Blog Update!!


Salam Ramadhan...

Sekadar catatan harian di bulan puasa and this is my first entri by this month. Rajin terlebih agaknya hari ni nak up entri. Maybe sebabkan cuaca hari ni yang redup memendung, tak panas and my kidz yang dua beradik tu pun dah tido, jadinya baru la dapat layan semua ni dengan selesa.

Dan, Alhamdulillah...hari ke hari yang kita lalui sedar tak sedar dah seminggu kita puasa menahan lapar dan dahaga. Perkara perkara yang boleh batalkan puasa kita sah sah lah kita cuba elakkan yer dak..  Lazimnye bila berada di bulan seindah Ramadhan ni apa yang kita boleh nampak, ramai umat Islam berlumba lumba buat ibadat merebut pahala yang berganda ganda. Ibadat yang sepenuhnya menguji hubungan hamba kepada Allah. Rancangan rancangan yang disiarkan kat TV mostly banyak yang dah bertukar programnye kan. Lebih berkisarkan rancangan berbentuk Islamic. Jadinye, secara tak langsung mama mama yang tak kerja cam saya yang asyik duk ngadap tv 24jam dapat jugak tambahkan pengisian masa yang berguna tengok rancangan berbentuk ilmiah kan...

Since kita dah puasa seharian nak la bagi ganjaran pada diri sendiri dan family. Bangun sahur pikirkan menu untuk berbuke puasa. Lepas je buke posa fikir plak menu untuk sahur. Gitu la keje mama cam kita ni kan. Seboleh boleh nye nak serve kan sebaik hidangan untuk orang yang kita sayang. Saya suke kan program masakan cam Ketuk Ketuk Ramadhan. Berguna untuk saya bila dah mai kering idea nak masak. Kikiki...Lagipun terhibur tengok keletah Shila Rusly ngan artis artis jemputan masak. Satu lagi rancangan Rencah Tiga Rasa. Best tengok chef masak. Segala macam nak dilambungkannya. Bila sebut chef mostly mesti lelaki kan...even kat kedai makan pun banyak nye tukang masak dia lelaki...(Nampaknya 'papa' kena jadi chef la kat dapur 'mama'..mesti sedap kan..!!!)

Then..bila je buka my fesbuk...tu diaaa...berduyun duyun page online bisness yang buat sales, promosi bagai, harga durian runtuh satu hal. Betul betul tergugat jugak keinginan saya lebih lebih lagi page yang jual baju kurung moden. Terbaru sekarang ni kalut pakat duk jual kurung moden peplum tu haaa.. Memang cantik cantik lawa lawa semua. TETAPI.....bila di scroll kan price dia, mak aiiiiiii...tak de beratus dalam kocek alamak nye cuci mata je la saya...mahal sehh...!!!! (So, kalau jumpe yang harga below RM100 tu bole la beli. Kira murah la kan..kikiki). Jadi, in this situation, ape yang kena buat ialah pikirkan keperluan lain yang lebih penting la dulu. Saya berani kata bulan bulan macam ni mostly semuanya nak guna duit banyak kan...Betul ke tidak?????

Akhir kalam..sedari atau tidak bulan Ramadhan ni adalah bulan yang mengajak kita berubah sebetulnya kan. Kita ubah rutin hidup. Kita bangun lebih awal dari biasa tuk tahajjud, sahur, subuh. Kita tidak makan lebih 12 jam. Kita ubah rutin makan kita, dengan didahulukan kurma sebagai pembuka selera. Begitu juga dengan solat tarawikh. Dan saya percaya, ramai yang akan memperbanyakkan baca Quran. 

Sebaris ayat...."Kita semua boleh berubah dan...lagi indah jika berubahnya kita ini adalah kerana Allah..." 

Selamat berbuka buat semua muslimin muslimat yang berpuasa

Sekian,








3 comments:

  1. betul tu kak..bulan ramadan bulan keberkatan.. di sini la kita nak cari pahala banyak2 kan..

    ReplyDelete
  2. singgah
    ssl dtg cni
    akan terbawa ke laman youtube
    salam ramadhan aini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute