Tambah Selera Makan Si Manja

Masih lagi dalam mood menambah artikel menarik yang boleh memberi sedikit info pada semua. Lately, i'm so worried about my son, Nik Muhammad Aqil. Dia sekarang ni jadi semakin kurang makan especially nasi. kalau dimakan pun hanya 2 3 suap je pastu dah tak nak. Risau jugak dibuatnye. Ditanya pada kebanyakan orang, rata-rata jawab "biasa la...budak-budak memang macam tu..." Suka sangat dengar anak-anak member bila ditanya pasal makan..emm..tak payah paksa. Apa diberi semua dimakannya..Macam mana la nak buat!!!!!

Saye ada la terbaca satu majalah ni. Dalam tu dia bagi satu tips yang bagus tentang bagaimana cara nya menarik minat anak makan mengikut keperluannya. Saye dah pun cuba ikuti step-step ni dan hasilnya, Alhamdulillah..memang menjadi. Aqil sekarang dah pun mula makan banyak dari yang sebelum ni..Ape kata jom kita sama-sama share panduan di bawah.

4 Cara Menarik Minat Anak Makan:

1.   Makan Dengan Kerap

Memang susah sangat. Kena ambil masa pulak tu nak pujuk dia supaya makan terutama dalam mengambil makanan berzat. As a parent, kita kena bersabar dan teruskan usaha tanpa jemu..Demi anak tersayang kan..Jadi galakkan anak kita makan dengan kerap adalah cara terbaik untuk memastikan si comel cukup makan. Enam hidangan kecil lebih mudah dimakan berbanding tiga hidangan utama yang berat. Biarkan anak makan sebanyak yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Tapi kena ingat!!!Jangan sesekali memaksa si kecil kita makan.Okey.....

Gambar Hiasan
2.   Berikan Pilihan Makanan

Selain daripada hidangan utama seperti bubur dan nasi, kita harus bijak mempelbagaikan jenis makanan di rumah. Sediakan snek kegemaran si kecil kita dan bagi dia ruang untuk memilih makanan atau snek yang digemari seperti emping jagung, atau biskut coklat. Berikan snek kepada anak anda sepanjang hari selepas dia menikmati hidangan utama.



 3.   Bekalkan Makanan ke Sekolah

Kadang kala kesibukan si anak di sekolah dan leka bermain menjadikan si comel kurang makan. Oleh itu bekalkan makanan snek sihat seperti biskut tawar (cracker), buah-buahan kering seperti kismis dan kurma, lobak merah dan kacang. Dengan itu, biarpun dia tak sempat menjamah makanan berat di sekolah, dia mampu habiskan snek di sekolah.




4.   Beri Galakan Kepada Si Anak

Peringkat permulaannya, anak anda mungkin tidak biasa makan banyak dan kerap. Jadi, kita ni sebagai orang lebih dewasa, galakan kita sebagai ibu bapa amat berharga buat si kecil. Sokongan dan dorongan pada setiap masa mungkin membuatkan si comel kita menunjukkan perubahan sedikit demi sedikit. Ape yang penting nya adalah perlu memahami setiap perubahan yang berlaku pada si comel perlu mengambil masa. Jadi...........bersabar lah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute