Kisah Lucu - Suami..Isteri ..Dan Cermin


Assalamualaikum...



Selamat malam dan selamat menjamu selera bagi yang sedang menikmati juadah makan malam yang best best tambah pula ditemani someone special dalam hidup korang..Kan3... Actually, ayat ayat ni saje je nak sindir diri sendiri. Tengah lapar sangat sangat sampai dah tak mampu nak gerak hanya tangan jer yang larat mengatur bait bait kata di sini. Gerangan yang ditunggu untuk makan bersama belum menampakkan muka nye lagi..Sabo aje lah kan..

Sambil tunggu bigboss, saya dapat satu mesej from my friend. Jom lah kita share sama..Maybe ade yang dah terbaca joke story ni kot. Baca lagi pun takpe..hehe


Ini kisah pasal seorang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok...2 tingkat lagi tu. Si suami kerjanya mencari makanan di hutan, samada dengan pergi berburu atau memetik buah buahan hutan. Si isteri pula tinggal mengemas di rumah. 

Suatu hari, si suami pergi mencari makanan di hutan. Sedang mencari cari, tiba tiba dia terjumpa cermin. Dia pun bawak balik cermin tu dan disimpan di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahuan isterinya. Setiap hari sebelum keluar pergi mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari si isteri naik pelik melihat telatah suaminya itu. 

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki suaminya itu, bimbang kalau kalau suaminya menyimpan perempuan lain dibilik tersebut tanpa pengetahuannya. Dan... punya lah terkejut beruk... dia masuk jer bilik tu.. dia ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni tak tau cermin tu apa, so, dia ingat orang di dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya. 

Apa lagi..habis berlari dan meraung menangis la dia mencari maknya. Lepas berjumpa dengan maknya, mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu.. Lalu maknya pun masuk ke bilik tersebut. Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak bahak.

Isteri : Apasal mak ketawa?
Mak : Ape teruk benor selera suami ko tu..Kalo yer pun nak kawin lain..carik lah perempuan yang elok sikit. Ini tak..aku tengok perempuan kat bilik tu...dah la tua..hodoh plak tu..


P/S: Bukan niat menghina sesiapa tau..sekadar hiburan semata mata..

3 comments:

  1. Lucu...sy pon slalu bca kisah2 lucu sbb nk hlgkan stress..jz Bw kat sini..jmput la lihat blog sy ^^


    http://icumm-icum.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam...Nice blog..nice n3... Saya dah follow..awak bila lagi?hihihi...

    ReplyDelete
  3. nice story... mmg lucu.. jemputla singgah blog hehe....

    www.darimatakebintanghati.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute