Mudarat Mandi Malam


Assalamualaikum...

Di sini ingin sekali Pena Lusuh bertanya pada korang semua tentang ;

"Sedalam mana pengetahuan korang tentang mandi di waktu malam. Sejauh mana kah ia boleh mengganggu gugat kesihatan kita?"




Actually tajuk entry ni based on topic dalam Wanita Hari Ini yang Pena Lusuh tengok tengahari tadi. Segmen best WHI bila tiap2 hari ade saje perkara yang dibincangkan di mana sesuatu isu yang diketengahkan itu menyentuh soal2 kehidupan seharian kita.

Beberapa pandangan umum yang masih lagi Pena Lusuh ingat ramai di kalangan mereka mengatakan bahawa mandi di waktu malam itu fenomena biasa dilakukan segelintir masyarakat. Ada pula yang berpendapat boleh tetapi sejukkan badan dulu baru mandi. Tak kurang juga yang kata jika ikut org2 tua kata, ianya tak bagus dan kalau boleh jangan diamalkan selalu.

 Jom kita lihat pula pandangan daripada seorang Doktor jemputan WHI. Beliau berkata mandi di waktu malam dari segi kesihatan tidak ada bukti2 yang memudaratkan. Yang mengatakan TIDAK BOLEH itu adalah kebanyakannya berdasarkan pandangan orang-orang lama. Sebab nye jika kita tengok zaman dulu2 perigi berada di luar rumah. Agak susah dan bahaya untuk keluar dalam cahaya yang gelap. Haaa... nampak tak macam mana mitos tu boleh wujud...hehee...

Tapi berbeza pula dengan keadaan sekarang ni.. Bilik air dah pun ade dalam rumah. Kalau ditengok rumah2 orang berada setiap bilik pakej ngan bilik air sekali. Takde la nak kena beratur panjang cam dalam citer Si Bujang Lapok tu kan...

Kemudaratan selalunya kerap berlaku pada kanak2 dan orang dewasa yang ada masalah kesihatan. Sebabnya ketahanan badan dia tak kuat. Waktu yang dibenarkan untuk mandi-lazimnya waktu petang la...Tapi kalau dah balik keje pun lewat, nak mandi jugak kena tengok suhu la. Doktor dalam tu pun tak bagi limit nak mandi kol bape. So, ikut suka hati korang je la yer..

TETAPI,,,bagi sesape yang ade penyakit ASMA, INGAT!!! Korang tak digalakkan mandi malam tau..BAHAYA.
Kat bawah ni Pena Lusuh sertakan serba ringkas kisah seorang tetamu WHI yang mengalami masalah Radang Paru-Paru;


"Beliau dulu memang seorang yang suka mandi pada waktu malam. Lama-kelamaan dia jadi mudah terkena demam,selsema dan batuk. Then,dia buat X-ray, nampak cam makin teruk, rasa sesak nafas kemudian doktor sahkan ada radang paru2. Mengikut kata doktor mungkin di sebabkn keje yang terlalu penat, antibodi jadi lemah dan kuman pun mudah masuk ke dalam paru2. Maka, setelah disahkan menghidap penyakit tu dia dah tak mandi malam lagi dan badan pun dah baik sikit..."

Bagi kanak2 seeloknya mandi la air suam pada waktu malam. Tak la si kecil tu kesejukan bila terkena air kan...hehee..Cara mandi malam pulak basuh kaki dulu baru badan.

Jadi, sebagai rumusan yang boleh dibuat di sini....nak mandi malam tu boleh. Tapi biar lah mengikut kesesuaian badan dan elakkan seboleh mungkin jangan diamalkan selalu untuk mengelakkan sesuatu penyakit yang tak diingini...(pesanan penaja...ngeh3...)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute