Untuk Orang Yang Dah Kawin


Bismillahirrahmanirrahim..


Setiap manusia di muka bumi Allah ini pasti nya ingin merasai cinta. Keinginan untuk mencintai dan juga dicintai kedua-dua nya adalah selari dalam fitrah hidup berkeluarga. Dalam rumahtangga, cinta itu ibarat sebagai nyawa namun betapa penting nya cinta itu, walau kasih walau sayang macam mana sekali pun kita pada seseorang tu...mesti la tidak boleh melebihi cinta kita kepada Allah dan Rasul.

Dalam sesebuah perkahwinan ni, kita kena perlu ada banyak kesabaran. Nak tahu kenape??? Sebabnye...ia menguji setinggi mana tahap keimanan kita bila berlakunya perselisihan faham dan sebagai nye... Sikap manusia ni kan macam2.. 

Psssttt..nak bisik 1 tips keluarga bahagia..ini bagi mereka yang tengah duk cintan cintun je okee... Masa korang dating tu tak yah nak control ayu control hensem sangat la.. Tunjuk kan je sifat sebenar korang. Kalau betul si dia suka, sayang,cinta kan kamu maka dia akan terima kamu apa ada nye kamu.. Betul kan mama2 dan papa2 sekalian????

Dalam satu majlis ilmu yang saya pernah ikuti ada mengatakan bahawa.."dalam rumahtangga, sikap romantik itu juga merupakan satu tanggungjawab..kerana ia mengikut sikap Rasulullah..." So..adik2..dalam memilih pasangan, cari la yang romantik yer... 

Formula untuk cipta Syurga.(Ini bukan formula saya sendiri. Saya just petik dan dikongsikannya di sini sebagai panduan saya dan untuk korang juga...)
 
Pertama nye, dalam jiwa kena ada agama sbg contoh amalkan doa dalam setiap perbuatan. Keduanye, wujudkan majlis ilmu di rumah sbg contoh bercakap mengenai kisah Rasulullah dalam keluarga. InsyaAllah bila dengar hadith hati jadi lembut. Ketiganye, suami kena tahu dia adalah pemimpin keluarga. Keempatnye, Amalkan baca Yasin dan Al-Fatihah setiap hari. Kelimanye, Sentiasa temankan isteri atau suami ketika sakit.

Mana yang baik kita ambil jadikan Iktibar. Mana yang tak baik tu kita buang jauh-jauh jangan bagi dia datang balik dah dekat dengan kita...kan..kan...!!!! Kat mana pun kita berada, apa pun yang kita buat..semuanya berbalik pada Allah dan Rasul...

Sekian...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute