Merancang Bayi Yang Kedua

Bila Masa Yang Sesuai?

Pengalaman mengandungkan anak yang pertama adalah saat-saat terindah yang pernah dilalui sebelum ni. Dengan sentiasa menjaga kandungan dengan baik, mengikut segala saranan dan nasihat doktor, mengambil vitamin-vitamin tertentu, always follow check-up di klinik serta makan makanan yang berkhasiat, Alhamdulillah sepanjang masa kehamilan tu, everything was going smothly. Tapi bila dah dekat nak bersalin, doktor sarankan untuk bersalin secara ceaser sebabnya baby duduk songsang. Bunyi kena buat operation tu aduhhhh...takutnnye rase. Tapi nak tak nak mesti kena buat juga.

Since Aqil sekarang ni pun dah besar, ramai pula yang bertanyakan bila nak tambah lagi. Sekadar senyuman yang mampu saye berikan dengan jawapan.."Insyallah kalau ade rezki nak juge.."hehe..

gambar hiasan


Selamat Untuk Ceaser

Ibu-ibu yang bersalin secara ceaser ni banyak nak kena fikir sebelum merancang baby kedua dan seterusnya. Ramai yang takut dan bimbang akan risiko nye nanti. Ape pun jom kita ikuti penjelasan lanjut  Dr.Fatima Najla,O&G dari Pusat Perubatan Kelana Jaya.

"Bagi yang bersalin secara caesarean, usah bimbang. Anda sudah mula boleh memikirkan soal kehamilan kedua selepas dua tahun kelahiran anak pertama. Selepas tempoh 2 tahun, tempat jahitan pembedahan diyakini sudah sembuh.
Anda juga boleh menimbang untuk cuba bersalin secara normal. Namun keputusan yang bakal diputuskan oleh doktor perlu bergantung kepada faktor komplokasi sewaktu proses pelahiran yang dihadapi sebelum ini. Lazimnya, masalah yang biase dihadapi ialah komplikasi bayi besar. Jika ini penyebabnya, perlu anda tahu bahawa bayi kedua mungkin bersaiz besar lalu memungkinkan untuk anda bersalin secara caeser sekali lagi..."
Apa yang kita semua perlu tahu ibu-ibu khususnya, adalah masalah yang mungkin dihadapi sekiranya berlaku kehamilan dalam tempoh 2tahun. Antaranya seperti; anemia, sakit belakang, gigi cepat rosak, dan lain-lain lagi. Maka nya di sini saya cuba untuk berkongsi sedikit panduan yang boleh kita ikuti. Panduan ini saya ambil dari salah sebuah buku yang saya baca.

Sebelum hamil

1. Pastikan Hb optimum. JIka mengalami anemia, makan ubat untuk mengatasinya.
2. Makan Asid Folik 400mcg sekurang-kurangnya sebelum rancang hamil bagi mengelakkan kecacatan bayi seperti bibir sumbing dan spina bifida.
3. Jumpa doktor terlebih dahulu jika menghidap penyakit tertentu agar semuanya terkawal.
  • Jika darah tinggi: perlu ambil ubat tertentu.Perlu tahu, ubat semasa dan sebelum hamil adalah berbeza.
  • Jika kencing manis: ubat yang diambil sebelum hamil perlu ditukar kepada suntikan insulin.
  • Jika Tiriod: ambil ubat yang selamat. Doktor O&G akan pantau kehamilan anda bersama doktor biasa.
  • Jika mengalami prolapse disc, kena pastikan tulang belakang berada pada tahap yang selamat sebelum rancang untuk hamil. Sewaktu hamil, doktor pakar tulang akan pastikan tulang belakang mampu bertahan untuk menampung kandungan.
  • Jika sakit jantung, ada keadaan di mana membolehkan dan melarang kehamilan. Pastikan anda boleh hamil lagi atau sebaliknya. Sewaktu hamil, jantung dan buah pinggang bekerja lebih kuat. Jadi ia perlu sempurna untuk menghadapi kehamilan.

Selepas Hamil

1. Lakukan pap semar selepas 2 bulan kelahiran. Pastikan ketika itu anda tidak haid. Sterusnya ujian yang sama perlu disusuli 1-2 tahun kemudiannya untuk memastikan pangkal rahim kekal sihat.
2. Minta nasihat doktor tentang kaedah perancang keluarga yang sesuai. Kaedah yang bakal dipilih perlu digunapakai sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute