajar ma ajak ke dapur tak nak..bila dah kawin tak ke nyesal tak sudah tuuuuuu!!!) Pegi rumah keluarga mertua baru la tak senang duduk. Hamikkk kooo..

Mostly setahun lebih tinggal ngn famly in law, kena la selalu buat-buat rajin masuk dapur kan. Bila dah hari2 duk berchit-chat ngan mak, tanya respi tu respi ni dah tu lama-lama pandai la..

So far, Alhamdulillah....dapat En.Suami yang tak terlalu cerewet bab-bab makan ni. Apa yang saya masak, dia makan. Sedap ke tak lain cerita..haha.. Apa yang penting,,,masakan tu dari air tangan ku sendiri.

Kalau dulu masak ape-ape pun main tibai je. Bila dah masak untuk keluarga sendiri mesti nak yang sedap untuk santapan dorang kan. Dalam majlis-majlis ilmu selalu bagitau bahawa dengan zikir serta niat yang ikhlas apa kita buat In Sha Allah menjadi...




"....BERZIKIRLAH WALAU HANYA SEPATAH KALIMAH..SELAIN MASAKAN YANG DIMASAK TERASA ENAK, KITA PUN SAMA-SAMA PEROLEH GANJARAN PAHALA----->"


Sudi Tak Jadi Rakan Bloglist Saya...?


Assalamualaikum...

Hampir setengah hari asyik tatap blog sendiri. Tiba-tiba mindset ku berkata-kata dalam diam.."Jom kita kumpul blogger banyak-banyak nak..?" So, saya pun seraya menjawab.."Jom..." 
-
-
-
-
-
v
Hai korang..tah ape-ape pendahuluan esei kat atas tu kan.. Cikgu check confirm kena reject..haha..
Entri ni dibuat atas beberapa sebab. Firstly, nak tambah kenalan alam maya. Terpikir jugak berapa ramai agaknye yang ade blogspot kat Malaysia ni ek..

Secondly, senang untuk saya jejak menjejak korang di bloglist saya. Kira nye ada yang sudi, blog-blog korang la yang mula-mula sekali saya akan terjah tiap kali saya buka blog sebab dah tersenarai kat situ. Memudahkan saya baca update terkini korang.

Thirdly, dah tak perlu minta izin ngan owner blog untuk letak dalam bloglist saya. Ini kadang tu owner tak tau pun blog dia di bloglistkan dalam certain-certain blog. Betul tak korang???

On the other sight nampak cam entri bersegmen la plak. This actually open for those yang sudi jadi sahabat karib saya di sini...Tak berani nak buat segmen or giveaway coz i'm not a glemer blogger. Apatah lagi blog saya tak sehebat blog2 korang yang awesome tu.. Yang betul nye takut takde sambutan...haha...

Maka dengan ini...saya sebagai owner blog ni menyeru pada yang sudi dan berminat jadi rakan bloglist saya boleh tinggalkan link url blog korang di ruangan komen. Nak jerit kat shoutbox pun bole..okeee...






Hepi Besday Sweetheart


Assalamualaikum...

Entry ini saya tujukan istimewa buat suami tersayang bersempena hari ulangtahun kelahirannya...,,,



Dear papa,
Actually mama tak tahu mana satu yang harus didahulukan. Terlalu banyak perkara bersarang di lubuk fikiran menyentapkan segala luahan rasa mama di sini.. Tapi mama cuba tuliskan sebuah entri dedikasi yang terbaik buat papa..oke..???

Tanggal 5 March..satu tarikh yang sentiasa dinanti-nanti dan tak pernah mama lupa..

First and foremost,,, mama merangkap suri di hati papa mengucapkan Selamat menyambut hari lahir yang ke......berapa dah ek papa???? Tambah tolak darab bahagi.....papa sekarang dah menjangkau ke angka 3 siries rupa nye... Did u know that!!!! Opssss..papa je ke??? Turn mama tak sampai lagi. So, i'm still young oke...

Dalam kesibukan papa kerja tak terasa umur dah meningkat lagi.. Anak pun baru dua. Isteri plak selamanye hanya satu...kan papa. Adapun selama lebih kurang 4 tahun kita sama-sama melayari bahtera rumah dan tangga ni..banyak suka dan duka yang dah kita lalui. Proses kenal mengenali masih dan sentiasa akan berjalan seiring dengan usia perkahwinan kita.

Dalam tempoh waktu ni papa banyak bersabar melayan peel kerenah mama yang mungkin tak terjangkau di fikiran papa. Agak-agak kan papa...mana lebih banyak? Peel baik kah atau tak berapa baik kah yang ada dalam diri mama ni... Jawapan tu papa simpan dalam kocek baju papa diam2 ek... Adepun mama minta maaf dari hujung kepala hingga hujung telapak kaki jika ada tersalah silap perilaku terkasar bahasa budi pekerti... (u allsss...bukan nak raya je kita bermaaf maafan bagai okee...harus kena ingat ni tauuuu..rahsia rumahtangga bahagia...)

Imbas balik masa kita couple2 dulu... Once bila besday papa dah dekat, mama pergi la ke pekan koboi survey2 hadiah, harus lah kena ade kad nye sekali. Dah jumpa hadiahnye tapi yang biase2 je harga. Nak carikan yang mahal tak pula mama mampu beli. "...ore ssekin make ssekut naik ssikal g ssejid...". Macam tu la mama lebih kurang. Namun jauh di sudut hati mama, mama mahu berikan yang terbaik untuk orang yang mama sayang di hari jadinya biarpun pemberian tak semahal mana....

Alhamdulillah...kita masih boleh meraikan besday papa sama-sama lagi tahun ni ditemani comel-comel kita si hero Aqil dan Asyraf yang hensem kacak bergaya tu.. Sekali lagi mama minta maaf teramat sebab takde special besday gift untuk papa..Kekangan yang mama hadapi sememangnye papa pun tau kan.. Nak buat surprise candle light dinner pun,,,bak kata papa..."beli je nasi goreng kampung, bawak balik taruk dalam pinggan dah la...".. Gitu la papa...



Jadi...nahh,,,untuk meraikan besday papa tahun ni...mama dengan gigih usaha nye bersilat di dapur kita tu buatkan sebiji kek vanilla cokelat yang sedap untuk papa..habis dah comot baju ngan muke mama ni...tapi mama tetap comel di hati papa kannnn...ececehhhh..budget gedikkkss ler tu...

Papa...
Hanya sebuah doa yang mampu mama hadiahkan untuk papa...

" Ya Allah...Kau berkatilah dan rahmatilah suamiku dalam setiap urusannye Ya Allah..Murahkan lah rezeki ke atasnya. Lindunginye Ya Allah dalam setiap perilaku dan perbuatan nya. Tetapkan lah imannye dalam mengamalkan suruhan kewajipanMu Ya Allah serta Kau berilah dia umur yang panjang agar dapat kami sama-sama merasai nikmat pemberian dari Mu Ya Allah..Aaminn Ya Rabbal alaminnn.."

Semoga dengan bertambahnye bilangan usia ini akan lebih mengeratkan hubungan kita sekeluarga...InsyaAllah..
Papa..sila baca nota cinta mama buat papa kat---------->  SINI



****WE LOVE YOU PAPA****


Kisah Romantis Yang Diromantika #1


Assalamualaikum...


Terasa nak buat entri panjang-panjang hari ni. Minta maaf kalau ade reader(s) yang tak suka kan entri berjela. Tiada paksaan untuk teruskan atau hentikan bacaan kalian...oke..? Ni citer KISAH KAMI...di mana, antara dua hati menjadi satu. Jadi saya taip kan posting kali ni dengan penuh rasa kasih sayang seikhlas hati...

Buat Suamiku...,,,
Akan ku abadikan titik sejarah penyatuan kita di sini hari ini tika dan saat ini. Gelaran Papa dan Mama akan digunakan sebagai ganti diri kita sepanjang menaip entri ini..oke..?

Suamiku...,,,
Bermulanya takdir pertemuan dan perkenalan kita sejak dari zaman persekolahan, walaupun berlainan tempat belajar. Waktu tu kita sama-sama akan ambil exam UPSR. Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah gerak kan hati Pak Cik Sedara mama daftar kan mama masuk ke kelas malam di kelas yang sama dengan papa. Sebagai student baru kat situ, of coz la rasa cam malu-malu miowww je kan. Ye la...berada di tempat baru dan tak kenal sape-sape, kawan baru, cikgu baru, suasana baru...Segala ke 'baru' an ni buat diri terasa janggal yang amat sangat di situ. Seriously... i feel so lonely. Tapi untuk beberapa hari saje. Once bila dah hilang rasa malu, emmm..rasa cam kelas tu 'ana' yang punyaaaa...yuhuuu..

Masa tu dalam 1st 'trimester', mulanya papa buat-buat tak tahu jer. Macam tak sedar je akan kewujudan mama kan...!!! Gitu la papa...Bila dah masuk 2nd week..kitorang belajar cam biasa. Mama pula dah makin seronok sebab kawan-kawan mostly very friendly ngan mama.. Papa pun dah mula tunjuk 'act' yang sebenar dah. Tapi mama tak kisah.. Satu malam, papa pakat ngan member dia. Motif sebenar papa buat macam tu tak pula mama pasti..Mungkin nak kena kan mama takkkk... Alih-alih papa yang terkena..haha.. Kesian...

Suamiku...,,,
The BEST the SWEETEST moment masa tu.. Papa selitkan bingkisan cinta dalam meja mama. It's like more than a surprise la gituuuu.. Tapi disebabkan laci meja tu punya la bersepah tahap gaban so mama tak jumpa surat cinta papa tu. Rasa tak puas hati nak tau jugak ape bende nye yang papa kasi tu, sepanjang cikgu mengajar mama duk selongkar habis-habisan... At lasttt..taraaaaaa....what a sweet surpriseeeeed here....!!!!! Tak pernah2 orang kasi love letter kan...mesti la sukeeee...



 Haaaa...cute tak nota cinta kita...comel kan..kan..kan.. Jangan tertipu.. Ini kita ambil kat mr.Google je laaaa.. Yang real punya laaaagi cantik dari ni kan papa...

Suamiku...,,,
Tah kenapa time tu mama jadi blur.. Apa kawan cakap mama ikutkan ajeee..rasa cam 'tak berapa pandai' pun ade...dah macam orang kena pukau. Terkejut gaya orang kena renjatan elektrik cam tu la mama masa tu dapat nota cinta. Dorang cakap macam ni..."Bagi jer kat cikgu surat tu.." Mama pun tak tau ape tujuan dorang.. Malam tu kelas matematik. Lepas je buat kira-kira kat papan hitam, berjalan terus ke belakang kasi kat cikgu nota cinta dari papa. Satu kelas kehairanan ape ke situ lak mama pegi kan...

Tamat je kelas malam tu, once sume dah balik papa dipanggil oleh Cikgu Nik Mat. Mama masa tu sembunyi-sembunyi dibalik pintu intai papa. So malam esok nye mama tengok papa berwajah baru dengan berkopiah bagai... Baru lah mama tau, papa rupa nye kena warning ngan cikgu semalam...haha.. Kesiannye.. Sorry yer papa. Mama tak tau ape-ape masa tu. 

Hari-hari yang berikut nye..kami berkawan dan terus berkawan. Tak tau kenapa, mama suka sangat intai-intai papa. Apa yang papa buat mama teringin sangat nak tau. Tiap-tiap malam habis je klas, mama mesti tengok papa balik berbasikal dengan kawan-kawan papa..Rasa sweetttt sangat.. (alamakkkkk...terlebih sudaaaaa...)

Bila dah exam makin dekat, kitorang pun makin sibuk buat revision..masing-masing fokus study. Zaman kegemilangan kita pun cam silent mode la kejap..hehe..Friend is friend but..studies should be the first. Am i rite dear....??



Our 2nd trimester apabila kita dah naik sekolah menengah, masih lagi sekolah yang berlainan tapi kami always keep in touch youuuuu... Siap ada posmen lagi sebagai intermidiary kitorang. Kawan kitorang la jugak. Jadi melalui dia la kami sering berutus surat bertanyakan khabar.

Our 3rd trimester apabila mama sambung diploma papa pulak buat degree. Sekali lagi kita belajar di daerah yang sama berlainan tempat cuma pagar dan tembok yang memisahkan kami. Even jaraknye terlalu dekat, sekalipun kitorang tak pernah jumpe apa lagi nak berdating bagai... Cam tak caya je kan papa. Henset mama cap ayam ni je la sebagai alat komunikasi kami. Sampai satu masa mama dah nak habis belajar kat situ...tunggu masa nak blah jer baru lah kami keluar bertemu muka setelah sekian lama kami menuntut ilmu.. Tak sia-sia la MARA taja mama study for 3 years kat situ kan.. Biasiswa yang mama dapat mama manfaatkan sebaik-baiknye sebab tak nak susah kan ma kat kampung.

Cinta jarak jauh betul-betul menguji kesetiaan, kejujuran,keikhlasan serta kepercayaan pada tiap pasangan. Hanya pasrah dan doa yang berterusan pada Illahi mampu mama buat bila kali ni kita betul-betul berjauhan dipisahkan sempadan-sempadan negeri. Mama di Sintok, Kedah meneruskan perjuangan sebagai degree student tuntut ilmu yang tak pernah sudah since papa plak kat Kelantan bekerja demi memenuhi tuntutan alam.. Berdepan keadaan macam ni, saling mempercayai antara kami sangat la penting. Kan papa....???? So far Alhamdulillah..kami dapat harungi dengan jaya nye.. Dating bila ada semester break aje la.. Bercinta tapi jarang jumpe mmg sweettttt sangat.. Rasa cam manis-manis lolipop gitu...hehe. Selalu jumpe sangat pun tak best gak... Manis nye kurang bhaa.. Hari-hari yang kami lalui bertemankan kejujuran akhirnya membawa kemanisan saat bercinta...


Begitu la berakhirnya kisah kami berdua untuk tiga trimester... Masa kami muda mudi dulu la.. Kisah romantis yang diromantika ini akan mama sambung lagi yer papa. Next entri kisah kami bertiga dan berempat akan ambil tempat di page mama ni...
-
-
-
-
v
To be continue.....


Tips Kuruskan Badan Selepas Bersalin


Assalamualaikum...

Salam sayang all....mommies out there risau tentang bentuk badan selepas bersalin? That is normal....selepas melahirkan mesti kita akan berfikir untuk kembalikan bentuk badan ke asal dan supaya baju-baju lama masih boleh dipakai. Terdapat banyak tips atau petua untuk kuruskan badan secara moden atau tradisional selepas bersalin.

Ingin kekal langsing?
Dalam budaya masyarakat Melayu, wanita bersalin yang sedang berpantang hanya dibenarkan makan makanan yang tertentu sahaja. Ini kerana, menurut petua orang tua-tua pemakanan yang baik ketika berpantang dapat menjamin kesihatan tubuh yang lebih baik di masa hadapan, terutama apabila usia semakin meningkat.
Tidak boleh makan makanan yang sejuk, tidak boleh minum ais dan sebagainya. Pantang cara ini digelar pantang secara tradisional. Namun, dalam masyarakat moden kini tidak ramai yang menjalani pantang secara tradisional sepenuhnya seperti amalan pemakanan herba, akar-akar kayu dan sebagainya. Apa pun pilihan samada berpantang secara tradisional ataupun moden, terpulang kepada diri anda sendiri dan kesesuaian.
Yang penting, setiap pantang tentunya melibatkan soal pemakanan. Selain dapat menjamin kesihatan tubuh badan di masa akan datang, ia juga dapat membantu ibu-ibu yang baru melahirkan untuk mengembalikan bentuk badan mereka seperti sedia kala. Bagi yang ingin memastikan tubuh kekal langsing seperti sebelum hamil, jom baca tips kuruskan badan secara sihat:

1. Menyusu Badan

Penyusuan susu ibu bukan hanya baik dan sihat tetapi juga baik untuk membantu ibu bagi menurunkan berat badan mereka. Menurut doktor, menyusui bayi dapat membakar sekitar 500 kali kalori setiap hari. Jadi, jangan pandang rendah pada penyusuan susu ibu kerana ia bakal memberi manfaat yang begitu besar buat bayi dan juga anda sendiri.

2. Minum Banyak Air

Bagi ibu yang melahirkan dan menyusu badan perlu minum air dengan banyak. Minumlah antara 10 hingga 12 gelas air sehari. Untuk memastikan adakah anda sudah minum secukupnya, perhatikan warna urin anda. Jika urin anda berwarna kuning, ia menandakan anda sedang mengalami dehidrasi. Disarankan anda minum lebih banyak air agar tubuh sentiasa berasa segar.

3. Makanan Seimbang

Tentunya selepas melahirkan, anda tidak dapat mengamalkan diet sebarangan. Apa yang boleh anda lakukan adalah memastikan anda mengambil makanan yang sihat. Ambil makanan seimbang yang merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan dan makanan rendah lemak daripada produk tenusu. Cuma ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran daripada kebiasaan anda.

4. Senaman

Walaupun dalam keadaan berpantang, tidak semestinya anda tidak boleh melakukan senaman. Tidak perlulah untuk terus bergegas ke gym. Lakukan sahaja senaman ringan di rumah. Senaman dengan bayi seperti membawa bayi anda berjalan-jalan dengan stroller atau menggendongnya sudah cukup membakar kalori anda.

5. Makan hanya Ketika Lapar

Bagi memastikan anda tidak makan berlebihan, jangan menyerah kalah dengan keinginan melampau untuk sentiasa makan makanan yang bergoreng. Jangan juga melewatkan waktu makan hanya kerana ingin lebih cepat langsing. Anda perlu ingat bahawa anda masih menyusui bayi dan bayi perlu mendapatkan kesemua nutrisi penting untuk tumbesaran awalnya. Rancang menu sihat anda dalam jumlah kalori yang sepatutnya untuk setiap makanan.

6. Sertai Kelas Senaman Pasca Kelahiran

Ambil tahu tempat-tempat yang menawarkan senaman khusus bagi ibu yang melahirkan di kawasan kediaman anda. Ini adalah cara yang baik untuk menurunkan berat badan. Tambahan, anda akan bertemu dan berinteraksi dengan ibu-ibu lain. Tentunya dapat lebih banyak faedah jika saling bertukar pendapat.
-
-
-
-
-
-
-
-
Sumber :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute