Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia telah bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja kerana Nab, isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.
Satu malam, Mat berdoa... "Ya Tuhanku, aku bekerja 8jam sehari, sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu bahawa betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolong lah Ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari saja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah.
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, dia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, dan pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak2 yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak2 nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan enjin kereta dan bergegas hantar anak2 ke sekolah. Balik dari sekolah , terus ke pasar untuk membeli ikan dan barang-barang keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur di dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.
Kemudian kutip kain-kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik dari sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya tidak bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.
Dah selesai, kain-kain yang di angkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar waktu zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor supaya tidak ketinggalan. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesai kan pula solat Asar sebelum menyiapkan kerja-kerja lain.
Belum sempat rehat, terpaksa pula masuk ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa pula melayan suami dan anak-anak makan pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan anak-anak supaya masuk tidur...dan macam-macam pastu lagi.
Dekat pukul 11 malam baru lah semua kerja-kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe. Boleh lah rasanya nak berehat sikit...Oppss..belum boleh rehat lagi rupenye...Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayan kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehingga lah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur...tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula. "Ya Tuhanku..kini barulah aku tahu. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja pun tak sepenat ini. Ada juga masa berehat, minum kopi, dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku kepada suami semula. Tobat aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku di rumah dan aku keluar bekerja.
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata, "Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kena lah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu boleh menjadi suami kembali..."
Whatttt????? 9 bulan 10 hari????Beranaaaak???... Waaaaa...tak nak, tak nak, tak naaaaakkkk...!!!!!
"Bang..bang..abanggg..apasal niii?? Sergah satu suara di sisinya.
Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya, "Nab..Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami?"
"Laa...tebiat apa pula abang ni? Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami... Appa punya lawak pagi-pagi rabu ni?"
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah....Nab terkedu, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya....
Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan dilindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.
Sumber Artikel : eye_niii@yahoo.com
No comments:
Post a Comment