Say No To Cigarate!!!!


 Susah nak bendung masyarakat yang suka merokok. Entah ape yang best sangat hisap rokok pun tak tau lah. Bukannya diorang ni tak tahu bahaya rokok pada tubuh badan sendiri. Banyak iklan2 di Tv, radio2 bahkan kempen sana sini di merata tempat menceritakan tentang keburukan menghisap rokok. Sikit pun takde diendahkannya. Di setiap kotak rokok pun ade ditunjukkan amaran dan penyakit berpunca daripada rokok. Tapi dorang buat2 tak nampak jer...Di mana lah kesedaran insan2 perokok ni agaknya yer. Cuba kalau pegi ke mana2 downtown la..sakit kepala dibuatnya sebab terpaksa sedut asap rokok yang bbbbbusuk tu. Niat nak cari barang pun dah terbantut. Kan baik kalau asap tu ditelan sendiri oleh sang perokok tu. Ni tidak...dorang sedap2 hisap rokok, kita yang tak bersalah ni jadi mangsa asap dorang.


Harga rokok sekarang ni pun dah mahal tapi dorang tetap belasah beli juge. Untuk mengetahui hakikat sebenar di sebalik harga sebatang rokok, cuba lihat fakta di bawah ni..renung-renungkan lah wahai perokok di luar sana..

Sebatang rokok lebih kurang 50sen depends pada jenama rokok mayb..tapi korang tahu tak korang sebenarnya membelanjakan :
  • 24sen untuk cukai hasil tembakau
  • 14sen untuk keuntungan pengilang rokok
  • 5sen untuk peruncit
  • 1sen untuk keuntungan pemborong/pengedar rokok
  • 1sen untuk dinikmati penanam
  • Nilai sebenar sebatang rokok hanyalah 5sen!!!Betapa ruginya korang si perokok malang..
Setiap rokok yang dihisap, anda sebenarnya telah menghadiahkan diri dengan: 
  • 20kali lebih risiko kanser paru-paru                      
  • 10kali lebih ancaman penyakit paru-paru
  • 10kali lebih padah saluran darah tersumbat
  • 4kali lebih ancaman serangan jantung
  • 2kali lebih risiko serangan strok
  • 50% risiko kematian akibat tabiat merokok
Haaa...macam mana???Takut tak???Dan yang paling utama anda juga sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi anda!!!!!!!

Statistik di atas actually saya petik daripada salah sebuah akhbar yang mempromosikan iklan TAK NAK MEROKOK!!!! Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat sila layari; www.infosihat.gov.my/www.myhealth.gov.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute