Ikan Dan Skitter Pop

 Assalamualaikum...

Actually malam ni takde idea plak nak tulis kat blog ni tp gian nak menulis jugak. Jadi ku buka lah laman sesawang ni sambil layan drama melayu Tv3 "RUNTUHNYA SEBUAH DOSA" lakonan Tiz Zaqiyah dan Remy Ishak, ...Citer ni sebenarnya sempena Maulidur Rasul hari ni. Menginsafkan la bagi sesape yang tengok citer ni.

Kat atas tu muqaddimah jer sebenarnya. Takde kaitan ngan citer yang nak disampaikan pun. Posting kali ni adalah berkaitan dengan IKAN & SKITTER POP..Kisah ni berlakunya petang tadi. My husband ditemani sorang member dia keluar la memancing di salah sebuah port baik punyer...Janjinya hari ni nak stay seharian kat rumah. Tapi hobi serta minat punya pasal....memang takleh nak kata apa laaa...Bagi sesiapa yang suka sangat2 memancing boleh la datang ke bumi Rompin ni yang menjadi tumpuan segelintir kaki pancing. Banyak lokasi yang telah dikenalpasti memberikan hasil yang lumayan...

4 jam kemudian...tatkala Maghrib memangil2 untuk dikerjakannya, maka sampai la husband saye ni ke rumah. Dengan riak muka nya yang ceria tu, tahu lah saya akan hasil tangkapannya yang agak memuaskan hati. "Tak sia2 pergi 'membaling' petang ni", kataku dalam hati.

Alhamdulillah...rezeki menyebelahinya. Dapat la beberapa ekor ikan haruan..Kat bawah ni saya masukkan jugak gambar hasil tangkapannya petang tadi....

Ikan Haruan

Sepatutnya ikan2 ni jadi santapan makan malam kami. TETAPI sayang 1000x sayang...dapat isteri macam saye, rugi la pegi memancing tapi hasilnya di kasi kan pada orang...SEBAB nye, saya tak makan ikan2 darat, ikan pelik2 dan yang seangkatannya...huhu..sian hubby saye..Ni kalau time2 berpantang elok sangat di makan untuk menyembuhkan luka dengan cepat..

Ok la..sekian saja untuk malam ni..mata pun dah ngantuk, malam pun dah larut....elok sangat ler pegi ke bilik dan buat ibadah sunyi kan...Gudnite semua..ASSALAMUALAIKUM...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute