Assalamualaikum...
Salam sayang all....mommies out there risau tentang bentuk badan selepas
bersalin? That is normal....selepas melahirkan mesti kita akan berfikir
untuk kembalikan bentuk badan ke asal dan supaya baju-baju lama masih
boleh dipakai. Terdapat banyak tips atau petua untuk kuruskan badan
secara moden atau tradisional selepas bersalin.
Dalam budaya masyarakat Melayu, wanita bersalin yang sedang berpantang
hanya dibenarkan makan makanan yang tertentu sahaja. Ini kerana, menurut
petua orang tua-tua pemakanan yang baik ketika berpantang dapat
menjamin kesihatan tubuh yang lebih baik di masa hadapan, terutama
apabila usia semakin meningkat.
Ingin kekal langsing? |
Tidak boleh makan makanan yang sejuk, tidak boleh minum ais dan
sebagainya. Pantang cara ini digelar pantang secara tradisional. Namun,
dalam masyarakat moden kini tidak ramai yang menjalani pantang secara
tradisional sepenuhnya seperti amalan pemakanan herba, akar-akar kayu
dan sebagainya. Apa pun pilihan samada berpantang secara tradisional
ataupun moden, terpulang kepada diri anda sendiri dan kesesuaian.
Yang penting, setiap pantang tentunya melibatkan soal pemakanan. Selain
dapat menjamin kesihatan tubuh badan di masa akan datang, ia juga dapat
membantu ibu-ibu yang baru melahirkan untuk mengembalikan bentuk badan
mereka seperti sedia kala. Bagi yang ingin memastikan tubuh kekal
langsing seperti sebelum hamil, jom baca tips kuruskan badan secara
sihat:
1. Menyusu Badan
Penyusuan susu ibu bukan hanya baik dan sihat tetapi juga baik untuk
membantu ibu bagi menurunkan berat badan mereka. Menurut doktor,
menyusui bayi dapat membakar sekitar 500 kali kalori setiap hari. Jadi,
jangan pandang rendah pada penyusuan susu ibu kerana ia bakal memberi
manfaat yang begitu besar buat bayi dan juga anda sendiri.
2. Minum Banyak Air
Bagi ibu yang melahirkan dan menyusu badan perlu minum air dengan
banyak. Minumlah antara 10 hingga 12 gelas air sehari. Untuk memastikan
adakah anda sudah minum secukupnya, perhatikan warna urin anda. Jika
urin anda berwarna kuning, ia menandakan anda sedang mengalami
dehidrasi. Disarankan anda minum lebih banyak air agar tubuh sentiasa
berasa segar.
3. Makanan Seimbang
Tentunya selepas melahirkan, anda tidak dapat mengamalkan diet
sebarangan. Apa yang boleh anda lakukan adalah memastikan anda mengambil
makanan yang sihat. Ambil makanan seimbang yang merangkumi buah-buahan,
sayur-sayuran, daging, ikan dan makanan rendah lemak daripada produk
tenusu. Cuma ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran daripada
kebiasaan anda.
4. Senaman
Walaupun dalam keadaan berpantang, tidak semestinya anda tidak boleh
melakukan senaman. Tidak perlulah untuk terus bergegas ke gym. Lakukan
sahaja senaman ringan di rumah. Senaman dengan bayi seperti membawa bayi
anda berjalan-jalan dengan stroller atau menggendongnya sudah cukup
membakar kalori anda.
5. Makan hanya Ketika Lapar
Bagi memastikan anda tidak makan berlebihan, jangan menyerah kalah
dengan keinginan melampau untuk sentiasa makan makanan yang bergoreng.
Jangan juga melewatkan waktu makan hanya kerana ingin lebih cepat
langsing. Anda perlu ingat bahawa anda masih menyusui bayi dan bayi
perlu mendapatkan kesemua nutrisi penting untuk tumbesaran awalnya.
Rancang menu sihat anda dalam jumlah kalori yang sepatutnya untuk setiap
makanan.
6. Sertai Kelas Senaman Pasca Kelahiran
Ambil tahu tempat-tempat yang menawarkan senaman khusus bagi ibu yang
melahirkan di kawasan kediaman anda. Ini adalah cara yang baik untuk
menurunkan berat badan. Tambahan, anda akan bertemu dan berinteraksi
dengan ibu-ibu lain. Tentunya dapat lebih banyak faedah jika saling
bertukar pendapat.
-
-
-
-
-
-
-
-
v
Sumber :
No comments:
Post a Comment