Tips Pemakanan Untuk Ibu Menyusu


Bismillahirrahmanirrahim...

Sebagai panduan saya dan ibu-ibu yang inginkan anak-anak menyusu susu badan secara ekslusif..jom baca tips kat bawah ni....

1. Banyak minum air - minum air yang mencukupi ketika sahur atau selepas berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang menyebabkan susu ibu kurang pada siang. Minum 2 liter atau 8 gelas air sehari.--kira sepanjang malam lepas berbuka tu..kerapkan minum air masak...n waktu sahur tu pun minum air masak byk2.

2. Bersahur - perlu bersahur setiap hari. Seeloknya kurangkan makanan bergoreng dan mengandungi banyak minyak kerana ia akan mengurangkan nutrisi makanan yang dimakan.

3. Makan kurma - terus berbuka dengan kurma untuk membekalkan tenaga segera kepada ibu yang keletihan sepanjang hari. Atau minum shake kurma yang dicampur susu soya. Lebih elok tambah oats bagi mendapatkan rasa kenyang yang lama, selain oats juga membantu menambah susu badan.

4. Banyakkan buah & sayur - Tapi bagi ibu yang masih pantang tak elok makan sayur dan buah yang 'sejuk' seperti ulam, pucuk ubi kayu, kekacang, paku pakis, kobis, kangkung, timun, bayam, tembikai, jambu batu dan air soya --sayur yg berdaun hijau mcm sawi pon boleh banyakkan susu...

5. Minum coklat - Ibu yang menyusukan masih boleh menghasilkan susu yang banyak ketika berpuasa tetapi jumlah lemak dalam susu kurang. Akibatnya bayi mudah lapar dan ingin menyusu lebih kerap. Pastikan diet ibu mengandungi lemak yang mencukupi - makan keju, mentega, atau sebaiknya minum susu atau coklat suam sebelum tidur--- skrg saya minum smartkoko A+

6. Makan madu - amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Ia juga sumber tenaga yang hebat dan semulajadi.--bancuh dalam air pon boleh...letak sesudu bersama air suam...ehmmm...sedapp

7. Kurangkan minuman bikarbonat - kurangkan (atau jangan minum langsung) minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat dan minuman berkafein seperti kopi.--minuman berkafein boleh mengurangkan penyerapan nutrisi...kalo tak boleh tinggalkan juga..kurangkan jumlah nya...atau buat nipis2..

Bahan bacaan ni saya creditkan kepada :  https://www.facebook.com/sempsimpco2u

Sekian...


1 comment:

  1. tip yang bagus...aini,..mg berjaya menyusukan anak sampai 2 thn..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute