Assalamualaikum...
"Selemah-lemah manusia ialah yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah di cari..."(Saidina Ali)
Pinjam Gambar kawan |
Betapa beruntungnya diri bila kita dikurniakan sahabat yang mempunyai ciri-ciri persahabatan serta memahami antara satu sama lain. Berdoalah moga kita dikurniakan sahabat sedemikian. InsyaAllah...
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang2 kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan rasa bimbangnya? Rasa takutnya?
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat... Kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.
Kita selalu melihatnya ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkannya. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu...
Tetapi...jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
p/s: Bingkisan ini juga ditujukan pada diri Pena Lusuh sendiri untuk dijadikan pengajaran dalam mengenal kata erti SAHABAT.:-)
"HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA"
No comments:
Post a Comment