Assalamualaikum...
Salam Jumaat semua.. Alhamdulillah kita masih lagi bernafas dan dapat menghirup udara yang dipinjamkan Allah.. :-)
Gambar kat bawah ni adalah perkara perkara yang sunnah dilakukan hari ini iaitu penghulu segala hari. Even tak semua, sekurang kurangnya ada salah satu antara berikut yang kita lakukan sudah cukup untuk kita memperoleh pahala daripadanya..
Daripada Abu huarairah katanya, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya, : "Sebaik baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari Syurga. Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidak lah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya." (HR Muslim)
Rasulullah SAW berkata, "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya diantara dua Jumaat. (Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh Al-Habani)
Rasulullah SAW bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku, pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali). (HR A-Baihaqi)
Rasulullah bersabda maksudnya,"Sesiapa yang berwudhuk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa dosanya yang ada diantara hari Jumaat itu dah hari Jumaat berikutnya (HR Muslim).
Rasulullah SAW bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidak lah seorang hamba muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar." (Sahih, Abu Daud:1048, disahihkan oleh al-hakim, adz-Dzahabi, al-Nawawi dan al-Abani)
Rasulullah SAW bersabda,"Tidak seorang muslim itu meninggal dunia pada hari Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan dalam kubur). (HR al-Tirmizi)
Sumber: Jom Berdakwah Di FB
thanks sharing ;)
ReplyDeletethanks too for visit here
ReplyDeleteselamat beramal ^^
ReplyDelete