Pejam2 celik2...bulan februari dah pun menjengah..Masa tu berlalu cepat bebenor, cuma kita jer tak brape nak sedar. Sambil nak tunggu 'anak dara Jepun' tu siap basuh baju, buka la kejap laman sesawang ni.
Semenjak ade nye 'laman muka buku', lupa dah nak buka email yang dulunya jadi perantaraan ngan kawan2. Sekarang ni nak tau khabar berita sahabat handai, just log in facebook...nahhh tak perlu susah2 nak tanya segala macam diceritakan dalam tu. Tapi yang paling tak suka nya bila ade yang jadikan fb ni sebagai tempat meluahkan perasaan marah kat situ.
Berbalik pada email tadi, terbaca satu artikel yang agak menarik dan bersesuaian pula dengan hari ni hari Jumaat penghulu segala hari. Ianya diolah oleh seorang pakar motivasi yang terkenal, Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Lalu terfikir plak nak memasukkannya ke dalam blog saya ni. Di samping ianya menjadi santapan rohani saya, boleh juga dikongsikan dengan sahabat2 lain Insyaallah..
Segala aspek kehidupan ini bermula dari hati. Oleh itu di bawah ini ada cara-cara bagaimana hendak mencuci hati.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa - Ini adalah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turutkan katakan "Ya Allah, jadikan lah hatiku bersih.."
2. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W paling minima 100x sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang dan terapi. Sekurang-kurangnya baca lah Qulhu-Allah sebanyak 3x..
5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikkan pada diri perkara yang positif - jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah aku sebenarnya....(perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda - paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum,pejam mata. Katakan di dalam hati, "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur, dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
8. Berpuasa - sekiranya dalam puasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (sekiranya hendak melakukan kejahatan, tak sampai hati, kerana bimbang akan mati pada bila-bila masa saja).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedakah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama'.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, mulut, telinga...dsb). Jangan dengar orang mengumpat.
No comments:
Post a Comment