Novel - Kan Ku Kejar Cinta Kamu





 Penulis Novel - Fauziah Ashari
Terbitan - Intens Idea International Sdn Bhd
Halaman - 795 m/s
Harga - RM28.90

Lain novel yang dicari, lain plak yang dibeli..Dengan semangat berkobar-kobar menuju ke Kedai Buku Popular di Jusco Balakong mencari novel terbaru '7 Hari Mencintaiku' karya Siti Rosmizah, dengan nada yang agak kecewa staff dorang cakap novel tu dah habis stok..Fuhhh..memang frust tak terkata dah macam orang putus cinta rase..Takper..sabar lagi masa tu..Cinta hati saya a.k.a my husband merangkap papa kepada boboyboy kami suggest why not kita pergi cari kat Kedai Buku Popular di Jusco Taman equine plak kan..Mana tahu ade lagi kat situ..Satu yang saya puji cinta hati saya tu, murah dengan sikap penyabar sebagai ketua keluarga kami..Then rushing la kitorang meredah jalan raya yang sesak bab macam gerabak ketapi tu haaa..Perut masing masing tengah kelaparan tu. Tapi sebab nak juga dapatkan novel tu,tahan jer laaaa..

Rasa korang saya dapat tak novel tu????...Of course la takkkkkkk!!!! Buat habis minyak keta jer, stuck kat jem tu satu hal..Cinta hati saya pun seakan faham ape yang sedang bergelodak di jiwa saya masa tu..Benda dah tak ade, nak buat macam mana lagi...terus jer la angkat kaki...

Ingat boleh angkat kaki senang senang macam tu jer????Masuk gedung ilmu macam tu, tak beli buku rugi la wehhhh..Jadi, atlast...tu haa..novel macam gambar kat atas tu la saya beli. That's why la terpampang kat situ...

Sinopsis ringkas tentang novel 'Kan Kukejar Cinta Kamu' ni

Sebuah perkahwinan yang tidak direstui kedua belah pihak baik family Alma mahupun Raiyan. Tentangan hebat keluarga masing masing serta ditambah lagi Raiyan mengalami amnesia tidak lama selepas mereka berkahwin, dibuang keluarga oleh bapa sendiri membuatkan Alma semakin kuat dan tabah untuk meneruskan hidup dan menawan kembali suaminya yang di bawah control Nek Bondanya yang ala-ala Hitler tu....

Ni antara novel yang best jugak la yang ada dalam koleksi novel kat rumah ni. Sape minat, boleh pinjam.hehee...

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute