Assalamualaikum...
Buat kaum Adam...saya mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadat Solat Jumaat. Jangan pulak ada yang buat-buat uzur yer...Rasanya baru Jumaat lepas saya update blog ni. Tak terasa cepat nye hari berganti hari sekarang..
Semalaman suntuk saya menghabiskan masa saya dengan membaca novel yang sangat mencuit hati. Tajuk novel ni "LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU" hasil tulisan Siti Rosmizah terbitan SR Publication.
Kebetulan semalam turn husband saya kena bertugas kat tempat kerja dia...so hanya kami berdua aje kat rumah malam tadi. Dah rasa boring tu maka nya novel ni la jadi mangsa saya. Since Aqil bucuk pun dah tidur baru cool nak mengadap novel. Sunyi dari gangguan si kecil saya..
Mana dapat novel ni??? Hehe.. jeng..jeng..jeng..nak dijadikan cerita, one of my neighbour datang bertandang to my house purposely to borrow my novel..Then she said she also have one interesting novel. Maka..berlaku lah aktiviti tukar menukar novel sesama kitorang..gitu ler citer nye..
Jalan citer kisah ni??? Very interesting...funny and enjoy once i read this novel. Tak rugi bagi sesape yang membelinya.Citer nye ada time sedih..ada time kelakar..and the other part pula gambaran yang serius penceritaannya.
Saya suka dengan watak yang dipegang oleh Tengku Aqilah merangkap heroin la dalam citer ni. Anak bongsu Tengku Hisyam yang disisihkannya semenjak dia keluar dari perut ibunya Azreena. Kelahirannya dikatakan pembawa sial dan malang bagi sesiapa yang mendekatinya. Perasaan Tengku Hisham terhadap Tengku Aqilah hanya dipenuhi rasa benci yang amat. Tengku Aqilah yang sering dahagakan pelukan dan kasih sayang seorang bapa tidak pernah kenal erti putus asa dan sentiasa berusaha melakukan apa saja demi untuk menambat hati bapanya yang sekeras batu itu. Sehinggakan sanggup mengikut kehendak bapanya supaya berkahwin dengan Tengku Ryan iaitu lelaki yang paling dibencinya semata-mata memperolehkan syer 40% seperti yang diwasiatkan amanah oleh arwah ayah Tengku Ryan iaitu Tengku Hasyim adik kepada Tengku Hisyam.
Saya gambarkan Tengku Aqilah ni seperti Erra Fazira. Baru seronok kan nak baca bila kita boleh bayangkan wajah seseorang itu dalam novel semenarik macam ni. Hehe...
Cukup takat ni dulu la saya mengsinopsiskan novel ni. Banyak lagi jalan cerita yang menarik dalam ni. Tak suspen la kalau diceritakan semuanya. Bagi peluang pada penggemar novel lain miliki novel ni dulu..Segera lah dapatkannya di kedai2 buku yang berhampiran...
Salam..
LKC the Best Novel yg pernah saya bace.. mmg xrugi bace n menghayati LKC, sekali je bace novel ni akan igt smpai bile2 jln cerita ye.. Terbaik, 5STAR for LKC....
ReplyDeleteBetul3..saya pun setuju dengan statement Nadieyya tu.Ni la novel yang paling best..Terbaikkkk lah
ReplyDelete