Sejarah Solat 5 Waktu

Teladan solat Nabi Muhammad S.A.W merupakan Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, Umat Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat Nabi Muhammad di mana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal usul solat bagaimana setiap solat itu mula dikerjakan.

 SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan Solat Subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun telah bersembahyang dua rakaat.
Rakaat Pertama : Tanda besyukur kerana baginda telah terlepas dari kegelapan malam. 
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma

ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan kepadanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang ketika tergelincirnya matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim a.s sebanyak empat kali. 
Rakaat Pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat Ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR

Manusia pertama yang mengerjakan solat asar ialah Nabi Yunus a.s. Tatkala baginda dikeluar oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Maka bersyukur lah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada empat kegelapan iaitu :
Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut.
Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam.
Rakaat Keempat : kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB

Manusia pertama yang mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa a.s. Iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur nabi Isa lalu telah bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah Yang Maha Esa.
Rakaat Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat Ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu, tiada dua atau tiga.

ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyang lah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat Pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat Kedua : Tanda dukacitanya terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat Ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute