Jerebu Datang Lagi


Assalamualaikum...

Alhamdulillah kita sekarang sudah menginjak ke minggu kedua bulan puasa. Moga moga Allah berikan kekuatan untuk saya sebagai ibu menyusu dapat berpuasa penuh untuk Ramadhan kali ni. InShaaAllah. So far setakat ni takde masalah dalam bab nak bf kan Asyraf. Saya cuma pastikan makan beberapa biji kurma setiap kali nak berbuka dan juga sahur pastu minum air bebanyak plus dengan pengambilan suppliment ESP dan Alfalfa. Dan saya percaya most of mom's out there yang bf kan anak anak mostly dorang pun berbuat sedemikian kan. Nawaitu tu paling penting. Kite kena yakin bahawa susu tu sentiasa ade for ensure that our baby tak terasa lapar.

Pagi tadi i got a whatsapp massage from my family. Kata nye keadaan agak berjerebu di sekitar Cheras. Ohoooo...lagi masalah jerebu. Patut la waktu kitorang keluar ke Bandaraya Melaka semalam pandangan tak berapa jelas nampak cam berasap jer. Memang cuaca kat luar rumah sekarang ni pun berjerebu. Berita terkini ade inform kan masalah ni tapi dengar tak dengar je so terus google bacaan terkini indeks IPU jerebu. Menurut sumber, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat bermula tengah hari Ahad, 21 Julai. Dan hari ni pun bacaan masih kekal dalam keadaan kurang sihat.

Selain Melaka dan Cheras, kat Pahang pun ade di beberapa kawasan yang IPU nye tak sihat especially tempat yang dekat ngan pantai. Ape pun dalam berita bagitau masalah ni tak lama berlarutan disebabkan angin monsun dan juga cuaca yang kering dan panas dalam sehari dua ni kan.

Harapnye kali tak lama dan kami boleh lakukan ibadat puasa ni seperti hari hari yang sudah InShaaAllah..

Akhir kalam....selamat berpuasa dan selamat berbuka









2 comments:

  1. singgah ptg..sabo je la kan..baru je habis ritu,dah muncul kembali

    ReplyDelete
  2. take care yer..

    kita pon mama yang breastfeed juga..selamat berpuasa!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute