Selamat Beramal Wahai Muslimin Dan Muslimat



Sedar tak sedar Jumaat datang menemui kita lagi untuk kali yang ke berapa pun kita tak pasti dan mungkin juga tak tahu. Bagi diri saya sendiri itu pasti. Dan saya tak menidakkan mungkin ada antara sahabat saya di sini yang sentiasa mengingati berapa kali Jumaat datang bertamu..

Sedikit petikan tazkirah Jumaat saya titipkan di sini sebagai renungan;

Sesungguhnya kemuliaan hari Jumaat yang juga digelar 'Sayyidul Ayyam' terpahat dalam banyak hadis Rasulullah. Antaranya sabda Rasulullah yang bermaksud,"Sebaik baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu, diciptakan Adam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu, dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat". (Hadis Riwayat Muslim)

Pada hari Jumaat juga perlu melakukan banyak kebajikan dan berdoa. Sabda Rasulullah yang bermaksud,"Pada hari itu (hari Jumaat), tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya". (Hadis Riwayat Muslim)





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
♥ Copyright © 2012 reserved to Kisah_Kami. Template Edited by Cik Rose Cute