Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Assalamualaikum...

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M)

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa permohonan tuan/puan telah diluluskan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Utama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.......


Sekian, terima kasih.

Alhamdulillah.....akhirnya yang ditunggu2 dah sampai... Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah selamat kami terima. Terima kasih pada pemimpin kita Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak yang prihatin terhadap kebajikan rakyatnya di mana secara rasminya beliau digelar sebagai Bapa Transformasi Negara.


Bantuan khas RM500 ni sentiasa kami nanti2 kan..sebabnya banyak sangat dah planning yang ada dalam kepala tapi modalnya terhad. Jadi dengan dapatnya BR1M ni...boleh lah meringankan bebanan kos yang ditanggung suami saya ni... Actually dia dah ade agenda dia sendiri dah...hikhik..

Bagus jugak la ada skim saraan macam ni especially bagi mereka2 yang dalam kesusahan. Saye ni dah kategori susah jugak tapi....ada lagi yang lebih susah dari saye. Contoh macam ahli keluarga dah la ramai..pastu harapkan si ayah je bekerja dengan pendapatan pula tak la seberapa. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang dapat la makan petang. Emmm...kesian kan.

Kalau la dorang dapat bantuan macam ni..mesti gembira tak terkata dorang kan. Jadi, bersyukur lah kita dengan apa yang kita ada hari ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute