Jangan..Jangan..dan Jangan

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.. waktu-waktu macam nih mesti ramai yang dah balik dari pejabat atau mana2 tempat mencari rezeki yang halal. Seharian duk keje, balik rumah hilanglah segala penat lelah bila tengok wajah2 kesayangan kan.. Sape lagi kalau bukan wife dan anak2 terchenta..hehe..kredit untuk saya sekali..

Ini dia si Pena Lusuh baru saja memulakan kan kalamnya berkira2 ingin bercerita banyak perkara tentang "Jangan".. Ade tak korang terfikir macam ni..'ape la si Pena Lusuh
nih..perkataan tu pun nak dicerita kan jugak..buang masa aku jer lah..'
hehe..korang2..baca dulu sampai habis baru paham okey..'don't only judge by its words' ek..

Sejak kita kecik lagi selalu dengar mak2 ayah2 pakcik makcik kita cakap 'jangan dik'..'sayang jangan buat macam ni'...'jangan pegi situ'..dan macam2 jangan lagi sampai telinga dah jadi bengkak asyik dengar yang tu sampai ke besar..

Maka kali ni..Pena Lusuh ingin merungkai kata Jangan dalam beberapa aspek kehidupan..

Sembahyang itu tiang agama. Jadikannya keutamaan sebelum melakukan sesuatu hal. JANGAN lah sengaja melewat-lewatkan solat. Kerana perbuatan ini Allah tidak suka. Tapi kalau tertidur lain cerita..

Once korang nak masuk toilet, JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Kalau takde, bleh dapatkan Mydin dengan segera kerana dikhuatiri kalau2 terbawa keluar najis. Rumah kita juga yang kotor kan...Korang nak macam tu????

Pernah tak korang dengar orang2 lama cakap macam ni..'JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing'. Mengikut hukum, ia adalah makruh kerana ia membahayakan. Jadi kalau dah terdesak sangat, bleh guna daun pisang sebagai ganti yer..

Bagi yang ada penyakit malas tu bawa2 ler berubah yer..Pinggan mangkuk dalam sinki tu JANGAN dibiarkan tak berbasuh pulak. Ikut hukum kata Makruh tau. Lagi satu boleh mewarisi kepapaan.. Untung ler suami yang dapat isteri rajin cuci pinggan ni..bertambah kaya la nampaknya..hehe

JANGAN tidur selepas solat subuh. Nanti rezki mahal orang kata. Kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat. Aduhhhh..ini si Pena Lusuh pun selalu jugak terbabas nih. Kena selalu remind kan diri sebelum dan selepas bangun tido..Insyallah..

JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan kalau tak nak berkongsi rezeki dengan Syaitan!!! Ishh3..pelahap betul makan yer. Dah macam orang kebulur sebulan tak makan plak..Kot yer pun jaga la adab depan rezeki..baru nampak comel sikit..

JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Jadi yang ada pasang niat nak buat jahat tu bawa2 ler bertobat yer. Takut-takut mati dalam perjalanan, tak sempat nak minta maaf..

JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangnye. Juga makruh dan mewarisi kepapaan..Ishh3x..kesian sangat dah nengok nye..Sape2 yang ade nampak selipar orang tu lain sebelah murah2 kan lah hati beli yang baru kat dia ok..Dapat jugak pahala kan..

JANGAN liarkan mata di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Jadi jalan tunduk ke bawah. Biar nampak cam alim takpe asal mata bukan keranjang..(betul ke ayat ni???)

Bila dah sampai seru nak berbuat baik tu..JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa. Kerana ajal maut di tangan Tuhan..Bila2 masa aje nyawa boleh di bawa pergi apabila Dia berkehendakkannya..

Setiap ibu bapa kita tak pernah pun ajar kita jadi meninggi diri..betul kan u all?? Jadi, JANGAN ego untuk meminta maaf pada mak ayah kita dan juga sesama manusia kalau dah terbukti memang kita yang salah. Kalau rasa diri tu tak nak jadi batu macam si Tanggang anak derhaka selalu lah berlembut dengan mama dan papa kita..

JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan hilang bahagia. Kalau dah rasa tak tahan sangat, masuk bilik air ngumpat la hang sensorang dalam tu. Kena hati2 kot2 ade yang mendengar kat luar disangkanya kurang waras plak.hehee..

Segala macam yang berlaku, kepada Allah juga kita kembali. JANGAN lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita. Tak nak nanti kita jadi sombong bila berjaya. Kalau gagal kecewa lah pulak..huhu..

Mesti korang pernah tengok citer P.Ramli dalam Nasib Si Labu Labi kan. Pak Aji dalam cite tu punya la kedekut macam tikus tak cukup labu aje. Moral of the story, JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu akan memanjangkan umur dan memurahkan rezki kita. Macam orang budget lawa selalu kata tu.."1 pegi 10 yang datang tau.."

Ini dah macam orang tercabut fius. Sikit2 gelak. . Ishhh...JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa. (perghhh..best tak ayat Pena Lusuh ni..nak copy paste pun boleh..) 

JANGAN biasa kan berbohong. Kerana ia adalah ciri2 munafik. Orang pun jadi hilang rasa kasih pada kita tau. Maklum lah sampai dah tak boleh nak beza mana satu orang ni cakap betul sebenarnye kan...huhu..

JANGAN la suka niaya haiwan2 dan manusia lain. Kesian tau. Selalunya kan doa makhluk yang teraniaya ni cepat sangat Tuhan makbulkan tau. 

JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama. Dan hidup di sana adalah pasti. Lebih lama dan kekal selamanya..

Okey...dah baca semua yang di atas tu kan??? Jadi, JANGAN sesekali u all mempertikai kenapa ISLAM itu berkata JANGAN..Sebab semua nya untuk keselamatan kita..

Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan Nya..





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute