Hanya Ingin Mengingatkan

Assalamualaikum...

Jumaat datang lagi..syukur alhamdulillah masih lagi di beri kesempatan untuk terus menikmati keindahan dunia ini. Sedikit renungan bersama di pagi Jumaat yang indah ini ~ Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W  bersabda :"Tidak ada doa daripada seorang hamba yang lebih afdhal daripada : 'Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon daripada Engkau kesejahteraan di dunia dan di akhirat". (Riwayat Ibu Majah)

Marilah kita sama-sama muhasabah diri setiap hari semoga kita terus mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T hendaknya..Oleh itu...renungilah bingkisan di bawah ini ;

Hanya Ingin Mengingatkan...

Kubur Setiap Hari Menyeru manusia Sebanyak Lima (5) Kali..

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan membaca Al-Quran selalu.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyakkanlah bacaan "La Ilahailallah, Muhammadar Rasulullah," supaya kamu dapat jawapan kepadanya.




Lima Jenis Racun Dan Lima Penawarnya...

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya. 
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 yang dipandang sebagai IBU, iaitu:

1. Ibu dari segala UBAT, adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB, adalah sedikit BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT, adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA-CITA, adalah SABAR.

"Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata daripada Al-Quran:"



Orang Yang Tidak Melakukan Solat

Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhur: Tidak diberikan berkah di dalam rezkinya
Asar: Dijauhkan daripada kesihatan/kekuatan
Maghrib: Tidak diberikan santunan oleh anak-anaknya
Isyak: Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute