Saat Yang Mendebarkan Lelaki


 Assalamualaikum...

Sebut pasal lelaki ni...ishhh3x...rupe2 nye dorang ni ade jugak rs nervers dalam diri erk...saye dah buat kaji selidik sikit mengenai bila waktunya diorang ni 'berdebar'..haha..jom baca kat bawah ni..

Apa karakter yang ada pada lelaki??? Seringkali kita bayangkan seorang lelaki itu semestinya la punya kekuatan..keberanian..ketegasan..dan lain-lain lagi. Namun di sebalik semua ciri-ciri itu ade beberapa perkara yang mendebarkan mereka. Mari kita dedahkan rahsia lelaki. Jommmmm layan..

1.   Saat Lelaki Meluahkan Hasrat Hatinya

Jika kita lihat, dalam melakukan sesuatu urusan kerja, seseorang lelaki itu nampak begitu yakin melaksanakan tugasannya. Siapa sangka dalam hatinya tu punya perasaan yang sangat mendebarkan bila mana ingin menyatakan hasrat hati untuk menjadi pasangan hidup a.k.a kekasih ler..Tapi mereka cuba berlagak biasa untuk memadamkan perasaan takutnya itu. The points is..samada dirinya tu diterima atau sebaliknya..Fakta ni adalah berdasarkan pengalaman saye sendiri. Memang tak pernah lupa malah suka untuk di ingat moment ni di mana en.hubby saye dulu sampai berpeluh-peluh saat-saat nak meluahkan isi hati hatinya..emmmmm sooo sweet..Tapi diberanikan juga dirinya untuk mendapatkan kepastian yang nyata...----<@



2.   Bertemu Bakal Mertua

Setelah si buah hati lelaki menerima dan bersetuju untuk jadi teman hidupnya maka untuk mendapatkan restu bagi menghalalkan hubungan mereka, maka nya lelaki yang gentleman ini pergi lah ke rumah untuk bertemu muka dan mendapat restu kedua ibu bapa bakal isterinya itu. Nah....di sini sekali lagi rasa debaran itu menjadi-jadi. Saat pertama kalinya bertemu keluarga bakal isteri tentulah saat yang merisaukan lelaki kerana bimbang akan bagaimana reaksi dan penerimaan nya di dalam keluarga itu. Jadi ada sesetengah lelaki membawa rakannya supaya dapat menghilangkan resahnya tatkala berhadapan dengan bakal mertua..:-)

3.   Waktu Akad Nikah

Bakal isteri dah setuju,bakal mertua pun dah setuju maka...tiba lah masa untuk dipersandingkan pula. Alangkah gembiranya si perempuan kerana akhirnya mereka dipersatukan juga. Tetapi debaran bagi sang lelaki masih belum berakhir di situ. Ini kerana mereka terpaksa melalui satu saat di mana mereka terpaksa memegang tangan kadi untuk melakukan upacara akad nikah. Bagi mereka yang terlalu gementar dan gugup menyebabkan upacara itu terpaksa di lakukan berulang kali. Dan Alhamdulillah....dengan sekali lafaz saja, kami telah selamat menjadi suami isteri. 

Tanda Pengikat Kasih Sayang

4.   Menerima Cahaya Mata

Semuanya telah pun selesai dan hubungan suami isteri berjalan dengan aman dan hamoni. Saat-saat gembira, suka duka dilaluinya bersama tiba satu masa isteri disahkan hamil. Perasaan yang sangat-sangat gembira di samping mensyukuri rezki yang Tuhan berikan. 9bulan melayan macam-macam karenah mak buyung, dan akhirnya tiba la masa yang ditunggu-tunggu menerima 'orang baru' sebagai penyeri keluarga. Saat yang paling cemas, nerves, takut dan macam-macam perasaan lain lagi yang datang terhadap si suami dan bakal ayah apabila due date to delivered dah sampai..Apa yang mampu dilakukan oleh si suami pada masa tu hanya lah berdoa semoga proses bersalin berjalan lancar dan selamat kedua-duanya...Atlast....tepat jam 9.20pm, putera kami Nik Muhammad Aqil Bin Nik Muhammad Firdhaus selamat dilahirkan... Syukur Alhamdulillah atas pemberianMu Ya Allah..

Putera Sulung Kami Yang Kian Membesar Hari Demi Hari
Ini sahaja lah yang dapat saya singkapkan dalam posting kali ini. Apa yang diceritakan di atas comes from my husband experience dan mungkin juga kebanyakan lelaki di luar sana juga turut melalui pengalaman yang sama bukan?????

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute