Siapakah Wanita Pertama Yang Masuk Ke Syurga?


Assalamualaikum...






Suatu hari, Rasulullah SAW memberitahu Fatimah bahawa dia bukanlah wanita pertama yg masuk ke syurga. Fatimah sangat sedih dgn perkhabaran itu dan cemburu kpd wanita tsbt. Fatimah tertanya2 apakah amalan wanita tsbt sehingga beliau layak menjadi wanita pertama yg masuk ke syurga?

Fatimah lantas bertanya kpd ayahandanya. Rasulullah tidak menjawab, sebaliknya berkata;

" Pergilah anakku ke rumah wanita tersebut. "

Fatimah pun bersiap utk pergi ke rumah wanita tsbt. Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita yg bernama Muti'ah, Fatimah tidak d benarkan masuk krna tidak mendapat keizinan suaminya. Maka Fatimah pulang kembali dan datang semula pada keesokan harinya.

Pada hari ke dua, Fatimah datang bersama al Hasan dan al Husin pula. Sekali lagi Muti'ah tidak membenarkan masuk ke dlm rumah krna Muti'ah meminta izin hanya utk Fatimah sahaja, tidak untuk anak2nya.

Maka, sekali lagi Fatimah pulang dgn perasaan hampa krna belum lagi dapat menyelidik keistimewaan atau amalan wanita tersebut.

Pada hari ketiga, barulah Fatimah d izinkan masuk ke dlm oleh Muti'ah. Mereka pun berbual2 d samping Fatimah memerhati kpd wanita yg istimewa itu. Namun pada firasat Fatimah, dlm pertemuannya itu tidak ada apa2 yg istimewa tentang wanita ini, sehingga dia layak menjadi wanita pertama yg masuk syurga.

Ketika sedang berbual2 itu, tiba2 Muti'ah bangkit dari tempat duduknya dan segera bersiap diri. Fatimah kehairanan. Rupa2nya Muti'ah bersiap2 utk menyambut kepulangan suaminya.

Muti'ah menyambut kepulangan suaminya dgn menyediakan 3 perkara iaitu:

1. Segelas air untuk menghilangkan dahaga suaminya.
2. Sedikit makanan bagi menghilangkan lapar dan
3. Sebatang tongkat untuk digunakan oleh suaminya bagi menghukumnya jika dia bersalah sepanjang pemergian suaminya, serta memakai pakaian yg cantik utk tatapan suaminya.


Fatimah pulang dengan perasaan penuh kagum dan terharu dgn layanan istimewa yg diberikan oleh Muti'ah kpd suaminya. Fatimah terus mendapatkan Rasulullah SAW untuk menceritakan apa yg dialaminya ketika berada di rumah wanita tersebut. Dengan rasa penuh rendah diri beliau mengakui bahawa Muti'ah sememangnya layak menjadi wanita pertama yang masuk ke dlm syurga kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada suaminya.

Rasulullah memujuk Fatimah dengan mengkhabarkan Muti'ah ialah wanita yang akan menjadi penarik kudanya disyurganya nanti.

" Maka sebab itu dia akan masuk dahulu, namun hakikatnya engkaulah Fatimah wanita pertama yang masuk ke syurga. " Rasulullah SAW memujuk sambil memandang Fatimah dengan penuh kasih.

Wahai isteri, jaga dan uruslah suamimu dengan sebaik mungkin serta berikanlah apa yang diharapkan darimu agar bertakhta dikalbunya tiada yang lain selain dari dirimu.

Berpeganglah kpd hadis Nabi Muhammad SAW ini yang maksudnya;

" Allah tidak akan melihat ke arah wanita yg tidak berterima kasih kpd suaminya dan tidak pernah berasa cukup daripada suaminya. " HR al Nasa'i, al Bazar dan al Hakim.

 -
-
-
-
-
-
-
-
v

Sumber:


1 comment:

  1. assalamualaikum wbt..
    ana nk mnta kbenaran untuk berkongsi kisah mu'tiah...
    sekadar untuk pkongsian bsama sahabat2.. terima kasih ya.. :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute